Sinatra_Z - Gentlemen

Seperti yang ramai tahu,
saya sebenarnya ahli Pemuda UMNO Gombak, bagi yang baru tahu, janganlah menjauhkan diri hanya kerana mempunyai pandangan politik yang berbeza. Saya masih boleh duduk semeja dengan rakan-rakan dari bangsa lain selepas aktiviti pemuda saya yakin apatah lagi kita sama-sama rakyat Malaysia.

Memanglah agak sedikit (mungkin lebih sikit lah) kecewa dengan keputusan Mahkamah mengenai Perak tidak dapat dinafikan. Yang pasti Mahkamah telah memutuskan Yang YB Nizar adalah menteri besar Perak yang sah, walaupun BN akan memohon rayuan esok namun buat masa ini yang pasti rakan-rakan BN akan menerima keputusan Mahkamah.

Rakan-rakan dalam BN akan menerima keputusan Mahkamah ini dengan hati yang terbuka, kerana walau apa-apa sekalipun undang-undang perlu dipatuhi demi memastikan negara berada dalam keadaan terkawal, teratur dan aman. BN tidak akan mengambil pendirian untuk memuji atau mengangkat martabat Mahkamah dan undang-undang hanya ketika ianya menyebelahi pihak BN dan menentang, mengherdik dan mengatakan ianya tidak adil apabila keputusan yang dibuat tidak menyebelahi BN. Bukan itu cara BN, kalau kita berpegang kepada suatu prinsip itu maka perlulah kita pegang ia dengan teguh dan tidak mempunyai sikap "Double standard" atau talam dua muka yakni hanya hendak menjerit mengenai prinsip kalau ianya menguntungkan.

Yang pastinya anda tidak perlulah risau,
saya yakin Penyokong BN di Perak tidak akan berbaring-baring di atas Jalan Raya dan menghalang laluintas dan menyusahkan orang ramai. Adun BN juga tidak akan melakukan drama atau cerekerama dalam dewan dengan merosakkan suasana dan tataetika DUN. Speaker BN akan tahu untuk memulangkan jubah hitam dan tidak perlu dipaksa keluar dari tempat duduk speaker. Dia tahu untuk bangun dan pergi apabila masanya sampai. Ketua BN Perak (yang kini menjadi ketua pembangkang) akan mengosongkan pejabat MB tanpa perlu banyak adengan drama swasta air mata air liur.

Walaupun kecewa kerana seolah-olah kata-kata Sultan Perak ini diperkotak-katikkan dan akan menjadi bahan kepada sesetengah pihak namun tindakan seterusnya akan diserahkan sepenuhnya kepada Tuanku Sultan. Sekiranya Tuanku bersetuju dengan cadangan Menteri Besar untuk membubarkan DUN maka BN tidak akan mohon derhaka.

Dari pandangan kasar rakyat rata-rata sudah bosan dengan adengan berpolitik yang berlebihan, apatah lagi pilihanraya di ketika ekonomi negara sedang dalam usaha untuk dipulihkan. Pilihanraya memakan masa, tenaga dan wang. Bukan sahaja Pihak kerajaan (SPR dan Polis) akan berbelanja besar tapi juga keduda-dua belah pihak yang bertanding (BN dan PR), ekonomi negara juga akan terjejas kerana menteri-menteri, ahli-ahli parlimen, menteri besar, exco negeri, wakil-wakil rakyat dan produktiviti berkerja akan menurun secara umum kerana terlalu kesibukan berpolitik.

Maka atas kesedaran di atas,
saya dan rakan-rakan berharap agar tindakan ini yang menamatkan krisis politik di Perak sekaligus ahli-ahli politik kita dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi negara dari sibuk berdrama politik yang tidak bersebab. Rakan-rakan dalam BN akan menerima keputusan akhir dengan hati yang terbuka.

"There is honour amongst thieves what more us."

