Sinatra_Z - Manifesto PPP

Ini bukanlah Manifesto yang dikarang oleh saya bersama M Kayveas mahupun agenda saya untuk merebut jawatan presiden parti komponen Barisan Nasional. Oh tidak, PPP bukan sahaja ankronim bagi People's Progressive Party tapi juga merupakan ankronim bagi Perdana Pullstring People pasukan tarik tali Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia. Namun PPP yang dimaksudkan hari ini ialah kumpulan facebook yang saya tubuhkan beberapa bulan lalu yakni Persatuan Pencinta Pantun.

Untuk pengetahuan anda semua saya dahulu ketika masih menuntut di Universiti merupakan ahli kumpulan pantun kolej Perdana wakil blok lelaki. Pasukan kami yang mahsyur ini hanya akan bertanding pantun dengan juara pasukan pemantun UTM yang memenangi pesta pantun anjuran asrama kami iaitu Pesta Pantun Perdana (PPP lagi...).



Nama pasukan pantun saya adalah ABDUL.
ABDUL - Angkatan Buaya Darat Udara & Laut.


Manifesto Persatuan Pencinta Pantun

For those who do not understand Malay please refer to here - http://www.usm.my/pantun/pantuninenglish.asp

Persatuan ini adalah untuk ahli-ahli facebook yang menggemari pantun atau gurindam. Persatuan ini bukanlah Multi Level Marketing yang memerlukan anda mencari beberapa pasang ahli dan jika cukup kuota anda dapat beli mercedes. Persatuan ini juga bukanlah persatuan politik mahupun kelab pencinta alam apatah lagi ajaran sesat. Hatta ini juga bukanlah Kelab Malam, Kelab matematik ataupun Kelab peminat Mawi.

Persatuan ini adalah untuk mereka yang suka bermain kata, berbunga-bunga, tersirat makna, terselit pesanan, berbunyi serupa, berkias-kias semata-mata untuk suka-suka demi mendengar indahnya bahasa.

Untuk menjadi ahli kumpulan anda hanya perlulah minat terhadap pantun, mampu berpantun (2 kerat pun jadilah) serta faham bahasa melayu. Tapi kalau fikir-fikir balik pun kalau nak pantun dalam bahasa lain apa salahnya nak kasi pantun tamil ke, mandarin ke, iban, swahili semua boleh.
Tiada had umur, tiada halangan bangsa, agama, tanah air, daerah, jenis darah, jantina serta kereta apa anda pandu tidak menjadi ukuran di sini.

Jadi saya menjemput anda semua dari peminat kucing, pengumpul setem, ahli-ahli kelab pencinta alam, ahli-ahli persatuan peminat asam pedas, penyanyi, pemuzik jalanan, jurutera, doktor, bomba, nelayan pukat tunda, penjual suratkhabar tepi bus stop, penjaga tol simpang pulai perak dan tak kita sesiapa sahaja yang meminati pantun untuk bersama-sama kita memperjuangkan salah satu keindahan bahasa agar dapatlah kita memajukan negara dengan berpantun, tidak membuang sampah merata-rata serta lebih berhati-hati ketika memandu.

Contoh-contoh pantun yang anda boleh gunakan dalam kehidupan seharian.

-Memesan makanan di kedai mamak-

Dua tiga kucing berlari,
kasi saya roti canai kuah kari.

-Ketika Membeli-Belah.

Memang parah jatuh cinta,
jatuh tangga lagi sakit,
barang ni saya dah suka,
boleh tak kasi kurang sikit?

-Mempromosi pelanggan untuk membeli produk makanan ayam/ikan-

Sepak Cikgu Di Tepi Kantin,
Tumbuk Ustaz Sampai Pengsan,
makanlah makanan berprotein,
kerana ia baik untuk kesihatan.

-Kempen Gotong Royong-

Bakar rumah ketua kampung,
bunuh kambing di tepi tangga,
marilah kita bergotong royong,
semarakan semangat jiran tetangga.

-Ketika Menulis Kad Raya- (KLASIK)

Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas.

-Membalas godaan kutu-kutu jalanan-

Tepi Jalan Banyak Sampah.
EEEEeee menyampah.

-Ketika Tiba di rumah kawan-

Sakit tekak terasa halkum,
Assalamualaikum.....


Tak Lupa pantun-pantun klasik

Siakap Senohong Gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

Dua Tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh ku cari,
mana nak sama cik adik seorang.

Buah cempedak Di Luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Pisang Emas di bawah berlayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi di bawa mati.


Adakah anda mempunyai serangkap pantun?
Atau ingin menjual pantun?

marilah kita sama-sama berkongsi...

1 comments:

slm..sy dlm mslh kwangan.nk jual setem malaya n seangkatan dengannye(setem2 lame,yg dr indonesia n s'pore pn ade).juga koleksi 1st day cover n setem thn 1999-2003(malaysia).mane2 peminat yg trlepas atau ktinggalan bleh la dptkn dgn mbeli dr sy.sy tul2 prlukan duit nie.andai brminat hrp hubungi ahmad,0176066623.tgl di kuala slngor.sekian...