Sebelum aku masuk Universiti dulu macam-macam aku bayangkan. Kononya macam dalam TV yang orang muda-mudi bergaul dengan gembira dengan pengembaraan gila-gila dan drama cinta yang hebat. Tak pun macam "fraternity" atau tempat berkumpul golongan bijak pandai sarjana membaca buku tebal-tebal dan ghairah berbincang dengan professor, dalam dewan kuliah berlatar belakangkan papan hitam yang diconteng dengan kapur.
Malangnya aku salah Universiti.
Kalau aku nak pesta muda-mudi dan pengembaraan aku patut masuk UTP, MMU tak pun UNITEN. Diorang ni swasta jadi pelajar dia meriah sikit. Aku banyak jugak dengar cerita dari Kepen dan Anand Shawn.
Kalau aku nak bergaya sarjana berbincang Isu Semasa dan berdebat dengan professor rambut putih aku patut masuk Universiti Malaya ambil Sains Politik tak pun aku tak tolak tawaran UIA dulu tu.
Kalau aku nak Drama Chenta hebat UiTM ataupun kolej mungkin suatu tempat yang sesuai.
Tapi aku pergi masuk dekat Universiti yang paling skema atau Belia 4B.
Aku masuk Pengajian tinggi yang jauh dari Kuala Lumpur.
Tempat pelajar biasiswa Intel yang kegiatan masa lapangnya adalah menekan kalkulator.
Namanya UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UTM mempunyai beberapa nama samaran seperti Universiti Tendang Menendang, Universiti Tendang Mahasiswa dan Universiti Terrorist Malaysia.
Dalam kelas pensyarah aku conteng papan putih dengan nombor dan huruf guna pen marker, pakai slide projektor dan cakap. Takde bincang-bincang, samaada ko betul atau ko salah. Dan kalau ko salah tu salahlah. Ye lah dah nombor.. Tak payah baca buku tebal-tebal yang lama-lama. Baca buku baru, tak berapa tebal penuh dengan nombor, litar dan lukisan.
Gig? Konsert Band? Ada sekali tu UTM nak anjur konsert konvokesyen panggril KRU. Persatuan Mahasiswa Islam UTM sudah tunjuk perasaan lah pulak. Selalunya diorang jemput In-Team tak pun NowSeeHeart.
Banyak benda aku belajar kat UTM tu, boleh kata ia banyak membentuk aku kepada apa aku hari ini (termasuk badan). Tapi tu cerita lain kali.
Walaupun UTM tu dekat dengan JB bandaraya besar yang agak meriah tapi hujung minggu aku jarang keluar ke JB. Sama seperti kebanyakan pelajar UTM. Hujung minggu aku lepak dengan Ecam main game, tengok anime dan buat benda yang sangat Nerd.
Aku takde nak berjiwang mahupun tidak banyak terlibat dalam aktiviti drama kehidupan.
Ye hidup aku memang kalau ko dengar agak membosankan, lipas sepi pun ada jugak laa tapi takdelah sepi sangat. Sepangjang aku kat sana aku cuma ingat aktiviti tidak berfaedah yang Nerd aku buat di antara aktiviti yang hebat.
Antara aktiviti aku
DOTA, Anime, Warcraft, Anime, Debate, Anime, Electronics, Anime, Internet, Anime, Pantun, Tarik Tali, Conference, Ucapan Umum, Anime, fotografi, Anime dan Anime.
Aku suka tengok anime sambil makan keropok belinjau pahit dan minum Pokka Green Tea.
Memang aku banyak buang masa dekat UTM dulu.
Agak Meriah la hidup aku masa kat kampus........... Bagi seorang Nerd.
P/S - Masa pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar aku buat poster ni dan tampal dekat satu kampus.
Kamaruzaman adalah Calon yang ditaja oleh P.I-M.A.K.A.N Perikatan Mahasiswa Aliran Kiri Angkatan Nasionalis...
2 comments:
Jangan lupa aktiviti tersohor kanak2 ribena yg belajar kejuruteraan elektrik....
DOTA!!!!
Pesta Konvo UTM
ko memang nerd la zaidel.dari sekolah2 dulu pun macam tu.memang ko suka kehidupan yang nerd begitu.
tapi aku berbangga bile ko kuar UTM ko telah menjadi engineer yang tersohor.mujur la ko ko bukan amik sivil kalo tak mesti kata2 cikgu afifah menjadi kenyataan:
"kalau budak kelas kamu jadi engineer,mesti habis runtuh bungunan..."
Post a Comment