Sinatra_Z - Mari Berpantun

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca-pembaca yang budiman sekelian.
Tatakala di pagi isnin ini pasti ramai yang berasa gundah-gulana ataupun kegelisahan almaklumlah semalam baru sahaja hari minggu dan ini merupakan hari pertama berkerja.

Apa sekalipun elok kita mengambil sedikit masa ketika para pembaca yang budiman yang sedang mengular membaca penulisan saya ini di pejabat untuk seketika, sejenak menceriakan atau menghiasi hari anda dengan seni budaya Bahasa Melayu (atau Bahasa Malaysia).

Seni budaya yang saya maksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan Pantun.
Pantun adalah sejenis puisi tradisional melayu yang sangat mudah dan tidak susah serta dapat menceriakan hari anda. Sering digunakan dalam temasya dan keramaian seperti Perkahwinan, Kenduri, Mesyuarat Tahunan Rukun Tetangga dan banyak lagi.

Tidak seperti yang dianggap ramai sebenarnya pantun ini amat mudah, anda hanya perlu memastikan yang hujung ayat berkenaan sama bunyi dengan ayat berikutnya.

Contoh termudah pantun 2 kerat -

Daun pandan daun ketum,
Assalamualaikum!

Yeaaa itulah dia dengan mudah sahaja saya telah mencipta pantun dua kerat yang boleh digunakan oleh pembaca sekelian ketika menziarahi rumah rakan taulan. Maka kalau saudara fikir bahawa pantun ini hanya sesuai digunakan pada kenduri kahwin, ucapan PIBG sekolah atau pertandingan pantun peringkat zon hulu langat saudara/saudari silap. Pantun ini boleh digunakan di pelbagai sudut kehidupan. Maka ini saya akan memberikan beberapa contoh lagi yang mana para pembaca yang budiman sekelian boleh menyelitkan pantun untuk lebih menceriakan atau menambah seni dalam kegiatan harian saudara saudari.

Contoh Pantun-pantun....

Pantun ketika hendak berjumpa atau berpisah.

Kajang pak malau kajang berlipat,
Satay Kajang tak cicah kari,
Berjumpalah kita pukul empat,
di restoran satay kajang haji samuri.

Buah dokong buah kelapa,
wah wah lama tak berjumpa.

Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
kalau tak ada sumur di ladang,
alamat tak mandilah saya.

Yeaa itulah dia pantun yang sesuai digunakan ketika berjumpa atau bertemu dengan rakan lama. Namun tahukah anda bahawa pantun juga sesuai digunakan ketika sedang berpacaran atau hendak menambat hati si dia yang istimewa, ahaaaa tengok contoh pantun ini..

Contoh Pantun Bercinta...

Contoh ini diambil dari filem P Ramlee 3 Abdul

Makan tak kenyang,
tidur tak basah,
mandi tak lena... Pendek kata seminggu
dua ni macam kapal nak masuk dock.

Alah! Kanda borak lah, takkan kanda ingat
pada dinda.

Misai pendek tidak bercahaya,
Ibarat kuda hampir mati.
Kalau adinda tidak percaya,
Operate lah dada, x-raylah hati! (Jejaka)

jikalau kaki tersandung batu,
jatuh selalu tersembab ke tanah,
hmmph orang lelaki memang begitu,
sumpah selalu tunai tak pernah. (Gadis)

Kaki bukan sebarang kaki,
kaki diorder dari egypt,
lelaki bukan sebarang lelaki,
haa ini lelaki abdul wahib. (Jejaka)

jikalau merpati sudah terikat,
jangan terlepas ikatan benang,
jikalau hati sudah terpikat,
lekas lah lekas masuk meminang... (Gadis)

Ahaaa itulah dia pantun yang cukup indah dan memikat. Tapi kalau anda rasa pantun ini terlalu rumit untuk dihafal dan digunakan dalam aktiviti berpacaran anda bolehlah bawa bekal pantun-pantun yang mudah ini....

Contoh....
(Jejaka)
Kuih karipap Kuih Bahulu,
Sayang I love you.

