Ya memang,
Gereja Katolik di Vatican sependapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengenai sambutan hari Valentine.
Sebelum saya menjawab persoalan yang bermain di minda anda sekelian izinkan saya memberi kata-kata aluan.
Teringat ketika di Universiti dahulu setiap kali menghampiri hari valentine, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia akan menyebarkan risalah, papan kenyataan dan menjalankan kempen di kalangan mahasiswa untuk mencegah mana-mana pasangan bercinta untuk menyambut hari kekasih ini.
Antara sebab utama dalam penulisan mereka adalah kerana Hari Valentine adalah satu perayaan Kristian yang menyambut kematian St Valentine seorang paderi dari Rome. Kononya, St Valentine adalah paderi kesayangan Ratu Sofia dari Sepanyol dan telah dikaitkan nama Valentine ini dengan penghapusan umat islam di Cordoba.
Saya bukan marah atau tidak setuju dengan kempen PMI UTM ketika itu, jangan salah faham ye dan jangan cuba nak putar belit kenyataan. Cuma, satu perkara yang saya tahu tentang orang Malaysia ini dan penulis risalah PMI ketika itu ialah Fakta yang dipetik selalunya bak kata pepatah "Main Cedok" dan kebanyakan rakyat malaysia memang malas untuk buat kerja rumah.
Sesungguhnya semua fakta di atas adalah salah, melalut lagi rekaan semata-mata.
Baik Kisahnya begini.....
Tahukah anda,
memang sebelum ini Gereja Katolik ada menyambut Hari Valentine, yang mana nama Saint Valentine diletakkan di dalam Kalendar Sambutan Wali-Wali Kristian "Roman Catholic Calendar of Saints"
Namun terdapat satu masaalah tentang Wali Kristian yang bernama Saint Valentine ini, yakni, Gereja Katolik sendiri tidak pasti, sangsi dan tidak tahu tentang asal usul kewujudan Saint Valentine itu sendiri. Terdapat tiga kisah mengenai asal usul St Valentine iaitu
1) Seorang paderi pada zaman Empayar Rome yang membantu penganut Kristian sewaktu pemerintahan Claudius II yang ditangkap dan dipancung pada tarikh 14 Febuari.
2) Bishop (ketua paderi kawasan) bandar Terni yang dipancung juga ketika pemerintahan Claudius II
3) Seorang Paderi, kononya di Africa yang membantu pasangan muda berkahwin, ditangkap dan dibunuh yang mana anak gadis menulis surat dan memberikan hadiah kepadanya supaya dia tidak kesunyian di dalam penjara.
Namun semua yang dinyatakan di atas adalah khabar cerita dan bukan fakta penulisan sejarah, ianya hanyalah berdasarkan cerita popular yang menjadi buah mulut zaman berzaman. Boleh jadi St Valentine bukan salah satu dari mana-mana di atas.
Maka atas sebab itulah, pada tahun 1969, Gereja Roman Katolik telah membuang sambutan hari valentine dalam Kalendar Rasmi Gereja Katolik.
Maka sama seperti JAKIM dan kebanyakan Mufti Islam yang lain, Gereja Katolik juga tidak menyambut Hari Valentine sejak tahun 1969. Walaupun ada beberapa gereja tempatan yang masih menyambut namun ia hanyalah sekadar tradisi popular.
Asal usul Hari Valentine, sekiranya dikaji dengan lebih mendalam, mula-mula diperkenalkan oleh Pope Gelasius I untuk menggantikan sambutan Hari Lupercalia yang disambut oleh golongan pagan Rome.
Tibanya Hari Lupecaria, teruna-teruna muda Rome akan mencabut sebuah loteri yang mana di dalamnya tertulis nama seorang gadis. Kemudian, apabila loteri telah diabut dan nama diketahui, teruna berkenaan akan mendampingi gadis berkenaan sebagai teman seksual (friends with benefit) selama setahun.
Pope Gelasius yang dipercayai langsung tidak menggemari aktiviti penuh ghairah ini kemudianya telah memperkenalkan Hari Valentine dengan tujuan untul menggalakan anak-anak muda ketika itu menjauhi aktiviti berkenaan dan ubah kepada hari yang mana mereka menghantar surat dan hadiah kepada gadis yang mereka suka.
Barangkali, ini spekulasi sayalah,
Manusia tetap manusia, Hari Valentine telah diubah sedikit sebanyak kepada tradisi Leupcaria maka Gereja Roman Katolik pun merasakan bahawa tidak wajar untuk diadakan sambutan ini terutama bila kewujudan Saint Valentine itu sendiri dipersoalkan.
Maka,
Tidak seperti yang diperkatakan ramai.
Faktanya, sama seperti JAKIM, Gereja Katolik tidak menyambut Hari Valentine secara rasmi.
Rujukan
Asal Usul Hari Valentine - http://www.americancatholic.org/Features/ValentinesDay/origins.asp
Wikipedia Hari Valentine
Encyclopedia New Advent
4 comments:
so...what is your point? should we celebrate or not?
Up to you,
here's the facts, Valentines day is a secular celebration so if you worry that to celebrate it is to celebrate a christian thing then worry not that's innacurate.
As a muslim, honestly speaking, I don't think we should celebrate it as it's not really our thing in the first place.
But if you insist on taking your wife/GF on dinner and buy her flowers on V-Day I wont call you an Infidel lah. You're still a muslim and I don't think it's that big of a deal.
Though I don't really suggest you do that, It's quite overpriced and it's like buying into the hype, wait the next day to go out for dinner, chocolates on discount
bro, gua link page ni kat blog.
lordapes.blogspot.com.
tak ingat tajuk mana. ha.
hari Valentine diselebrasi dan diwarwar oleh kapitalis. Pada tujuan niaga, untuk dapat laba.
Ini sama umpama hari raya aildilfitri, CNY, Christmas. Ini juga diselebrasi oleh kapitalis, dengan bangunkn suasana meriah dan awangan. Sebenarnya ia cuma selebrasi biasa sahaja.
Dengan cipta satu iklim perayaan, kapitalis ini oleh jual barang mereka. Jadi, iklim ini telah lampaui motif sebenar raya.
Kenapa maulidur rasul tidak dapat sambutan? karena mereka tidak ada poin kapitalis.
Ini lect saya bilang.
Post a Comment