Pada suatu hari........
Di Zaman Dahulu kala........
Saya bertanya kepada ibu saya "Maa nak pinjam cangkul?"
"Nak buat apa?" tanya ibu.
"Gali petroleum" saya menjawab.
"Dekat mana?"
"Depan rumah"
"Nanti letak balik kat tempat dia lepas tu balik sebelum magrib."
"Ok"
Maka saya bersama rakan-rakan kongsi pun mula kerja-kerja menggali telaga minyak depan rumah saya. Kami telah berbincang sekiranya kami berjaya semua keuntungan akan dibahagi 3 sama rata. Walaupun cangkul tu mak saya punya.
Sebab mengapa kami mempercayai kawasan lapang depan rumah saya ada telaga minyak ketika itu adalah kerana kami menonoton satu rancangan TV yang mana penggali minyak Texas yang memakai topi cowboy mengorek tanah dan terpancut keluar minyak dengan banyaknya. Maka atas dasar itu dan kerana depan rumah saya ada kawasan tanah lapang kami menggunakan logik akal kanak-kanak 9 tahun yakin di situ ada petroleum.
Sepanjang hari kami mencari petroleum di depan rumah namun setelah 6 lubang yang berbeza kawasan yang dikorek sedalam 1/2 meter kami masih gagal menjumpai sebarang telaga minyak.
Esoknya pula ayah saya bertanya..
"Nak pergi mana tu?"
"Gali petroleum." Saya Jawab
"Dekat mana?"
"Depan rumah."
"Ok, semoga berjaya, kalau jumpa nanti bagitau papa."
"Ok!"
Namun hari ini tidak seperti semalam kami sudah semakin bijak. Hari ini kami membawa alat-alat bantuan tambahan (selain cangkul) untuk mengesan kedudukan telaga minyak. Antara kaedah-kaedah yang kami gunakan adalah...
1. Mengikut arah angin
2. Mengambil dua batang besi bentul L dan lihat arah mana kedua-duanya tunjuk.
3. Menggunakan Kompas (jangan tanya macam mana)
4. Menggunakan bandul Yo-Yo di mana bandul itu berhenti bergoyang situ adalah telaga.
5. Dahan kayu berbentuk Y
Malangya seperti yang anda lihat hari ini kami gagal. Kerana sekiranya kami berjaya sudah tentu saya hari ini tidak akan membuang masa menulis cerita-cerita mengarut dalam internet untuk orang yang sedang mengular di pejabat main internet baca. Sudah tentu sekarang ini saya sedang berada di atas kapal layar peribadi meminum jus tembikai sambil memakan pisang emas dan memasak di atas peti.
Maka dengan perasaan hampa dan gagal saya pun pulang ke rumah... sebelum magrib...
Ayah saya pun tanya "haa ada jumpa petroleum?". Saya jawab "Takde." Ayah saya pun membalas 'Takpe cuba lagi lain kali."
Apa yang menarik ialah ibu dan ayah saya langsung tidak menghalang saya untuk mencari petroleum ketika itu. Sedangkan mereka tahu bahawa depan rumah kami kemungkinan besar tiada petroleum dan lubang yang dikorek menggunakan cangkul agak sukar untuk mengeluarkan minyak. Ayah atau ibu saya boleh menghalang saya ketika itu dan memberi keterangan kepada saya mengenai petroleum dan bagaimana manusia mengorek minyak. Bagaimana usaha saya ini hanyalah sia-sia dan membuang masa kerana kebarangkalian sangat kecil dan hampir mustahil. Tapi mungkin mereka fikir biarlah dia bermimpi ketika dia masih kecil dan bersemangat, biar dia tahu erti usaha dan biar dia belajar dari pengalaman yang dia tempuhi bersama kawan-kawanya. Biar dia cuba dahulu dan belajar dari situ. Saya rasa Ibu bapa saya mahu saya belajar dari kehidupan.
Samaada itu atau sebenarnya mungkin ibu dan ayah saya malas nak cerita panjang lebar.
Lantak lah dia main kat depan tu aman sikit rumah ni senang nak kemas dan buat kerja.
Lagipun kalau nak cerita panjang lebar bukan dia peduli sangat pun, maklumlah budak kecik lepas tu karang tak bagi gali lubang nangis pulak lepas tu guling-guling. Ahh biar dia gali sampai lebam.
Namun semangat juang saya untuk mencari petroleum terhenti pada minggu berikutnya.
Sebab minggu berikutnya saya menonton sebuah lagi rancangan TV yang memaparkan tentang perlawanan pedang hebat antara dia samurai.
"Maa nak pinjam raket badminton."
"Nak main kat mana?"
"Padang."
"Main badminton ke?"
"Tak main lawan-lawan pedang."
"Ok nanti letak balik kat tempat dia nanti lepas tu balik sebelum Magrib."
"Ok."
Budak kecik memang bodoh,
Senang terpengaruh dengan rancangan TV.
P/S
Kalau saya terjumpa petroleum depan rumah pun tak guna sebab pertamanya tanah itu bukan tanah saya dan kedua menurut undang-undang Malaysia semua petroleum dalam bumi Malaysia ini adalah hak milik Petronas. Jadi kalau saya jumpa telaga minyak pun kemungkinan besar saya masih tetap menulis di blog ini dan tidak memakan pisang emas di atas kapa layar saya yang dimasak di atas peti.
The King, his family and U
2 weeks ago
11 comments:
Ayu suka posting ni.
Glad you didn't strike it rich, if not, we won't be reading your words here.
And if ever you find yourself at any Petronas station in the Klang Valley, be on a lookout for a girl driving an orange Gen2. Who knows, you might be locking eyes with her's and in return, she might reward you with a sweet pleasant smile.
Unless, you still think "Ayu" is a guy.
kasi la nombor plate sekali!!
(Comment deleted tu ialah comment asal saya yang salah eja plat yang sepatutnya plate.)
nasib baik x cakap sorunk2 masa kecik
You must be out of your mind to expect me to give out my plate number here and letting the whole netizens that read your blog to know me, and be on the lookout for my car?
No thank you.
How about putting your hp number here, should you decide to answer the next time?
Miss,
You can contact me through
Yahoo Messenger - SinatraStrikes
MSN Messenger - my_sampah@hotmail.com
or drop at email at
bathroomkaraoke@gmail.com
I am sorry,
I am not being rude but I don't put my personal phone number on the internet.
haha...looks like you have struck gold afterall sinatra_z
Good luck you two. all the best.
Di mana itu emas?
Ni nombor hp sinatra_z : 0126988747
lol.. budak2 mmg bodoh?senang terpengaruh...terase la aku bro..biasala dak kecik...innconent heart la..bukan bodoh..hahhaa
Nombor sapa la ko jual ni ecam
Siti pun suka posting ni..
why not both of us meet at zoo negara tomorrow afternoon around 2pm?
I'll be wearing a red rose on my chest.
And of course "siti" is a guy whose trying to punk'd you.
Muahaha..
Post a Comment