Gadis bolehlah jawab.....

Kuih Samperit dengan budu,
Sayang I love you too.

Atau boleh ditambah lagi dengan

Bulan ketiga bulan mac,
Sayang I miss you so much.

Bulan febuari datang dulu,
Ahh tipulah you!

Yeaaaah itulah dia antara contoh-contoh pantun yang boleh digunakan ketika sedang bercinta.

Pasti ada diantara anda yang bertanya "Tapi encik Sinatra_Z bagaimana kalau saya tidak bercinta?" Itu ertinya anda seorang jantan sepi patutlah anda datang ke blog ini. Namun jangan risau masih ada banyak lagi pantun-pantun lain yang boleh digunakan dalam kehidupan harian kita sebagai contoh...

Pantun memberi semangat berkerja...

Bermain facebook di waktu pagi,
penyelia lalu berlakonlah kerja,
marilah rajin mencari rezeki,
menyumbang kepada ekonomi negara.

Pantun Nasihat hidup berjiran.

Bunuh Kambing di tepi tangga,
Bakar rumah ketua kampung,
kita ni kan hidup jiran tetangga,
rajinlah kita tolong menolong.

Pantun Budaya Pemakanan Yang Sihat.

Sepak cikgu di tepi kantin,
tumbuk ustaz sampai pengsan,
amalkanlah makan benda berprotein,
kerana ia baik untuk kesihatan.


Maka itulah dia wahai pembaca yang budiman sekelian antara contoh-contoh pantun yang dapat saya mengetengahkan untuk anda menggunakan dalam kehidupan anda. Namun kerana masa tidak mencukupi maka agak terhad jumlah pantun yang dapat saya kenalkan. Namun jangan risau nanti mungkin akan lebih banyak pantun lain yang dapat saya ketengahkan. Maka sebelum saya mengundur diri sahutlah cabaran untuk menggunakan pantun dalam kehidupan harian anda...

Buat cengkudu buah mempelam,
makanan kegemaran encik kera,
Jumpa lagi dan Selamat malam,
Majulah pantun untuk negara.

Sinatra_Z - Life

"To me the unhappiest people in the World are those in the watering places, the international watering places like..uhhh..the south coast of France and Newport and Palm Springs and Palm Beach; going to parties every night, playing golf every afternoon, then bridge. Drinking too much, talking too much, thinking too little. Retired. No purpose.

And so, well I know those who will totally disagree with this and say 'gee, boy if I could just be a millionaire that would be the most wonderful thing; if I could just not have to work everyday, if I could just be out fishing or hunting, or playing golf or travelling, that would be the most wonderful life in the world" ....they don't know life; because what makes life mean something is purpose. A goal. The battle. The Struggle, even if you don't win it..."

-Richard Nixon-


It is sad when I see,

That some of those whom I knew and know,

who had a dream, a vision, something to do or change. These people who could be whoever they wanted or aspire to be...

Succumb to superficial dreams, artificial happiness, vanity, narcissism and shallow temporary love.

You know, like the kid who want's to be a musician because he wants to be popular, spending more time on taking picture of himself than playing the tunes. Or that Multi Level Marketing "executive" whose ultimate dream is to drive in a red imported sports car. That rich kid whose ultimate goal is to get attention from everyone in the hottest night club in town.

Maybe it's just me being melancholic,

or just some random rants at 2 O'Clock in the morning.

But it's absolutely sad, when one navigates through life with a broken compass that does not point north, nor south, neither east and not even west. But keeps spinning around at the same point again and again and again.


And as a witness, I find it..... absolutely heartbreaking.



Sinatra_Z - Berpakaian Hitam

Besok akan diadakan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak,
ada yang bercadang untuk berpakaian hitam sebagai tanda kemarahan terhadap apa yang berlaku atau akan berlaku esok.

Walaupun saya agak hairan dengan warna yang dipilih,
kerana walaupun tiada apa yang berlaki saya yakin pakaian hitam masih juga akan dipakai oleh orang ramai.

