Siri Kisah Cinta
Setelah penat berkeja keras menonton anime sepanjang malam dan mencari maklumat-maklumat tidak penting melalui internet saya mengambil keputusan untuk tidur. Pada malam yang sejuk itu baru sahaja selepas hujan turut kedengaran bunyi-bunyian unggas perlahan di balik tabir malam. Oleh kerana asrama saya terletak di sebelah ladang kelapa sawit macam-macam bunyi-bunyian yang muncul di kala malam.
Kugiran Unggas Malam......
Tengah saya baru sahaja nak melelapkan mata, berguling-guling, menggaru-garu dan memeluk bantal secara halus terdengar bunyi lagu melayu mendayu-dayu menusuk di telinga mengusik kalbu. Sial betullah budak-budak nih! Kalau nak main lagu pun tak payahlah kasi orang lain dengar, nasib baik malam itu saya penat dan tiada tenaga hendak pergi memaki-hamun pelajar baru. Tapi sedang nak melelapkan mata, terdengar lagu-lagu yang dimainkan tu... macam kenal je. Saya macam pernah dengar semua lagu-lagu yang dimainkan itu dan lagu-lagu yang saya dengar memang jarang orang pasang.
"Macam datang dari bilik Pon jer?"
Oleh kerana bilik Pon (bukan nama sebenar) masih berlampu saya pun mengambil keputusan untuk menziarah beliau kerana menziarah adalah amalan baik jiran tetangga. Sampai saya masuk bilik pun saya ternampak komputer beliau memainkan lagu-lagu yang diambil dari komputer saya....
Z: "Peh ko no pon, patutlah aku dengar macam kenal je lagu-lagu tu rupanya ko yang main Pon,.. cheh"
"Wei sorry ah kalau aku main kuat, nanti aku perlahankan sikit."
"Alaa rilek ah Pon, bukanya kacau sangat lagipun ko bukan main lagu metal, ko main lagu S Jibeng lah pun buat lagi mengantuk ada laa.. hahaha."
"Aku ambik dari ko gak, tapi layan gak lagu ni..."
"Ni Pon apahal tiba-tiba ko dengar lagu Si Jibeng memalam buta ni?"
"Alah saja je, aku tengah buat kerja ni layan la."
"ko ni ke baru clash dengan awek ni?"
"Clash... Boleh kata lebih kurang macam tu la kot."
"Baik ko slow talk dengan aku ni, apa cerita lah ni tetiba la ko dengar lagu Selamat tinggal pujaan ni.. apa jadi ni pun hebat sangat ke clash ko nih?"
"Ye lah awek aku, yang aku dah couple dah dekat 5 tahun lebih dulu dah clash dah dengan aku.. atau lebih kurang macam tu la."
Hah aku agak dah! (dalam hati)
"Mak aih 5 tahun lebih, dahsyat. Apahal lah clash? Dia dapat tahu yang lesbian ke?"
"Pale hangguk kau!" (Bentak Pun yang tengah melayan jiwa itu)
"Takdelah del, aku... ahhh... ok lah aku bagitau ko lah. Besok, ex awek aku tu, nak.... kahwin."
"ahhhh.."
"Ah terdiam kau"
"Peh apahal lah tetiba je nih?"
"Takdelah awek aku tu mak dia dah bising bila aku nak grad nih, lama tak tahan gaduh-gaduh kitorang putus sebab mak dia dah rekomen dia kat orang lain malas nak tunggu aku."
"Nak buat caman Pun, dah bukan jodoh ko kan."
"Betullah tu, aku faham... tapi dah ribu-ribu dah aku habis dengan dia, belum kira masa lagi."
"Wah apa ko beli dia berlian ke apa?"
"Bukanlah, tapi ye lah SMS lah, calling-calling lah, siap pergi rumah dia lah jumpa family apa semua, tiba-tiba beberapa bulan lepas aku dengar dia nak putus dengan aku. Dia kata dia dah bertunang aku pun apahal lah ni... Aku dah siap bawak dia jumpa mak aku tu."
"Dia tak larat kot tunggu ko."
"Takdelah, aku tinggal last semester pun, sikit je lagi kurang-kurang kasi la aku chan habis belajar dulu lepas tu kalau tak jadi takpelah, ini dah nak hujung dah tiba-tiba potong. Habis usaha aku, tenaga, investment 5 tahun lebih hancur hilang."
"Ko ada cuba suruh dia pikir balik ke lepas tunang tu."
"Mesti lah ada, lebih dari cuba."
"Nanti aku tak faham ni dia tetiba bertunang ni, dia dah ada lelaki lain ke masa korang couple dulu?"
"Bukan ni mak dia rekomen.. Budak kampung dia."
"alaa ko tak bolehlah marah dia, mak dia suruh kan bukan dia yang beria-ria sangat. Ko paham je lah budak perempuan nih."
"Tapi dia boleh kata tak nak kan....... Kalau dia betul-betul tak nak apa mak dia nak buat...."
"Hmm... betul jugak."
Maka buat seketika saya kelu seribu bahasa, Pon yang cukup bijak menyorokkan duka beliau dari orang lain melainkan beberapa yang tertentu. Tapi pada malam itu, mungkin, terlalu duka untuk berdiam diri. Maka saya yang tidak tahu lagi apa nak cakap hanya mampu senyum dan berkata
"Takpelah Pon, takde rezeki, benda ni bukan kita boleh agak sangat pun."
"Aku faham, aku dah lama dah lepaskan dia, tapi macam malam ni alaa saja je la kasi tangkap perasaan sikit."
"Ini memang betul-betul selamat tinggal pujaan ni Pon! hahahaha, ko cuba la try pergi nyanyi lagu ni kat kenduri dia, mesti meriah."
"Meriah sangat!"
Maka saya pun memakai selipar Jepun jenama Osaki saiz 11 dan dengan perlahan meninggalkan bilik Pon, dan dalam sayup-sayup malam Pon memainkan kembali lagu S-Jibeng itu. Takpelah, malam ni biarlah dia main lagu tu..........
Selamat tinggal pujaan
Selamat kau berbahagia
Hidup di samping si dia
Kasih baru yang kau puja
Kini tibalah masanya
Ku tetap bermohon diri
Agar kau tak bercuriga
Pada ku kau lupa saja
Tak guna bersedih
Tak guna kau kenang lagi
Biar ku bersendiri
Membawa perasaan hati
Selamat tinggal puspita
Selamat kau selamanya
Hanya satu yang ku pinta
Senyuman manis yang mesra
P/S
Maaflah kalau kisah cinta yang saya tulis selalunya cerita sedih. Bukan saya takde cerita pasal nak tackle awek ke atau cerita yang gembira sikit pasal kawan saya yang player ni. Ada jugak cerita-cerita macam tu, walaupun ada kisah tentang perhubungan lelaki dan perempuan.. tapi cerita itu semua bukanlah kisah cinta.
The King, his family and U
2 weeks ago
1 comments:
sedihnya...
Post a Comment