Sinatra_Z - Duniawi dan Ustazah

Maaflah saya sebab menulis di waktu pejabat. Jangan risau ni kali pertama saya buat macam ni. Jadi jangan marah haa..... Lain kali tak buat lagi. Tapi sambil melihat kawan-kawan memakan asap dekat tempat Tengku Ritaudeen Robertson III melepak telah medapat sebuah Ilham.

Dulu Ustazah selalu marah sebab nak ponteng kelas agama untuk latihan Koir. Dia kata "isk kamu ni semua pergi kejar yang Duniawi. Ni ilmu akhirat dekat sini ha."

Sebenarnya bukan Ustazah tu conservative atau ingatkan bahawa kelab koir merupakan platform Puan Chew untuk kerja-kerja mubaligh penyebaran ajaran kristian protestant dan memperkenalkan kata-kata jesus melalui aktiviti muda mudi. Tidak ustazah saya bukan berfikiran begitu walaupun Puan Chew ketika itu memang melakukan aktiviti berkenaan keatas pelajar-pelajar bukan berbangsa melayu dan mereka turut serta sebab nak mengorat awek-awek dekat church Puan Chew.

Ustazah bengang sebab cikgu mana tak sakit hati bila pelajar dia berduyun-duyun bagi alasan nak ponteng kelas dia. Kata main bola lah, koir lah, latihan hoki lah ataupun kerja-kerja amal. Haii sejak bila diorang ni aktif dalam kegiatan kemasyarakatan, hang heran nye tu aktif bila kelas dia je lah pun. Barangkali yang menambah kebengangan dia ialah apabila Zighraf (bukan nama sebenar) menanya kepada Ustazah..

"Ustazah.. kawan saya kan, bukan saya lah.. dia pergi main kuda kan ustazah, dia guna modal 10 ringgit. Lepas tu Ustazah dia kalah 9 ringgit, dia nak belah dah tapi alang-alang dia habiskanlah baki seringgit tu. Lepas tu ustazah dia menang 30 ringgit. Dia pun pergi kedai mamak lepas tu tukar duit sen seringgit tu jadi duit kertas lepas tu dia ambik duit 10 ringgit sebab tu modal dia. Jadi duit 10 ringgit dia ambik tu halal la kan ustazah?"

kawan aku menyampuk
"Peh ko ingat ko tukar duit kuda kat kedai mamak jadi duit halal lah ye? Pale hangguk ko!"

Ye Uztazah aku memang jiwanya tidak tenang melihat anak-anak muda islam dibawahnya ala-ala yahudi mabuk....

"Isk kamu ni tu semua duniawi tu.."

"Alaa ustazah berak pun duniawi jugak."

ye kawan-kawan saya dulu masa sekolah memang macam sial. Sekarang pun masih sama lagi.. bila la nak insaf. Kami dulu tak jahat laa... cuma Nakal.. Macam Inul Daratista la, dia tak jahat cuma nakal... Auwww....

para penonton
bapak-bapak ibu-ibu semuanya
jangan heran kalo inul sedang goyang
rada panas, agak seksi
maafkanlah

para penonton
bapak-bapak ibu-ibu
semua yang ada di sini

ada yang bilang
dangdut tak goyang
bagai sayur tanpa garam
dari itu inul goyang
agar semuanya senang

bagi yang kurang berkenan
melihat inul bergoyang
jangan marah, maafkanlah

para penonton
bapak-bapak ibu-ibu
semua yang ada di sini
goyang yuk

P/S

Najis Mughallazah - Najis Berat (najis babi dan anjing)
Najis Mukhaffafah - Najis Ringan (air kencing budak)
Najis Mutawassitah - Najis Pertengahan (najis manusia atau bangkai)

Tambahan kawan aku
Najis MuttawaGeli - ludah, kurik hidung, sendawa lepas tu tiup kat orang dan cabut bulu ketiak dalam kelas.

4 comments:

ko memang hangguk la zaidel...
kesian kat ustazah erra fazira(bukan nama sebenar) sebab korang selalu ponteng kelas dia...

itu belum lagi cerita masa form 3 yang kita main jajah menjajah sempena bulan sejarah yang cikgu rabiatul adawiyyah (bukan nama sebenar)tangkap faiz samsudin masa perang2...hahaha...

 

Ah biarlah ketika itu kita masih muda, masih comel (aku masih comel lagi), jiwa remaja dan masih belum berumah tangga.

Jiwa Remaja kita ketika itu membuak-buak hendak memberontak dengan cara kita sendiri. Iaitu membuat kerja-kerja bodoh yang mencabar minda ustazah kita.

 

tipu awak selalu tulis blog time masa pejabat.
jahat siksa ustazah.

M

 

Ahah! Curi tulang.... lol... dun worry, I do this all the time... :-P