Kelmarin saya pergi minum.....
Kami duduk di luar.
Di Tepi Jalan....
Maka di celah-celah angin sepoi-sepoi malan dan karbon dioksida dari kereta maka terkeluarlah kisah ini. Bewl (bukan nama sebenar) pernah satu ketika dahulu berkerja di sebuah syarikat telekomunikasi selepas beliau habis SPM. Sebenarnya tugas dia adalah menjawab telefon, tapi ini bukan pusat bantuan pelanggan (Call centre), tugas dia adalah untuk berborak dan melayan dengan pemanggil itu selama mungkin. Alaaa ni yang macam no telefon 600-88-xxxx, kiranya orang yang kesepian nak luahkan perasaan telefon la nombor ni nak borak-borak atau luahkan perasaan dengan harga yang berpatutan yakni 2 ringgit seminit. Dan Bewl adalah tukang jawabnya. Nama samaran dia adalah Cupid1, jadi lelaki gersang pun telefonlah dan diorang dapat borak dengan Cupid1. Tapi ingat ah ini bukan talian seks dan kalau ada ganguan seksual Cupid1 akan memutuskan panggilan anda.
Jadi Cupid1 ni pun berkerja dengan kawan dia lagi sorang nama Angelfire (bukan nama sebenar) dan mulalah malam tu keluar la cerita-cerita menarik pengalaman berkerja dekat sana. Al-maklumlah kebanyakan yang telefon tu takde kehidupan, kawan atau orang berkerja syif malam pakai telefon syarikat saja-saja. Cupid1 ada cerita tentang satu panggilan menarik antara Angelfire dengan seorang pemanggil lelaki ni.....
(Setelah berbual dalam lebih kurang sejam)
Angelfire "ehh apa la buat pagi-pagi ni"
"Takde apa-apa, bosan tu yang call tu." jawab lelaki misteri.
"Awak tengah buat apa tu?"
"Ala tengah cakap dengan awak la ni." bingkas Angelfire
"Ehh adik abang dah bangun lah.."
"Ohh abang ada adik rupanya" Angelfire
"Eeeerr haah..."
"Oh dia dah bangun ke?"
"Haah dia dah bangun ni.."
"Berapa umur adik abang?"
"ehmm ntahlah...... Sebaya kot."
"Sebaya?? ...... ahhh...."
Click...
Angelfire Memutuskan talian.
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment