Sinatra_Z - Mari Belajar Speaking England

Harrow,
apa khabar semua, pada hari ini kita akan belajar Speaking England supaya Aunties-aunties dan Uncles-uncles sekelian akan lebih internationer dari sebelumnya.

Apekah internationer itu pasti ade yang bertanye. Internationer itu adelah antarabangsa, kita mahu agar rakyat lebih internationer macam kita punya airport lah, boleh campur sama pelbagai orang maka sebab itulah kita mesti belajar Speaking England.

Sebelum itu biar saya memperkenalkan diri saya adalah Tutor ande hari ini,

My Name is Miss Orange.

Maksudnya nama saya ialah Cik Limau ehh silap Miss Orange. Tadi saya saja buat kelakar sedikit. Sungguh England bukan nama saya, ahh sebab itulah saya menjadi guru.

Kite mulakan pelajaran kita yang pertama. Apabila kita berjumpa dengan seseorang yang bukan rakyat Malaysia macamane kita hendak menegur dia itu... Haaa kita perlulah cakap

"Harrow How are U?"
Maksudnya "Assalamualaikum, apa khabar anda."

Baik semua ulang yea, Harrow How are U....

Kemudia katelah ada orang lain bertanya kepada kita soalan itu bagaimanakah kita hendak menjawabnye... Caranya adalah dengan berkata-kata

"Oohhh I'm fines tanks U."
Maksudnya ye tuan-tuan dan puan-puan ialah "Ohh saya baik terima kasih"

Ahaa macam itu la kan bagus. Baik bagaimana pula kalau sudah kita menegur mereka-mereka itu apa pula hendak kita kata bukan? Ahh itulah dia permasaalahanye tapi jangan risau, kita bolehlah bertanya kepada mereka-mereka itu

"Haf U eatening oreddi?"
Adakah anda sudah makan.

Kalau dia jawab Yes maknanya sudahlah jadi kita pun tak perlulah bertanyakan lagi tapi kalau dia jawab No maksudnya tidak bolehlah anda-anda semua berkata

"Ohh lai dat, would U like to eat together-gether?"
Maksudnya ye "ooh macam itu, adakah anda mahu makan bersama-sama?"

Jadi bolehlah anda kemudian membawa dia ke rumah untuk sama-sama makan kuih raya ke, maggi goreng ke ataupun makan angin sahaja.. hahahahaha saja berjenaka sedikit.

Kemudian ah,
katalah kita sedang memakan bersama-sama tentu anda mahu tahu apa dia suka atau tidak jadi bolehlah anda tanya

"Are you Enjoice?"
Maksudnya adakah anda suka.

Kalau dia jawab yes maksudnya baguslah tapi kalau dia jawab No anda cakaplah..

"No? Oh My Gots, Why la lai dat?"
Maksudnya "Tidak? Astaghfirullahhalazim, mengapalah begitu."

Selain dari makan, ye lah cowcher kita kan macam itu suka buat makan makan tapi katalah selain dari makan bolehlah kita cakap mengenai benda lain seperti

"How is de whether?"
macamanakah cuaca sekarang.

"haf U see the Tugu Negara Oreddi?"
Sudahkah anda tengok Tugu Negara.

"See there that is a Malaysian Mutton eating the grass."
Nampak itu kambing malaysia sedang makan rumput.

"You can check your traweler chek at cimbbeng over there."
Bolehlah anda pakai Cek Musafir anda di CIMB dekat sana.


Tapi kadang-kadang ahh ada yang itu orang luar datang adalah mereka dari repoter laa atau itu tulis suratkhabar punya orang dia mahu bertanya tentang keadaan politik laa. Jadi anda juga kena tahu the England word la... senang saja jangan takut

Barisan Nasional dalam England is "National Queue"

Pakatan Rakyat pula anda sebut Saja "Anwar Ibrahim"

Dia mesti tahu punya.

Baik buat masa ini kita belajar sampai sini saje. Ingat ye perkataan-perkataan baru kita belajar hari ini iaitu.. Harrow, Enjoice, Whether dan Oh My Gots.

Kalau anda mahu belajar dengan lebih lanjut bolehlah tengok di sini.


Selamat berEngland....

P/S
How dare they koyak my gambar drop my waterface! No Jalan and No road, I don't know whether I am in heaven or hell. I ada lain jalan.

1 comments:

ohoho you got me laughing with this~!! haha. and seriously man, the dialogs sound so familiar! LOL.

i remember one from my years in UiTM:

sir, IF CAN ah, we all ride with you, k? THAT'S MEAN we don't have to call for cab. we can eat at on the way back, ISN'T IT?

hell.