Beginilah,
Saya memang tidak akan mahupun tidak setuju dengan pendapat bahawa Sivakumar (Speaker Perak) adalah lebih berkuasa dari Sultan Perak di Negeri Perak.

Siapa Sivakumar tu?

Kenyataan demi kenyataan seolah-olah beliau seorang speaker mempunyai hak yang lebih besar dari Sultan Perak. Saya bukan cuba memainkan isu perkauman, ketuanan atau apa pun, tapi sekali pandang seolah-olah speaker Dewan Undangan negeri ini kalau berdasarkan hujah-hujah yang dikeluarkan langsung tidak boleh disentuh.

Betul,
Saya hairan bagaimana sekiranya suatu dewan hendak menukar Speaker. Kerana mengikut akhbar Keadilan, Speaker berhak menolak apa-apa usul yang hendak dibentangkan yang beliau rasa tidak sesuai.

Maknanya sekali beliau dilantik seolah-olah menjadi seorang diktator atau maharaja yang langsung tidak boleh disentuh oleh Menteri Besar sendiri sehinggalah Dewan Dibubarkan, yakni pilihanraya baru.

Hebat betul, maknanya katalah satu hari Speaker jadi gila, terencat atau gila kuasa dewan langsung tidak dapat berbuat apa-apa melainkan membubarkan DUN.

Sudahkah anda semua lupa tentang Pilihanraya lepas?

BN memenangi 29 kerusi, manakala selebihnya dimenangi oleh DAP, PKR dan PAS. BN telah bertemu Sultan Perak untuk memohon membentuk kerajaan kerana ketika itu tidak Wujud Pakatan Rakyat namun Tuanku Sultan telah menolak usul ini. Ini adalah kerana beliau berpendapat pastinya parti-parti berkenaan mahu menubuhkan kerajaan campuran jadi Tuanku memanggil wakil parti-parti berkenaan datang mengadap.

Ingat lagi tak.....

Bukankah Tuanku Sultan yang berkeras memilih Nizar untuk menjadi Menteri Besar walaupun mendapat bangkangan DAP?

Bukankah DAP dan PKR berkeras untuk mencalonkan jawatan Menteri Besar Perak kepada Jamaluddin Mohd Radzi yang kemudian dibacarakan atas kesalahan Rasuah dan kemudian keluar PKR?

DAP dan bukan UMNO atau MCA yang hendak memulaukan perlantikan NIZAR JAMALUDDIN kerana SULTAN PERAK telah menolak pencalonan JAMALUDDIN MOHD RADZI!

Punya marah Nizar dari PAS jadi MB.

Bukankah Nizar sendiri berkata yang beliau akan menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuanku Sultan samaada dia hendak membubarkan DUN atau Tidak?

Bila Sultan buat keputusan Nizar Mohon Derhaka!

Memang dasar Kacang Lupakan kulit.
Kalau tak kerana Tuanku Sultan Perak NIZAR tak JADI MENTERI BESAR!

Baru bawak Camry dah habis lupa daratan. Memang tak guna betul.
Apa guna kononya baca ayat quran sedap mendayu hebat menjadi Imam kalau baru rasa kuasa sedikit dah lupa asal usul?

Bukankah Anwar Ibrahim Sendiri yang cuba melakukan perkara sama dengan September 16?

Bukankah Anwar Ibrahim sendiri yang berkata kepada Puad Zarkashi dan media yang beliau akan mengadap yang Dipertuan Agong dengan nama-nama ahli Parlimen dan meminta Tuanku melantik Perdana Menteri Baru?

Bukankah Pakatan Rakyat yang mula-mula merampas Adun dari BN masuk ke kerajaan Perak, kemudian bila sudah dapat Nombor yang selesa cuba untuk memecat dua Adun PKR yang ada kes Rasuah dengan menipu mengatakan mereka letak jawatan.

Ohh sebab orang lain berjaya buat apa yang ko tak dapat buat jadi sekarang ko nak marah-marah baring atas Jalan Raya.

