Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kita akan teruskan lagi kisah-kisah siri puasa....
Hari ini saya berasa bangga,
hari ini saya telah berjaya melepasi suatu tahap dalam hidup saya.
Dan perasaan pencapaian baru dalam kehidupan ini sama seperti sewaktu saya membeli Jam Casio Illuminator, Kad Touch and Go kali pertama dan kali pertama menaiki monorail KL.
Yeaaa hari ini saya buat kali pertama dalam sejarah hidup saya telah membayar Zakat Fitrah yang berjumlah RM 5.20. Saya dengan penuh bangganya terus menelefon ayah saya setelah membayar Zakat di Carrefour Wangsa Maju, sana ada kaunter zakat dekat depan kaunter perkhidmatan pelanggan.
Saya dengan nada garau dan matang memberitahu ayah saya yang beliau tidak perlu membayar lagi Zakat fitrah bagi pihak saya.
Ayah saya kata "Ok, baguslah tu." Tu je.
Dengan hanya RM 5.20 saya buat pertama kalinya rasa seperti seorang dewasa yang hebat dan matang. Tapi masa nak bayar tu saya ada 50 ringgit je dan lepas tu saya tengok ustaz tu macam takde duit pecah je, jadi saya pergi arcade carrefour tu pergi pecah duit dengan membeli token game. Saya main game gendang percussion master, lawan-lawan king of fighters dan Tekken. Lepas tu saya baru pergi bayar Zakat.
Ahhhh................... Rupanya saya belum cukup dewasa lagi.
Tapi takpelah,
tahukah anda setelah anda membayat Zakat fitrah anda akan mendapat resit yang bertulisan jawi?
Gambar dicuri dari http://blog.irwan.name/?p=251
Ahaaa hari ini anda telah belajar benda yang baru bukan.
Jadi seperti biasa saya pun pulang ke ofis dan berlagak dengan Ramlan dengan menunjuk resit bertulisan jawi tadi. Ramlan pun tanyalah apa benda lah tu jadi saya pun cuba bacalah apa yang tertulis....
Lipas :
Daripada Ibn... Iben... Iban? Oooo Ibnu... Daripada Ibnu Abbas katanya "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebagai membersihkan (diri) oryaan, oryngg... aureng?
Ramlan :
Peh apa dah ko baca ni bak aku tengok, alip wau ro... Aurong? Eruan ko tengok ni apa dua tulis ni?
Lead Engineer :
hmm.. Alip Wau roo..... ORANG YANG lah!
Ramlan dan Lipas:
laaa apahal la dia sambung, ya dengan nga tu asingkanlah... isk siot betullah...
Lipas:
Ok sambung-sambung, mewajibkan zakat fitrah sebagai membersihkan (diri) orang yang berpuasa dan memberi makan orang miskin. Peh ko kutuk aku nah Ramlan ko baca plak, ok nah...
Ramlan :
Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebagai membersihkan (diri) orang yang berpuasa dan memberi makan orang miskin. Bagi moreh yang menunaikan.....
Lipas:
Ehhh apa moreh daah! Ini baru cerita Zakat la belum masuk terwaikh lagi.
Lead Engineer:
Mim Ro ya Kap... Mereka laa!!
P/S - Saya dan Ramlan kena lebih berlatih membaca jawi. Sudahkan anda membayat Zakat?
The King, his family and U
2 weeks ago
4 comments:
Saya belum bayar.
Baru terfikir. lipas yang sepi memang sangat kesepian kot.
siapa nak kawan dengan lipas selain lipas?
cicak, lipan, cengkerik, semut dan racun serangga.
Jangan risau, lipas sepi tidaklah sedramatik mahupun sepi mana pun... Saja je pilih nama yang menangkap sikit.
tu la dulu aku soh ko jangan ponteng kelas agama ustazah hanizah ko degil.bile ko masuk kelas pun ko main royal dengan goh and the geng...
p/s:aku pun rasa dewasa bila bayar zakat fitrah untuk bini dan mak mentua aku.ohhh..dah la kat penang rm7.30...
Peh ko nih TOS tak habis habis nak berlagak dengan aku yang ko ni dah kahwin. Siot ah!
Ko Ingat ko dah bayar zakat untuk bini ko tu kira ko dah power ahh! Ahhhh ko memang suka mencabar kelakian aku..
Post a Comment