*Pada awalnya saya hendak menulis dalam bahasa inggeris namun saya dapati struktur ayat serta penceritaan akan menjadi lebih baik sekiranya ditulis dalam Bahasa Kebangsaan. Masa aku tulis karangan ni lagu Fiona sedang dimainkan.....
Tadi ibu saya baru tiba dari Sarawak dan dengan hampanya (namun tidak terkejut) beliau mendapati rumah tidak mempunyai bekalan air minum. Tatakala rezeki beliau murah hari ini kerana Kakak serta Abang Ipar saya membuat keputusan untuk membelanja beliau (serta saya) untuk makan Steamboat. Di celah-celah asap (bukan bedah) wap sup ayam dan tomyam maka terkeluarlah cerita-cerita panas gossip-gossip makcik OMG!! (Kakak saya sejak berkahwin sudah bertambah keMakCikkannya.)
Uncle Donny (Nama Samaran).
Uncle Donny adalah saudara mak saya yang sangat meriah serta mempunyai misai lebat yang boleh dikatakan kacak bagi seseorang warga emas.
"Eh Abang Donny ajak pergi Lunch rumah dia 20 Julai nanti" Kata Ibu saya
"Kenapa? Saja-saja je ke?"
"Oh takde dia nak Celebrate sempena dia dapat Dr Kehormat dari Indonesia."
"Universiti mana?"
"Universiti mana ntah, dia derma banyak duit ke apa ke kat diorang. Siap dia iklan dekat Berita Harian satu page, kononya isteri dia adik dia dengan cucu dia mengucapkan Tahniah tapi sebenarnya dia yang bayar."
"Oh sungguh gila Glamour"
"Mestilah dia memang macam tu siap telefon semua Saudara Mara cakap Eh Hairyah you must buy tomorrow's paper berita harian you know, turn to page xx. There you can see my face very big"
"Waah you sure must buy up to 100 Berita Harian ah that day?"
"Yes somewhere near that amount."
Uncle Donny memang seorang yang sangat meriah serta suka glamour, tapi takpe dia memang mengaku dia begitu.
POCO-POCO
Untuk pengetahuan anda semua Poco-Poco merupakan tarian yang menjadi kegilaan makcik-makcik di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Ianya berasal dari tarian senaman Tentera Nasionalis Indonesia yang telah didangdut jogetkan.
"Hah haritu papa tanya nanti bila balik KL pergi ke POCO-POCO? Mama jawab mestilah rugilah tak pergi dengan makcik-makcik lepas tu papa macam risau."
"Ah kenapa?" tanya kakak aku
"Dia jealous sebab tak dapat ikut."
Lepas tu mak aku tanya kat Bora Ombak masih ada Poco-Poco ke? AKu cakap haritu aku pergi minum dengan Joe Lee kat situ ada macam nampak Poco-Poco. Joe dulu pernah dengar aku cerita pasal restoran tu jadi dia teringin nak pergi, aku kata sekarang dah lain sikit la sebab dulu pelayan dia semua pondan tapi sekarang dah diganti dengan pekerja Bangladesh.
"Haah nak tau tak kenapa Pondan tu semua dah takde." Tanya mak aku.
Rupanya menrut cerita dari kawan Mak aku yang ada kena mengena dengan pengurusan resoran tu mereka semua telah dipecat kerana masaalah disiplin kerja. Maksud masaalah disiplin kerja ialah kerana mereka sering bergaduh sesama sendiri serta adengan jealous dan kutuk-kutuk belakang-belakang menyebabkan banyak timbul kontroversi. Mungkin mereka bergaduh tentang siapa yang paling lawa/cantik kat situ ke apa ke, maklumlah bila lelaki dah nak jadi perempuan ego dia tetap lelaki.
Makanan
Ntah macam mana tiba-tiba kakak aku bukak cerita yang dulu masa aku kecik aku pernah makan makanan arnab.
"Ye masa tu kakak bagi arnab makan lepas tu adik pergi makan sebab tengok arnab tu makan."
Lepas tu dia ketawa dengan penuh perasaan. Masa aku kecik kakak aku memang jahat sikit, ada sekali tu dia berlakon kebulur dia kata dia nak Cheezels jadi aku pun kasi la aku punya. Lepas tu dia makan dan pura-pura mati meniarap sambil sorok Cheezels tu.
Lepas tu kakak aku cerita Linda dulu (kawan dia) masa sekolah menengah pernah kasi Girlfriend baru Ex Boyfriend dia makan Sandwich Makanan Kucing. Dendam kot. Linda hanya bagitau diorang lepas dah Kahwin.
Kakak aku pun ketawa lagi.
Bila aku tengok Steamboat tu teringat aku tentang Lost In Translation, dalam cerita tu watak utama tu ada cakap lepas dia makan steamboat.
"What kind of a restaurant makes you cook your own food."
Betul Jugak.
The King and U
2 days ago
1 comments:
Haha... "What kind of restaurant that make you cook your own food"
Eh, tak terpikir pulak... betul jugak ye, they make us cook our own food at a steamboat restaurant....
Post a Comment