Macam Ni lah.....

Saya tidak boleh menerima Idea bahawa Encik Sivakumar adalah Lebih Berkuasa dari Sultan Perak di dalam Negeri Perak dari orang-orang yang beberapa bulan lepas mengangkat dan menyanjung Sultan Perak ke langit tinggi-tinggi kerana kebijaksanaan beliau yang meminta Kerajaan Pusat merombak Kehakiman Negara dan lain-lain.

Dari orang-orang yang hendak memulangkan semula Imuniti kepada raja-raja melayu.

TERUTAMA DARI YANG RAMAI-RAMAI PAKAI BAJU KUNING BERARAK KE ISTANA NEGARA MEMINTA CAMPURTANGAN YANG DIPERTUAN AGONG!!

Bila Sultan buat keputusan yang tidak selari dengan mereka....

Ooooh takde, Sultan salah. Mohon Derhaka.

Macam ni lah,

Aku dah penat dengan drama swasta, cerekerama, pilihan raya kecil yang tak pasal-pasal, ceramah, tunjuk perasaan, baring-baring atas jalanraya, akuan bersumpah dengan apa lagi sampah-sampah yang berkenaan! PERGI MAMPUS.

Sekarang Ekonomi Dunia dah mula gawat, harga ayam naik, Dunia keuwangan antarabangsa tak menentu, kadar jenayah Selangor meningkat dan macam-macam lagi.

Dah lah tu buat lah kerja.
Ko dulu ada peluang jadi kerajaan, tapi sibuk tak habis-habis politik curi adun orang lah nak rampas kuasa ikut ahli parlimen BN lah... macam-macam hal lah. Haah padan muka, kena lempang dengan permainan sendiri.

Pakatan Rakyat ada lagi Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tumpukan kepada menjadi KERAJAAN BUKAN PEMBANGKANG TETAPI KERAJAAN kepada negeri-negeri ini. Buktikan yang anda mampu mentadbir, membentuk kerajaan dan memajukan negeri.

Tak Gitu? Kalau kerja bagus mesti orang akan undi punya.

Ini tak habis-habis ceramah, ceramah, ceramah dan ceramah.


P/S
Aku mungkin pakai seluar hitam laa kot... Kalau korang nak kata aku menyokong bantahan suka hatilah! Seluar aku cuma warna Hitam dengan Biru je. Dulu ada laa warna hijau, tapi masa sekolah laa. Masa sekolah aku tak jadi Pengawas. Paling kuat pun pengawas percubaan.

Sinatra_Z - Eerrrr

Pada suatu hari sedang cikgu bahasa inggeris Puan Lim memerhatikan pelajar darjah lima membuat kerja kelas datang seorang pengawas perpustakaan yang bernama Jenal.

Jenal yang berbaju hijau pun bertanya...

"Teacher teacher, MosQ tu apa?"

"Hah MosQ?" Tanya Puan Lim kembali

"Haah MosQ teacher, apa tu?"

"Apa itu MosQ, mana awak jumpa perkataan tu?"

"Alaa Teacher, MosQ kan English, saya jumpa dalam buku English laa Teacher."

"Ye ke? Bawak sini tunjuk dekat teacher." Jawab Puan Lim.

Jenal pun bergegas ke tempat duduk dan kembali dengan senaskah buku

"Haaa ni hah Teacher, MosQ apa ni?"

"Mos.... Ooooo... Hahahahahahahahahahahahaha." Gelak Puan Lim dengan gumbira.

"Kenapa gelak Teacher?"

"ohh sorry, sorry, Jenal ini Mosque laaa bukan MosQ. Mosque, tu maksud dia Masjid."

"Ooo masjid ye."

"Yee Masjid laa tu kamu salah sebut sebab tu Teacher tak faham." Puan Lim menerangkan.

"Mosque tu masjid ye Teacher.. Ohh saya salah sebut."


