Yeaa sudah lama tidak saya mengarang dalam bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.
Hari ini ingin saya mempersembahkan satu seni budaya bahasa melayu iaitu berpantun. Sempena bulan Ramadhan ini saya telah cuba mengarang beberapa rangkap pantun berempena dengan aktiviti berpuasa. Harap anda semua suka.....
Ke pasar ramadhan Taman Melawati,
sungguh ramai orang di sana,
Main "parking" kereta sesuka hati,
apa ingat puasa takde undang-undang ke.
Ke pasar juadah mencari samosa,
ternampak gadis beli ayam golek,
ahh nanti bila kau bukak puasa,
makanlah berpada janganlah mencekik.
marilah kita pergi bersahur,
janganlah pulak tak sembahyang subuh,
ah ko ni tolonglah isteri tu dekat dapur,
janganlah pulak buat-buat bodoh.
ke pasar juadah menengok makanan,
eh tertengok pulak si anak dara,
haa tu lah tak jaga pandangan,
tengok kan dah kurang ko punya pahala,
terbau ikan goreng jiran sebelah,
ingin aku nak berbuka di sana,
tengok juadah aku memang tak boleh belah,
roti bakar sapu dengan tuna,
Sedihnya.....
Orang berbuka di hotel shangri la,
pelbagai juadah membuka selera,
aiseyman MRR2 Jam teruk la,
aku berbuka dalam kereta.
Mari membeli kuih tat,
nanti habis kalau lambat,
ko punya tarawikh 8 rakaat,
tapi ko punya moreh 20 rakaat.
Bila cakap bahasa baku,
ah teruknya pantun aku.
Tambahan
-Pantun Kad raya-
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas
kuih bahulu kuih tat,
kita nak kuih raya awak buat.
The King, his family and U
2 weeks ago
3 comments:
yang biar aku jawab bagi pihak suami2 mithali...
marilah kita pergi bersahur,
janganlah pulak tak sembahyang subuh,
ah ko ni tolonglah isteri tu dekat dapur,
janganlah pulak buat-buat bodoh.
jawapan :
masak lemak ikan dan rebung,
dimasak selepas waktu zohor,
bukan kami tak mahu tolong,
tapi dah penat mendayung sebelum sahur.
huhuu....
Bila cerita lebat gila,
konon bukan main hebat sekali,
ahh ekngau ni takde stamina,
lain kali minum tongkat ali.
Ke pasar ramadhan Taman Melawati,
sungguh ramai orang di sana,
Main "parking" kereta sesuka hati,
apa ingat puasa takde undang-undang ke.
Izinkan saya balas pantun awak, Encik Lipas.
Pasar Ramadan tak cukup parking,
Letak kereta merata-rata,
Bila kena saman kepala pun pusing-pusing,
Terfikir duit kat bank, meraung gila.
Post a Comment