Tiba tiba hari ni.....
Saya rasa hendak melakukan sebuah anjakan paradigma.
Saya membuat keputusan untuk menggunakan dapur rumah yang sudah sekian lama sepi.
Maka saya pun menuju ke arah Giant Hypermarket untuk membeli bahan-bahan dan setelah sekian lama kini rumah saya sudah ada Air Oren kembali. Saya beli tadi, air oren berjenama Sunkist. Kalau rasa nak main Saidina dekat rumah saya anda tidak perlu risau lagi tentang air oren atau air masak, tadi saya masak air sempena buka puasa. Tapi Saidina belum beli lagi.
Kembali kepada tajuk asal,
Maka saya telah membuat keputusan untuk tidak membeli bungkusan dari pasar juadah hari ini saya akan masak sempena buka puasa!! Dan saya telah berjaya melakukan perkara ini. Yeaaa satu lagi pencapaian pada bulan Ramadhan ini..
Menu Buka Puasa Lipas Sepi
Kurma
Sausage (Ayamas)
Scramble Eggs
Bake Beans (Ayam Brand)
Roti Bakar
Margarine
Air Oren Kordial Sunkist dibancuh dengan Ais dan Air Masak.
Cempedak (aku beli dekat ofis daa)
Amacam Happening tak buka puasa aku....
Macam breakfast daa. Tapi betul lah breakfast meal for BreakFast!!
Mak aku kata kalau nak kahwin kena pandai masak.
Ahaaaaa aku dah pandai masak dah...
Buka Puasa aku nampak lebih kurang macam ni la,
Cuma dalam gambar ni nampak lagi sedap.
The King, his family and U
2 weeks ago
3 comments:
LOL... betullah, sebijik macam breakfast...LOL...ini mesti kes bukak puasa seorang diri ni. Kalau bukak puasa dengan mak, mesti peunuh meja, kan?
yup
Ish engko ni memang pro-american. USA! USA! USA!
Post a Comment