18 NOV — Bercinta zaman sekarang ini adalah jauh lebih berbeza dengan sewaktu dulu, ketika mana telefon bimbit, SMS, Yahoo Messenger, Facebook apatah lagi Email masih belum wujud.
Kalau ada pun itu adalah melalui “modem dial up” 56k yang disediakan oleh Jaring. Juga, MIRC, itu pun tak ramai yang ada. Pada suatu ketika surat berwarna warni ditulis dengan menggunakan pen Kilometrico sambil disematkan kedalam sampul surat lalu diletakkan bawah meja si jantung hati sewaktu masa rehat.
Cinta remaja zaman sekarang memang mudah, yang perlu hanyalah untuk mendapatkan nombor telefon bimbit gadis yang diminati lalu dihantar pesanan ringkas (SMS) dengan ejaan yang seolah-olah huruf konsonan tidak lagi wujud.
“Hye, kte nak Knal dgn awak ble x?” (Terjemahan : Apa khabar, bolehkah saya berkenalan dengan saudari?)
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/pecah-kaca-pecah-gelas/
3 comments:
Ya Zaidel, saudara sudah tua... begitu juga dengan saya kerana saya faham apa yang saudara maksudkan.
nice one. hehe. lama tak dtg blog kamu. dh tukar layout. =)
keep it coming!
Roger that
Post a Comment