Sinatra_Z - Sajak buat kawan-kawan

Bukan sajak,
puisi mahupun gurindam yang mampu memperkasakan bangsa.
Tetapi ilmu dan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang akan menentukan masa depan kita.

Biarlah sehebat mana kita menyelami perasaan bersajak,
Sekuat mana semangat kita teriak,
semerdu mana kata-kata kita diulit puisi,
seindah mana simpulan bahasa penuh berisi,
semuanya tidak berguna kalau kita dangkal,
cetek ilmu dan tidak berpengetahuan,
kalau masih merempat dan mengharap kepada orang lain.

Betul,
Seni itu makanan jiwa zat rohani,
tapi tak guna kita bercakap tentang yang batin,
kalau yang zahir pun kita masih terumbang-ambing.

Aku bukan pengkhianat bahasa,
aku cuma mahu bermimpi,
lebih dari apa yang ku lihat hari ini.

memang benar,
bahasa jiwa bangsa,
tetapi jiwa sahaja tidak cukup,
untuk meniti cabaran masa depan,
demi memastikan kesinambungan.

1 comments:

salam
aku amat menghormati dato harusani
sampai sekarang pun
mengenai isu perak ini,
biarlah masa yang menentukan.
bagi aku UMNO telah banyak melakukan kerosakan (contoh paling mudah, isu Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain )
banyak lagi kesilapan yang tidak boleh di maafkan..
maaf sahabat.
mungkin kita boleh berjumpa untuk bertukar-tukar pandangan.


ridwanto