Malam ini Malam yang sejuk tidak seperti malam semalam yang mana ianya membuatkan badan saya berasa panas. Dan apabila saya mengatakan panas ia bermaksud suhu badan bukan maksud lain. Anda mungkin boleh berkata
"anda tentulah panas Zaidel anda kan banyak lemak."
Ye terima kasih sial kerana mengingatkan saya tentang itu tapi percayalah bahawa semalam memang panas.
Akan tetapi hari ini merupakan hari yang cukup Panas walaupun hujan di pagi hari.
Panas dengan kes Anwar Ibrahim.
Ong Ka Ting tidak bertanding presiden MCA
Germany lawan Spain awal pagi.
Cadangnya saya hendak tengok tapi rasa macam malas.
Dari mendengar kisah dewaraja ke politik feudal ke caci maki terhadap seorang lelaki yang saya tidak kenali dan Polis. Nampaknya pada waktu ini menjadi suatu perkara yang popular serta bergaya (cool) untuk menjadi anti kerajaan. Dari reformis jalanan hinggalah ke orang seni, anda seorang yang liberal sekiranya anda pro pembangkang nampak gayanya.
Bagi saya...
Kalau anda terus mempercayai tanpa sebarang bukti sahih maklumat yang berlatar belakangkan saya terdengar seseorang berkata akuan sumpah PKR, terus memaki hamun Najib Tun Razak...
Mengapa anda harus pusing 180 darjah terhadap laporan polis (seperti akuan sumpah) tentang kes anwar ibrahim yang dibuat oleh seseorang lelaki yang tak habis belajar Uniten (tu la banyak sangat politik kan dah tak grad...)
Sekiranya ini adalah konspirasi kerajaan BN untuk menjatuhkan Anwar maka ini boleh dikatakan tindakan yang sangat dangkal atau paling bodoh yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Tanyalah mana-mana orang UMNO (termasuk saya) membuat tuduhan palsu mengenai kes liwat Anwar Ibrahim benar-benar tidak membantu UMNO dalam apa-apa hal sekiranya difikirkan kembali. Tindakan ini adalah bunuh diri, saya yakin PM bukan seseorang yang bodoh walaupun ramai antara anda pastinya tidak bersetuju.
Mungkin ianya adalah Konspirasi besar politik BN
Mungkin ianya adalah tidakan seorang lelaki muda yang mahukan publisiti murahan.
atau Mungkin ianya benar-benar terjadi?
Adakah anda benar-benar mahu menerima kebenaran atau adakah anda seperti ramai orang diluar sana telah bertekad dalam minda untuk membuat penghakiman sendiri.
Saya bersedia menerima hakikat sekiranya Najib Tun Razak membunuh Altantuya sekiranya terdapat bukti kukuh dan bukannya semata-mata dengar cerita dari ntah siapa entah.
Dan saya bersedia untuk tidak membuat apa-apa kesimpulan berdasarkan laporan polis dari seorang pemuda yang tidak habis pengajian, berpolitik dengan orang UMNO sewaktu di kampus dan apabila semuanya gagal mecuba nasib dengan berkerja untuk Anwar Ibrahim.
Saya memang tidak suka Anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri bukan kerana saya menganggap beliau seorang penggemar seks luar tabii. Tetapi kerana kaedah pemikiran, perubahan nada perjuangan dulu dan kini, kaedah dan janji yang dilakukan beliau untuk merampas kuasa dan polisi beliau yang berdasarkan populariti semata-mata.
Saya tidak suka Anwar Ibrahim kerana saya anggap beliau seseorang yang hanya pandai bincang lebat, ayat hebat asyik-asyik pinjam kata-kata falsafah tapi habuk tadak. Ahli politik yang bermuka-muka.
Bak kata Tun Ghafar Baba
"Kalau sekadar Malay Studies siapa-siapa boleh ambil Malay Studies..."
Bertenang semua,
jangan cepat melatah, ini cuma laporan polis yang dibuat oleh seorang pemuda ntah mana ntah.
Jangan cepat memfitnah dan mengamuk.
Relax.
Kita tunggu dan lihat.
Buat masa ni, malam yang sejuk ini saya nak tidur.
Anwar Ibrahim, Euro, Najib dan RPK boleh pergi jatuh dalam Longkang.
The King and U
2 days ago
2 comments:
salam zaidel,
Akhirnya , aku berada di blok ko...
Aku setuju , Anwar cakap lebat...tiada apa2 pembaharuan yang beliau bawa....
Ridwanto
tingkat berapa?
Wei ko jadi pembantu felo ke?
Post a Comment