Selang lima minit selepas itu jenal bertanya kembali

"Teacher-teacher kenapa salah pulak. Kalau Q U E U E tu queue kenapa Mosque Mosk? Patut MOS-Q lah!"

"Errr....."


Damn

Sinatra_Z - Al Kisah

Al Kisah....
Maka Tersebutlah Kisah....
Dua makhluk yang berasal dari tanah yang mana pasirnya terdampar di pelusuk alam,airnya sedikit dan angin malamnya dingin. Langitnya pula dipenuhi bintang-bintang bergemerlapan dan suatu masa dahulu lahirnya seorang pengutus yang agung di tanah gersang ini.

Apa kan daya dua makhluk ini, barangkali kerana takdir terdampar nun jauh dari asalnya ke suatu tempat yang pokoknya menghijau, dicelahi liku-liku jalanraya, rumah-rumah batu dan kawasan tanah runtuh. Maka inilah kisah seekor Unta dan Biawak Dab yang bernama Frankie Fernandez yang tinggal di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangot, sebelah dengan bangunan Finas tak jauh dari rumah Yusuf Haslam.


Biawak Dab : Assalamualaikum wahai jiran tetangga, saya baru tiba di sini apakah nama Saudara Unta?

Unta : Waalaikumsalam, nama saya ialah Ariff Iskandariah, sempena bandar Iskandariah. Apa pula nama kamu?

Biawak Dab : Namaku Francis Felipe Fernandez, salam berkenalan.

Maka pada hari itu bermulalah persahabatan yang terjalin antara Ariff Iskandariah is Unta dan Francis Felipe Fernandez si Biawak Dab.

Pada suatu hari sedang mereka berdua bercengkerama....

Unta : Oh Francis Felipe Fernandez, kamu tahu tak bahwa ramai-ramai manusia di sini aku boleh kenal hati budi mereka dengan sekali pandang sahaja.

Biawak Dab : Oh Hebat kau Ariff Iskandariah, tapi ye memang ramai orang hari ini, cuti umum kot? Apakah maksud kau dengan kenal hati budi manusia?

Unta : Kau lihat ye Francis Felipe Fernandez, lihat pasangan itu, aku tahu dengan yakin bahawa pasangan ini sudah lama berkahwin.

Biawak Dab : Mana kau tahu Ariff Iskandariah?

Unta : Kita kena lihat tanda-tanda sekeliling mereka, aku tahu mereka lama berkahwin kerana ada dua anak kecil mengikuti mereka dan lihat dengan mudah aku boleh tahu kerana si suami berjalan di hadapan dan si isteri tinggal di belakang melayan kerenah anak-anak.

Biawak Dab : Ohh begitu.. Habis bagaimana pasangan yang itu?

Unta : Itu pasangan baru berkahwin, mungkin tak sampai setahun kerana mereka berjalan berpegang tangan senyum-senyum , masih romantis lagi. Lagipun belum ada anak jadi sebabtulah mereka begitu.

Biawak Dab : Ahaa maka pasangan yang berpelukan itu pastilah pasangan yang lagi baru berkahwin betul?

Unta: Betul pasangan muda yang berpelukan ini pasangan yang baru berkahwin, mungkin baru semalam, tapi mereka belum bernikah.

Biawak Dab : Hebat betul kau, mana kau belajar semua ini?

Unta : Dulu di tempat aku lahir di tengah-tengah gurun sahara aku tinggal dengan seorang Alkimia (Alchemist leh tu) yang hebat bernama Al-Qali, banyak aku belajar tentang manusia dan kehidupan ketika kami mengembara di celah-celah padang pasir.

Biawak Dab : Habis tu, bagaimanakah kau ada di sini? Mana tuan kau?

Unta : Dia telah berhijrah ke Eropah untuk buat bateri. Aku dijual untuk bayar tambang kapal terbang. Kau pula berasal dari mana?

Biawak Dab : Ibuku asalnya dari Baghdad dan Ayahku datang dari Mosul.

