Bila anda tidur,
ada yang kata seolah-olah badan kita ni sedang menggantikan semula elektron yang hilang.
Macam mengecas bateri yang lemah.
Seolah-olah badan kita hendak mencapai kestabilan oktet kembali,
dengan menyamakan jumlah elektron dengan proton.
Bila anda tidur,
minda atau otak kita menyusun semula,
ingatan-ingatan dan maklumat yang dikumpul sepanjang hari.
Sebab itulah lebih baik tidur sebelum menjawab soalan peperiksaan.
Beri masa orak kita menyusun semula segala ilmu-ilmu di tempat yang sepatutnya.
Macam perpustakaan yang menyusun buku dengan teratur.
Bila anda tidur,
bermulalah sesi pemulihan diri.
Dari segi badan, tubuh, minda hinggalah ke roh.
Jasad dan Rohani tenang membentuk semula.
Bila anda tidur,
ada orang kata,
kadang-kadang tuhan hendak beri petanda,
menghantar perkhabaran atau menunjuk jalan,
dalam mimpi dalam sedar dalam kegelapan merehatkan diri.
Atau otak sedang menyusun ingatan,
tengah-tengah susun terkeluar adengan rawak dari celah-celah sudut simpanan,
segala ilmu dipelajari, segala gambaran dilihat, bunyi didengar dan penaakulan dibuat.
Tidurlah.....
Hari sudah lewat,
bagus tidur malam,
embun bantu merehatkan diri,
berilah peluang untuk
Jasad anda kembali
Minda anda menyusun
Dan
Roh anda subur......
P/S
Manalah tahu, di celah-celah mimpi, anda terjumpa sesuatu yang mungkin cukup bernilai.
Manalah nak tahu kan,
Selamat Malam....
The King, his family and U
2 weeks ago
7 comments:
kau jangan tidur telanjang jang.. nanti kalau ada 'teman' sepeneluran mangambik gambar kau, perghh terus gelemer ko the next day. pas tuh mana ko nak lari??
tidurlah dalam keadaan yang berhormat.. erkk did i saya yang berhormat??? he he he.
cikgugarangdiupm
hmm....
Nasehat berguna
baru kau boleh yadik YB...Bukit lanjan..ke bukit telanjang..
batang ai kot
atau batang berjuntai...
dan segala batang dan bukit..
Astaghfirullahal Azim . . .
hahaha
Post a Comment