Sinatra_Z - Dialog Bersama Soh Kee Yoong

Soalan: Tuliskan satu dialog mengenai kehidupan. Mestilah lebih dari 180 patah perkataan.

Tajuk : Dialog antara dua ekor Lipas yang Sepi.


En. Lipas dan Meow

Dalam perjalanan pulang dari Pavilion menuju ke KLCC maka timbullah perbualan ini..

Soh : Zaidel bila la engkau nak bermastautin

Zaidel: ko tau tak apa maksud bermastautin? Jadi penduduk tetap tau maksud dia.

S: Bukan maksud aku bila la engko nak kahwin.

Z: Apahal pulak ko tanya aku ni.

S: Ye lah kawan ko kan dah ramai kahwin.

Z: Kawan aku yang dah ramai kahwin pun kawan kau jugak.

S: Alaa kawan UTM ko tu kan ramai dah kahwin kan.

Z: Tu senior aku memanglah dah kahwin. Ahh ko tanya aku ni ko bila nak kahwin.

S: Lambat lagi laa belajar pun belum habis lagi.

Z: Selamba je Soh hati kena kering.

S: Alaaa aku tak mau kahwin lagi lah nak bebas lagi ni. Aku tengok orang dah kahwin kesian pulak.

Z: Apa la kesian.

S: Ye laa diorang tak dapat jadi macam kita ni tak dapat bebas buat benda macam kita ni.

Z: Soh! Aku tanya ko sekarang, apa yang kita buat sekarang ni yang meriah sangat ni? Kalau ko Kahwin Soh aku tanya sekarang apa yang kau akan hilang dari segi aktiviti bujang ko?

S: Takdelah tak bolehlah aku buat benda aku selalu.. macam bila free..

Z: Soh apa ko buat bila cuti hujung minggu? Aku tahu apa ko buat, Jumaat ko main dota, Sabtu Malam ko pergi Yum Char aku tahu semua aktiviti engkau Soh pasal selalunya aku Terlibat!

S: ..........

Z : Contoh macam hari ni, hari ahad ni ko pergi mana soh? Ko pergi PC Fair dengan aku oiyooo "Happening" gila hidup bujang kita ni!

S: Takdelah, kalau kita bujang kita boleh jadi Player kan kalau nak happening.

Z : Ko Player ke?

S: Aku bukan player lah tapi kalau aku nak jadi player bolehlah..

Z: Mana boleh! Soh ko tak layak jadi player dan tak boleh jadi player.

S: Apasal pulak?

Z: Pasal muka ko hodoh!

S: Hak elah ko ni serious la lagipun player lain tu pun takdelah handsome mana pun.

Z: Soh orang macam kita ni tak boleh jadi player Soh pasal kita takde.. apa ni ahaa BAKAT nak jadi Player.

S: Apa bakat pulak, ehh janganlah ko pandang rendah sangat kat diri kau ni.

Z: Ini bukan masaalah pandang ni soal Personaliti dan Aura player itu sendiri. Kita ambik contohlah ok ko setuju tak kalau aku kata Lim tak boleh jadi player.

S: Ok lah itu satu kes.

Z: Betul kan, Jovan ngan Yantok pun tak boleh jadi player sebab diorang takde X-Factor tu. Lainlah kalau macam Joe dia boleh jadi player sebab dia kan Sweet Talk F**ker jadi dia memang berbakat jadi player. Awek memang suka dekat dengan dia.

S: Kita pun boleh berusaha jugak jadi macam tu, belajar la

Z: Soh ini bukan soal belajar ini soal bakat, sebagai contoh Joe nak jadi penyanyi tapi suara cam sial, boleh pergi jatuh dalam longkang, sebab kenapa? Sebab dia kurang bakat dari segi itu. Orang yang ada bakat dan Aura player tu boleh jadi player macam kalau orang takde bakat tu kira memang susahlah dan engkau serta aku tergolong dari orang yang tidak berbakat ni.

S: Alah Sedihnya!

Namun hingga hari ini Soh masih berpegang kepada prinsipnya bahawa sesiapa sahaja sekiranya dia sanggup berusaha dengan gigih mampu menjadi seorang PLAYER!! Ayuh soh bangun berlawan dan berusaha! Buktikan kepada Dunia yang mereka salah dan kau juga mampu mempermainkan Gadis-gadis kota dengan kata-kata manismu sebagai seorang Player! GANBATTE SOH!


Gaya Seorang Player yang bling! bling!

4 comments:

LOL... I haven't seen the Rm100 note for quite some time now. Tak sangka diorang produce lagi!

 

yo brader....1st kat sini, dpt dari clef. kalu nko takleh jadi player, jadi player killer lah....lol. dialog tu dah habis ke and sambungan nye...hehehe

 

ada lagi tapi cerita pasal benda bosan jadi kira habis lah