Unta : Ahhh jadi kau ini anak kelahiran Iraq ya? Banyak cendekiawan dari sana.

Biawak Dab : Tak aku anak kelahiran Zoo Melaka.

Unta : Tak mengapalah, nah kau lihat itu pasangan yang berpura-pura.

Biawak Dab : Berpura-pura? Mengapa?

Unta : Lihat, walaupun berpegang tangan tapi si lelaki yang memakai cermin mata hitam memandang ke arah lain...

Biawak Dab : Ohoooo, bagaimana yang itu pula? Dua orang perempuan itu?

Unta : Itu adalah pasangan rakan karib, yang salah seorangnya baru putus cinta dengan kekasihnya jadi kawan baiknya membawa ke tempat ini untuk menenangkan hati lagi satu itu.

Biawak Dab : Oooh sampai kawan pun kamu tahu. Yang itu pula?

Unta : Pasangan adik beradik, yang perempuan itu lebih tua.

Bawak Dab : Eh bagaimana kau tahu?

Unta : Kerana yang perempuan itu merampas ais krim yang lelaki itu, lagipun lihat yang lelaki itu tengah menangis dan yang sedah marah itu adalah ayah mereka.

Biawak Dab: Ahahaha ya lah, ah bagaimana pula dengan pasangan itu, adakah mereka juga rakan karib.

Unta : Bukan itu adalah pasangan Gay!

Biawak Dab : OMG. Sampai itu pun kau tahu...

Unta : Begitulah lumrah manusia, luaran mungkin nampak lain tapi kalau kita tahu tengok dan perhati betul-betul banyak yang tersembunyi. Lakonan untuk menyamar atau pertunjukan di khalayak ramai.

Biawak Dab : Manusia ni.... Macam-macam ada.


P/S

Selamat hari pekerja... dah cukup dah tu, pergilah kerja.

Sinatra_Z - A Comeback

I don't watch one in a million.
But I do know that Tomok was in the final 3.

And today,
I heard that he won. So I decided to watch the his performance clip in youtube.

I know Tomok,
he used to be in this boy band malay jiwang sort of outfit called the new boys.
Never heard not remember any of their songs.
But I do know that his band though popular at one time were the most hated band in the most of Malaysia. With their corny songs and hairstyle they were the prime target of cheesiness. If there was a definition of Jiwang karat and Poyo Tomok and New Boyz would be it.

God I hated them back then.
And when I saw his hairstyle in youtube I couldn't help but remember how I loathe those cheesy hatred feelings. As if his band and he was the embarrassment of the Malay music industry.

Early before the show they showed some interview clips,
there was a part where he was crying. My god man.... Don't be such a wuss.
However it is interesting to note that he said that once during performance the audience threw rocks at him. I heard eggs were also thrown and god knows what else. Heck I can understand why.

But here is the thing...
As much bias I may be about this young man with a cheesy nickname, I have to say.....

Being in one of the most perhaps cheesiest band in the Malay music history and perhaps at one time the most loathed male singer after much attention by Mangga, Huzz and god knows what else he went into oblivion. Fallen from grace, forgotten, a shred of memory.

He came back.
He really did.
And he made it.

The road that he takes,
which is a winding and uncertain, often painful for the Malaysian entertainment industry is not easy.

It really is something,
to come back after your big fall with your face in the mud.
To actually fight back your way into the limelight and climb back up to regain the crown that at one time seemed very distant.

I may despise his hair, his fashion sense and his songs.
But I can't help but admire the fight and determination of this young man.
From being the most loathed male singer in Malaysia to the million dollar man.

I may not like him but I'm a fair person and it is fair to say that this comeback is quite amazing in a way.

Kudos to you,
and may you do well in the future.
Perhaps someday maybe there will be a song that I might like.

There was a time when I will never believe I would say these words but here it goes...

Good Job dude,
You deserved it, you did well and of course............. Welcome back!!

Tahniah bang,
memang patut, persembahan yang baik dan paling utama.............. Selamat Kembali!!