Sinatra_Z - Etnik Kreatif

Baca petikan di bawah dan terangkan dengan jelas apa yang anda fahami mengenai petikan di bawah. -18 Markah-

Ewah ekau ni jang polik den negok,
Ekau orang mano jang?
Eden ni kalau ko dongar pun dah tau dah.. Den ni orang Kolantan, kampung Den dokek Pasir Mas sano, eden memang orang asal sano lah lahirnya di sano lah jugo tigo puluh taun den duduk dokek kolantan baru dua tahun lopeh den datang kek Kuala Lumpur Ni ha Jang.. Kironyo den ni Orang Koalantan setio loh!!

Duku masa aku kat UTM kalau ada kawan aku mula berspeaking dengan kengkawan dia dari Kelantan budak-budak suka menyakat dia kata semangat asabiyah.

Ada sekali tu member aku budak Kedah cakap..
Hang boleh Contiang kat sini..
Aku pun jawab C.O.N - con T.E.N.G - teng CONTIANG!!

Tak pun aku tak boleh lupa budak JB sikit-sikit mesti nak..
Peh Gerek seh....
Cara sial.....
Gua bukan nak cakap ahh tapi lu punya kereta memang gerek seh! Memang cara la bawak awek jenjalan danga bay.

Budak perak suka cakap "Cayo beno kuah dia ni"
Mak aku suka cakap "Ape kene le kamu ni, meraban teben. Ape ke pesen buat rope gini"
Pesen - Fahion rope - Rupa

Ada sekali tu Opah aku belah mak borak dengan Opah aku belah bapak aku terdengar diorang sebut perkataan "Melenten" contohnya "ahh dia nye dulu romahnye dekat Melenten"

Jadi aku pun tanya mak aku apa tu Melenten? Mak aku jawab Melenten = Malayan Tin syarikat bijih timah besar di Ipoh suatu masa dahulu.

Orang perak ada susunan, paling tua panggi Yong lepas tu Nyah, lepas tu Yang lepas tu aku dah tak ingat dah. Kiranya kalau makcik-makcik tu diorang panggil mak yong, mak nyah mak yang macam tu lah ikut hieraki umur.

Satu hari tu sedara aku baca suratkhabar utusan lepas tu dia pun tanya kat mak dia (makcik aku lah -kakak mak aku)...

"Maa maa kenapa mama cari ubat pengasih?"
"Isk apa ni carik ubat pengasih?"
"Ye lah paper ni kata mama cari Ubat Pengasih."
"Mana?"
"Haa ni ha dia kata 'Mak Nyah cari ubat Pengasih."

Kesian Mak Nyah, kena sakat jadi pondan. Tu nama family dia nama glamour dia kat office ialah Kak Jam sempena Jamaliah. Damn.....

Pasti yang bertanya habis tu encik Lipas/Sinatra_Z anda asyik mengutuk dialek orang lain macamana dialek orang kampung anda? Macamana orang Hulu Kelang cakap?

Ahaa kira kalau nak cakap Hulu Kelang laa termasuk Wangsa Maju, Keramat sampai kat Jalan Jelatik bunyi dia macam ni.....

Alaa Rilek aa Bro, Chill la dulu jangan la balik awal tak remaja la! Ko ni tak happening sial yak ak au one two one two! Too Phat, Too Phat te baby.....

Bahan-Bahan ulangkaji
http://www.youtube.com/watch?v=TWBSYm9Enf8&feature=related

tak pun

http://www.youtube.com/watch?v=iolM-4EEJX8&feature=related

Haa ini lagu Jerman Rockers ala-ala Ramstein

http://www.youtube.com/watch?v=dEcaJI_2SRs

P/S
Zaman aku dah Too Phat dengan Poetic Ammo dah, tolong sikit kitorang tak main ahhh 4U2C ke Feminin ke.. To kalau nak tau ko pegi tanya kak Ann dia pernah pergi birthday party AC kat Cheras.