Sinatra_Z - Merdeka

Lagi beberapa hari lagi adalah tarikh kemerdekaan Negara kita.
Negara kita sudah berumur 51 tahun.
Seperti tahun sebelumnya saya akan mengibarkan Jalur Gemilang yang sudah agak pudar itu. Kerana itulah bendera saya sejak saya berumur 10 tahun.

Walaupun nampaknya baru-baru ini ianya bukan sesuatu yang "popular" untuk berbuat demikian.

Saya tidak akan mengibarkan bendera yang saya sayang terbalik. Saya tidak akan berbuat demikian kerana mahu menyalahkan Pak Lah, Anwar atau sesiapa pun. Bagi saya perbuatan ini merupakan perbuatan yang kurang ajar, terlebih dramatik dan mencari publisiti murahan.

Biarlah, panggilah saya konservatif atau jumud kerana sayangkan bendera saya. Saya tidak rela melakukan tindakan kurang ajar ini kerana mahu diapandang liberal atau menarik perhatian. Ye memang saya berasa sedih atas keadaan politik semasa namun saya sendiri tahu bahawa ini merupakan satu fasa pembelajaran yang perlu untuk negara kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Apatah lagi ianya membuat saya bingung yang marah-marah adalah merupakan pendukung kuat perubahan politik, bukankah mereka sudah berjaya mendapatkan perubahan senario politik negara.

Drama....... Cerekarama..

Biarlah bendera saya pudar janji pandangan saya jernih.

1 comments:

Saya tak rasa begitu patriotik tahun ini, Sinatra. Saya belum fikir lagi nak kibarkan atau tidak Jalur gemilang tahun ini, walaupun tahun-tahun yang lepas saya berbuat demikian. Rasanya, tahun ini, saya simpan sahaja Jalur Gemilang dalam laci. Saya terkilan dengan keadaan di Malaysia sekarang. Tidak ada apa yang boleh mengambarkan kegemilangan Malaysia. Lebih banyak khabar yang buruk dari yang baik :-(