Sinatra_Z - Gentlemen

Seperti yang ramai tahu,
saya sebenarnya ahli Pemuda UMNO Gombak, bagi yang baru tahu, janganlah menjauhkan diri hanya kerana mempunyai pandangan politik yang berbeza. Saya masih boleh duduk semeja dengan rakan-rakan dari bangsa lain selepas aktiviti pemuda saya yakin apatah lagi kita sama-sama rakyat Malaysia.

Memanglah agak sedikit (mungkin lebih sikit lah) kecewa dengan keputusan Mahkamah mengenai Perak tidak dapat dinafikan. Yang pasti Mahkamah telah memutuskan Yang YB Nizar adalah menteri besar Perak yang sah, walaupun BN akan memohon rayuan esok namun buat masa ini yang pasti rakan-rakan BN akan menerima keputusan Mahkamah.

Rakan-rakan dalam BN akan menerima keputusan Mahkamah ini dengan hati yang terbuka, kerana walau apa-apa sekalipun undang-undang perlu dipatuhi demi memastikan negara berada dalam keadaan terkawal, teratur dan aman. BN tidak akan mengambil pendirian untuk memuji atau mengangkat martabat Mahkamah dan undang-undang hanya ketika ianya menyebelahi pihak BN dan menentang, mengherdik dan mengatakan ianya tidak adil apabila keputusan yang dibuat tidak menyebelahi BN. Bukan itu cara BN, kalau kita berpegang kepada suatu prinsip itu maka perlulah kita pegang ia dengan teguh dan tidak mempunyai sikap "Double standard" atau talam dua muka yakni hanya hendak menjerit mengenai prinsip kalau ianya menguntungkan.

Yang pastinya anda tidak perlulah risau,
saya yakin Penyokong BN di Perak tidak akan berbaring-baring di atas Jalan Raya dan menghalang laluintas dan menyusahkan orang ramai. Adun BN juga tidak akan melakukan drama atau cerekerama dalam dewan dengan merosakkan suasana dan tataetika DUN. Speaker BN akan tahu untuk memulangkan jubah hitam dan tidak perlu dipaksa keluar dari tempat duduk speaker. Dia tahu untuk bangun dan pergi apabila masanya sampai. Ketua BN Perak (yang kini menjadi ketua pembangkang) akan mengosongkan pejabat MB tanpa perlu banyak adengan drama swasta air mata air liur.

Walaupun kecewa kerana seolah-olah kata-kata Sultan Perak ini diperkotak-katikkan dan akan menjadi bahan kepada sesetengah pihak namun tindakan seterusnya akan diserahkan sepenuhnya kepada Tuanku Sultan. Sekiranya Tuanku bersetuju dengan cadangan Menteri Besar untuk membubarkan DUN maka BN tidak akan mohon derhaka.

Dari pandangan kasar rakyat rata-rata sudah bosan dengan adengan berpolitik yang berlebihan, apatah lagi pilihanraya di ketika ekonomi negara sedang dalam usaha untuk dipulihkan. Pilihanraya memakan masa, tenaga dan wang. Bukan sahaja Pihak kerajaan (SPR dan Polis) akan berbelanja besar tapi juga keduda-dua belah pihak yang bertanding (BN dan PR), ekonomi negara juga akan terjejas kerana menteri-menteri, ahli-ahli parlimen, menteri besar, exco negeri, wakil-wakil rakyat dan produktiviti berkerja akan menurun secara umum kerana terlalu kesibukan berpolitik.

Maka atas kesedaran di atas,
saya dan rakan-rakan berharap agar tindakan ini yang menamatkan krisis politik di Perak sekaligus ahli-ahli politik kita dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi negara dari sibuk berdrama politik yang tidak bersebab. Rakan-rakan dalam BN akan menerima keputusan akhir dengan hati yang terbuka.

"There is honour amongst thieves what more us."

4 comments:

Ya betul. Itulah yang sepatutnya. Rakyat akan melihat kelakuan bn dalam menerima keputusan ini. Rakyat pun sudah tahu yg pr akan merusuh jika kalah dan mengatakan ini helah bn bila menang.
-Li

 

Saya org Perak.Dari kecik sampai skang tetap berjiwa umno,pelik bila PPR baru bertapak mcm2 hal panas berlaku kat perak..SEDIH...

 

Next election, if anyone asks for my vote, i will gentlemanly name my price.

undi4sale

 

Dear undi4sale,
I gentlemanly announce that my vote is priceless.