Tadi aku dengan Arip pergi jumpa dengan Lordapes,
Tak kusangkan budak UTM tarik tali rupanya.
Patutlah hensem.
Budak tarik tali memang hensem belaka.
Tengah borak-punya borak datanglah satu pasangan ni. Sorang ni buta dia dipimpim lagi sorang dari belakang yang celik matanya.
Aku dan Arip yang dah hati kering ni pun kata "takpelah.."
Kawan kita lagi sorang ni baik hati pun bagilah duit sikit.... Tapi masa dia hulur duit tu baru dia perasan satu perkara yang sangat menimbulkan keraguan.
"Aku baru perasan tadi, apahal orang buta pakai jam. Jam Elektronik pulak tu. Kalau jam jarum tu ok la jugak, tu pun yang takde cermin laa."
Aku pun jawab
"Dia pakai G Shock lah (memang G Shock pun) sebab jam tu ada illuminator, jadi senang laa dia nak tengok dalam gelap."
Mungkin setiap jam berlalu, jam tu bunyi alarm kot.
Mana lah tahu...
Selang 15 minit selepas kejadian pertama datang lagi satu pasangan ni, sama satu buta satu pimpin dari belakang.
Yang tak tahan, yang ini pun pakai jam elektronik. Tapi bukan G Shock laa.
Dulu pernah ada budak perempuan ni datang pakai baju sekolah, katanya dia nak jual kalendar untuk derma sekolah tahfiz dia, nak tolong anak yatim kat sekolah tu, kesian, beli sekali dengan sedekah laa. Aku pun beli satu botol air coke, beberapa cokelat lepas tu aku bagi kat dia. Aku pun cakap
"Jangan bagitau Ustaz tau.."
Pergi Mam la kalau ko ingat aku nak bagi duit kat Ustaz ntah betul ntah tidak.
Bro ni kasi nostalgia sikit untuk ko....
http://lipassepi.blogspot.com/2008/12/sinatraz-jentera-berat.html
P/S
Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali sekala.... Jangan ikut!!
The King, his family and U
2 weeks ago
2 comments:
reminds me when I have to wait for bus from Kota Kinabalu to Tawau, I spent hours in the bus terminal, through out the time, adalah beberapa org budak ni datang jual gula2, tak mahal, 50sen je sebungkus, tapi aku perasan, semua budak2 ni, guna bakul yang sama, warna je lain, pastu gula2 yg diorang jual pun sama, bukan sorang dua, ramai! lebih 10 aku rasa. Diorang datang dengan aku beberapa kali, aku tak beli, sampai satu masa seorang, dia merayu ngan aku "Kak! beli la! satu jak! tolong la aku kak!"
Hati aku goyah time tu, aku yakin, budak2 tu mangsa sindiket tahapa hapa. Tu sebab aku tak nak tolong. Tapi dia siap merayu dgn aku.
In the end, aku tak beli jugak. Kesian dengan budak2 tu. Masalahnya, kalau aku beli, aku bagi duit dgn org yg tak patut.
hah. aku la si lordapes tuh. tak guna punya pakcik mintak sedekah pakai jam digital. aku pun pakai jam murah je. jam dia lagi mahal.
ada lagi cerita. dulu aku pergi SOGO, makan kat McD bawah tu. datang seorang budak mintak sedekah sambil tunjuk surat-surat sokongan (kononnya untuk madrasah/rumah anak yatim mana ntah). aku dengan mulianya bagila rm5. kesian dia. nampak lapar je...
lepas makan, kitorang (aku & friends) naik ke atas untuk main game. tak pasal-pasal, aku nampak budak tadi, TENGAH MAIN GAME. hangin satu badan jadinya. aku pergi kat dia, ketuk pale dia, angkat balik rm5 yang aku bagi tadi. brrr...
budak tu pulak, terkebil-kebil tengok aku, pastu sambung balik main game dia. kemungkinan besar quota sedekah dia dah penuh, jadi dia guna extra cash untuk main game. kemak punya sindiket.
pasal tarik tali pulak, ushar kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=AkGzIoD86c0
http://www.youtube.com/watch?v=Yz9utgun6W0
bebudak tarik tali memang GAGAH!!!
Post a Comment