Sinatra_Z - Cerita Sambung-sambung

2 minit tukar orang menulis.

Pada suatu hari sedang aku duduk bersendirian di rumah tiba-tiba...

Mula!!

Telefon rumah berdering, yang pasti mama dan papa tiada di rumah kerana pergi menziarahi uncle Rahim dan adik pula ke kelas tiusyen. Kalau ikutkan hati memang malas hendak menjawab dan ingin sahaja aku menyambung membaca Sweet Valley High tapi aku memaksa diri untuk bangun dan menjawab. Aku pun berkata "Hello siapa di sana?" pada mulanya terdiam, tiada jawapan aku yang mula berasa curiga bertanya kembali "Hello! Siapa di sana?" dengan suara terketar dia menjawab "Hellllooo err... boleh saya cakap dengan Heliza?" "Heliza sini siapa di sana?" Aku bingkas menjawab. "Ermm saya sini Farid." Hatiku berhenti berdegup, Farid... lelaki yang selama ini aku hanya berani memandang di kelas tapi tidak berani tegur. "Eehh kenapa awak telefon?" Terdengat suara dari belakang ada yang mendesak "ehh cakaplah Farid! Jangan kecut." Nampak gayanya bunyi dari pondok telefon awam, "Err Heliza... Sebenarnya.. Saya..." Aku yang mula berasa sedikit tertekan "Sebenarnya apa?" Farid kemudian menarik nafas panjang dan "Sebenarnya Heliza Saya.....

Kriiing... 2 minit tukar.

"Sebenarnya saya ingin memberitahu awak yang ketua kita belum mati!" Farid berkata dengan tegas tapi dengan nada yang berhati-hati. "Apa maksud kau dia belum mati, aku baru sahaj tengok gambarnya di berita tadi! Kau jangan bohong!!" "Betul Heliza aku tak bohong, itu semua adalah rancangan Prabakharan untuk mengelirukan tentera Sri Lanka. Aku tahu dia masih hidup." Aku seperti terkejut, terlalu banyak berita yang mengejutkan pada hati ini, Soosai telah ku ketahui terbunuh dari perhubungan Radio HF tadi manakala ramai kader-kader telah terbunuh di dalam pertempuran Mullaithivu. "Dengar sini Heliza, kita masih belum kalah walaupun ramai kader-kader kanan kita telah mati tapi Prabakharan masih hidup, kita boleh menyambung lagi perjuangan kita!" Aku yang masih terkejut bingkas menyoal "betulkan aku boleh percayakan kau?" "Dengar sini Heliza, kau jumpa aku di perlabuhan Jafna jam 2 pagi nanti, cari aku di jeti 13 dari sana kita sama-sama akan cuba berjumpa dengan Prabakharan dan menyusun semula gerakan Harimau Tamil untuk kembali membalas dendam atas kematian rakan seperjuangan kita!"

Kriiing 2 minit.

Tepat jam 2 pagi saya sampai di sana menaiki basikal. Ini adalah kerana teksi adalah sukar untuk didapati pada jam dua pagi dan ada cas tambahan jadi mahal. Lagipun basikal adalah mesra alam. Sampai di jeti 13 Farid sedang mengunggu ketibaan ku dengan seluar boxer hitam dan t shirt dunhill hitam dia. Ahh memang dia cukup suka T-Shirt dunhill itu, kononya ia contrast dengan jam emas rolex dia. Memang aku menyampah. "Apa kau nak dari aku Farid? Panggil aku malam-malam buta atas kapal layar kau?" Farid tanpa banyak soal menolak aku di atas sofa dan tiba-tiba tubuhnya berada di atas aku. "Ahhh... mengapa manusia cukup suka berkata-kata walhal badan kita boleh menerangkan segalanya." Dan tanpa sedar tanganya sudah mula mengusap tubuhku, aku tak sanggup lelaki kassanova ini pasti akan lupakan aku setelah dia dapat apa dia mahu. "Aku tak mahukan ini Farid.." aku cuba menolak, mendesak tapi tubuhnya terlalu hangat, panas... selesa dan aku terus cari apabila bibirnya ke telinga aku dan..

Kriing 2 minit.

Dan Farid membisikan sesuatu, "Dengar sini cik Heliza, saya rasa ada orang sedang memerhatikan kita, ikut langkah saya dan kita akan lari dari sini!" Apabila jari En. Farid lantas menunjuk arahan lari kami lompat ke luar dan lari masuk ke dalam kereta saya. Farid kemudian pandu bagai pelumba F1 keluar dari jeti. "Kenapa En Farid tak laporkan sahaja kepada polis?" saya menyoal. "Mana mungkin, Polis semua diakwal oleh mereka, kerajaan kita ini hanyalah boneka semata-mata Cik Heliza!" Memang sukar untuk saya menerimanya pada mulanya, apabila En Farid menunjukan saya Thesis PHD beliau mengenai bagaimana satu gerakan Sulit bawah tanah yang sedang mengawal kerajaan-kerajaan utama dunia demi matlamat menyatukan bumi dengan apa cara sekalipun. "Mereka ini sudah mula bertapak dari Zaman Rom dan bertangunggjawab dalam pembunuhan Julius Caesar! Masakan kita ni, kacang putih!" Tiba-tiba satu letupan menyebabkan kereta kami terbabas, Farid kemudian menarik saya keluar dan tanpa sedar kami telah dikepung dengan beberapa kenderaan peronda...

Krring Dua minit.

Beberapa kenderaan peronda pengawal diraja Klingon sudah mula mengepung kami. Ensign Farid kemudianya mengeluarkan blasternya dan adengan pertempuran berlaku. Saya selaku pegawai perhubungan USS Enterprise seolah-olah tidak ada fungsi sekarang, kaku dan terkejut. Ensign Farid dalam keadaan cemas masih mampu berfikir dan "Komander Heliza, ambil interkom ini saya rasa hanya perlu pembetulan sedikit dan mana tahu kita boleh menghubungi kapten Kirk." Saya cemas, mereka tidak pernah melatih kami dalam keadaan sebergini ketika dalam Maktab Latihan Starfleet. Namun saya menarik nafas dalam dan cuba memperbetulkan keadaan. Nasib menyebelahi saya, rupanya Flux Capacitor hanya terbakar sedikit, cuma mengubah sudut jumper sudah pasti boleh menghubungi Enterprise "Hello, masuk Komander Heliza, Pegawai kanan Spock di sini, kami bagaimana di bawah sana?" Kegembiraan saya tidak terkata "Tuan Spock, kami telah mendapat kad data mengenai kegiatan unit komando gelap Pasukan khas diraja Klingon, nampaknya mereka cuba menggunakan planet CareBerra sebagai tapak serangan. Mohon bantuan tuan." "Baik kamu bertahan di situ saya akan suruh Scotty mengesan koordinat kamu." Pegawai SPock memberi arahan. "Komander Heliza saya berjaya menjumpai koordinat anda, confirm arahan seterusnya. " Saya kemudia memegang tangan Farid dan memberi arahan melalui interkom "Scotty, Beam me up!"


bersambung.............

6 comments:

ko...
takde...
kerja...
kat...
ofis...
ke?

haha.

 

aku tulis ni kat rumah laaa

 

posted on 9:47am, thursday.

ko tak keje ke?

papehal pun, jumpa kat futsal jap gi. :P

 

lol, baru tgk star trek ke?

 

mana sambungan terminator plak? Atau lelaki X?

Sebagai fanboy startrek ,aku kena blog sikit wooo.