Sinatra_Z - Penanti dan Barisan Nasional

Diambil dari -
haluankanan.blogspot.com

*Disclaimer - Jangan risau saya tak bawak politik masuk pejabat.

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Barisan Nasional telah mengesahkan tidak akan bertanding di Pilihanraya kecil Penanti. Ini diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Dato Seri Najib Tun Razak.
(halamak macam Berita di Klasik Nasional pulak)

Seperti biasa laman-lama web pro pakatan rakyat mula memanggil dan mengherdik tindakan ini dengan mengatakan Barisan Nasional takut kalah, pondan, tak berani berdepan rakyat dan macam-macam lagi.

Memang ada antara penyokong BN sendiri terutama di Penanti kecewa dengan tindakan ini.
Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa Barisan Nasional seolah-olah menidakkan hak demokrasi rakyat di Penanti.

Tapi sebelum kita buat kesimpulan saya pohon masa sejenak saudara saudari untuk mendengar pendapat dari pihak yang lagi satu. Kalau anda bersetuju tidak mengapalah tetapi berikanlah peluang untuk membaca dan mendengar hujah pihak lagi satu sebelum membuat kesimpulan.

Bukan hendak memaksa untuk bersetuju, tapi cuma minta peluang memberi penjelasan.

Saya ingin bertanya siapakah yang Pondan atau pengecut sebenarnya. Adakah tindakan meletak jawatan tanpa sebab kukuh satu tindakan yang berani dan gagah? Bukankah arahan parti menyuruh Adun meletak jawatan walaupun tiada kes rasuah atau salah laku satu tindakan yang agak pengecut.

Pondan atau tidak seseorang ahli politik itu meletak jawatan dan membuang mandat rakyat yang telah diberikan kerana tidak tahan dengan politik dalaman parti?

Bagi saya itu lagi pondan, pengecut dan tidak menghormati prinsip demokrasi. Bukan senang ya untuk mendapat mandat rakyat. Setelah ribuan janji masa ceramah pilihanraya lepas dan mendapat kepercayaan rakyat kini nak lari dari tanggungjawab saya rasa itu lagi tidak patut.

Pilihanraya Kecil bukanlah satu perkara yang kecil sebenarnya. Ianya bukanlah ibarat Sarkas atau "FunFair" yang boleh dengan mudah dan sesukahati buka tutup di mana dan masa yang kita suka. Pilihanraya Kecil dilakukan apabila wakil mandat rakyat di kawasan tertentu sudah tidak dapat lagi berkhidmat untuk kawasanya kerana sakit, meninggal dunia atau sebab yang tidak dapat dielakkan.

Seolah-olah ada agenda tertentu atau agenda tersembunyi dari seseorang apabila kita melihat bukan main banyak pilihanraya kecil yang seolah-olah DISENGAJAKAN dari pihak tertentu.

Mengadakan Pilihanraya Kecil semata-mata hendak tunjuk hebat dan kuat adalah tindakan yang sangat menghinakan proses demokrasi.

Apatah lagi kita dalam keadaan yang tidak menentu dengan cabaran ekonomi masa kini. Memang pilihanraya kecil namanya kecil tapi kosnya adalah tidak kecil.

Masihkah kita ingat tak berapa lama dahulu berapa banyak wang, masa dan tenaga dilaburkan oleh BN dan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh (tempat yang sama) kerana Anwar ingin masuk kedalam parlimen.

Bukan sahaja banyak kos dari segi SPR, Polis dan Parti-parti lawan tetapi kos yang lebih besar adalah Kos Tersembunyi.

Yakni ketika pilihanraya kecil dijalankan pastinya Orang-orang kuat dari kedua-dua belah akan turun dan berkempen.

Orang-orang kuat yang turun berkempen dari pihak Barisan Nasional seperti Presiden Umno, Timbalan, naib presiden, Orang kuat MCA dan sebagainya. Mereka ini kebanyakan adalah Menteri. Ini bererti masa dan tenaga berkerja banyak dibazirkan ke dalam satu pilihanraya yang sepatutnya tidak perlu. Menteri-menteri kita sibuk berpolitk dari kerja.

Dan kes ini sama untuk pihak Pakatan Rakyat juga. Yang pasti Menteri Besar Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pasti akan turun ke penanti untuk menarik undi. Apatah lagi penanti merupakan kawasan Anwar Ibrahim yang tak lama dulu baru sahaja diadakan pilihanraya.

Malah kebanyakan penceramah hebat Pakatan Rakyat terdiri dari exco-exco negeri. Nampaknya dengan bukan main banyak pilihanraya kecil ini Menteri-menteri, MB dan exco-exco lebih sibuk berpolitik dari berkerja.

Saya ingat perlulah kita kurangkan aktiviti berpolitik yang tidak munasabah.

Lagipun apa guna banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan ke pilihanraya kecil yang tidak membawa perubahan. Kalau BN menang sekalipun, bukan tukar Menteri Besar atau kerajaan.

Saya berpendapat tak usahlah kita sibuk mengikut rentak permainan politik berlebihan yang disengajakan oleh individu tertentu hanya kerana hendak mengejar cita-cita yang mementingkan diri.

Jangan lupa bertapa menyusahkanya kempen September 16 dahulu yang akhirnya tin kosong.

Maka baguslah BN tidak mengikut rentak yang songsang untuk melibatkan dalam Pilihanraya Kecil Penanti.

Pastinya akan ada yang akan mengherdik dan memberikan maklum balas yang langsung tidak ada kena mengena dengan penulisan ini. Tidak mengapalah itu hak dan pendapat individu, kalau nak kata BN pondan lah tak berani lah suka hatilah.

Tapi apa kata saya tinggalkan dua rangkap pantun ini buat buah fikiran para pembaca sekelian.

Dulu kata fitnah konspirasi,
Konon BN nak cuba hakis,
rupa-rupanya arahan parti,
Pilihan raya macam buat sarkis.

Orang Malaysia gemar berpantun,
Seni bahasa cukup indah,
kalau susah sangat jaga adun,
Saya nasihat bagi PAS je lah...

Tak gitu?

9 comments:

yeah! give it to pas la.

 

eleh...itu muslihat najib nk tutup malu jer...
semua prk yang dia handle semua bn kalah...
PRK Permatang Pauh..
PRK Kuala Terengganu...
PRK Bukit Gantang...
PRK Bukit Selambau...

semua BN kalah..kecuali di Batang Ai..

Pastu buat kenyataan kononnya x nak terikut-ikut dgn rentak pembangkang la,itu helah pembangkang la...

kalau betul anak jantan bubar la DUN Perak..biar rakyat yang tentukan siapa yang patut jadi pemimpin rakyat di Perak..
Jangan pandai cakap jer..kononnye "SATU MALAYSIA, PENCAPAIAN DIDAHULUKAN, RAKYAT DIUTAMAKAN".

macam dah makan diri je slogan tu...

 

Ko ingat Pilihanraya kecil ni Sarkis ke,

Sesuka hati je nak buat.
Agak nak tunjuk power, nak menang, oohooo jom kita buat pilihanraya kecil.

Kalau Adun ko mati takpelah jugak.
Ni Adun dengan Parti dengan ketua umum mengada-ngada sensorang.

Bak kata Karpal singh,
'Anwar perlu Insaf"

 

hahaha...bukan ke tu cara yang terbaik untuk selesaikan kemelut di perak...

kembalikan pada rakyat,biar rakyat yang pilih,x kan ko x perasan bro, camne wakil rakyat yg dari bn lompat gi pr n then lompat bn balik,kalo lompat kosong agak2 nak ker...

pastu mahkamah rayuan tiba2 jadi terlalu efisien, tghari ni fail, esok dengar, terus wat keputusan (tangguh keputusan mahkamah tinggi), sorang hakim lak yang dengar tu...ish..ish..kalo la hakim2 or pengamal undang2 jadi efisien macam tu setiap masa kan bagus....tapi sayang, untuk kes2 gini je,terutama memerlukan keputusan yg berpihak kepada kerajaan bn jer yg mereka tiba2 jadi efisien...oh malaysiaku....

 

Encik,
ini bukan kes Perak ni yang dibincangkan.

Ini kes Penanti.

salah artikel.

 

Sin,

Terus terang saya adalah ahli PKR dan saya harap perbedaan fahaman politik kita tidak perlulah smpi menyebabkan permusuhan. Saya juga tidak bersetuju dgn terlalu byk. by-election unless ia perlu bg. menggantikan ADUN yg meninggal dunia. akan tetapi, soal integriti pemimpin juga perlu diambil kira.

1. Wajarkah seorang pemimpin yg gagal perform dlm tugasnya atau mempunyai tuduhan jenayah sivil disimpan sbg. wakil rakyat? Tambahan pula mempunyai jawatan dlm kerajaan negeri?Sekiranya saya seorang ketua parti atau ketua menteri maka dgn. berat hati saya minta YB tersebut undur diri.
2. Benarkah kos by-election terlalu tinggi?Saya tak nafikan kos nya tinggi..tetapi tidak lah berpuluh atau ratus juta. Mungkin kos selain kos SPR yg tinggi.
3. Adilkah kpd. penyokong BN dgn keputusan tidak bertanding?

Wallahualam,

Politik hanya fahaman,
Pasti ada perbedaan,

HD
AMK Seri Kembangan

 

hmm..
betul juga pandangan Saudara.
Kalau saya di Penanti pun saya akan rasa sedikit kecewa.

Boleh dibuat pertimbangan dan buah Fikiran.

Terima kasih Saudara.

 

BN makin lama makin lemah.. hilang banyak sokongan..mengapa? kerana BN mempunyai pemimpin yang lemah! hanya pandai mengangguk utk kepentingan diri sendiri.. sayang sekali..

 

Kita tunggu dan lihat.

Tapi saya agak suka dengan dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh PM and DPM.

Terutama dari bidang ekonomi dan pembelajaran.

Baguslah kerajaan menetapkan 10 subjek SPM, kita mahukan kualiti bukan kuantiti.