Sinatra_Z - Spare me your SPAMS (BBM Users)

I own a Blackberry,
a cheap curve 3G Blackberry, not that great. The rubber button on top which also is the MUTE button peeled off last month and since I had to press that button to Unlock this blackberry so I had to change the whole damn casing.

And Since Blackberry us no Nokia the whole thing costs me about 160. One hundred bloody sixty for the cheapest blackberry 3G model.

It's not that I can't afford a nicer model it's just that I'm cheap, so 160 pisses me off. Anyway, there was a bunch of casings to choose from and the shop owner suggested the original piece, but since I was going to blow some money over this might as well pick a casing that makes my blackberry look unique and lo and behold I pick a dark Blue casing.

Dude was looking at me and asking me twice whether I was sure, and so I was very darn sure.

And now I have a blackberry that looks like a blueberry and often people mistake it for a cheap handphone toy one may find at Giant Hypermarket Taman Permata.

Blueberry Blackberry.

But putting things aside, with it's price and crappy apps and OS I actually like my Blackberry and the chief reason for that is the Blackberry Messenger.

Blackberry Messenger is like the nut in M&Ms, without it it's just like a clourful sweet chocolate, makes the difference between M&M and Smarties.

But of course,
though I love the technology, like many things I just can't stand the bloody users.

Imagine getting spams daily,
these days out of the 10 dings I get from my BBM 9 of them would be some retard spamming something crappy, either some advice coming from someone, a list of crappy jokes or just some retarded greetings like

"Good morning my BBM frenszzzz Luv U allz 4eva!!"

And it get's really bloody annoying,
when I get a Ping in the middle of the night, and fearing that perhaps a lonely hot chick may need some company in the middle of the lonely quiet night and all she can think of is me though that may be quite remote and as unlikely as a million rabid monkeys typing shakespeare over some parallel universe BUT IT MIGHT HAPPEN...

Lo and Behold

I get an asshole spamming me with advices on how to be a good man or insignificant news like dogs getting rabies on the testicles in rural china so authorities are clamping down on dog meat buffets.

Please....

No matter How awesome you might think that advice may be,
or the fact that if you forward this message to your friends you dreams will come true.

Do me a favour..

Spare me your SPAMS

Sinatra_Z - Dalam hati ada taman

Kalau anda bandingkan antara ucapan yang dibuat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk tajuk dan isi yang sama, anda akan dapati Bahasa Inggeris hanya memerlukan separuh dari masa yang diperlukan berbanding dengan Bahasa Melayu.

Ini adalah kerana dalam ucapan Bahasa Melayu banyak masa akan dihabiskan pada perenggan pembukaan yang biasanya berbunyi seperti berikut:

“Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia, yang berusaha tuan pengerusi majlis, Encik Saapari Yakoop Deraman juga merangkap selaku tuan rumah kita pada hari ini. Yang Berhormat Dato Dr Tuan Haji Ahmad Supardi bin Dato Seri Tuan Haji Abu Hurairah, Adun bagi kawasan Gopeng Jaya, tak lupa juga yang berbahagia Tuan Haji Daud Deraman Misbun, Ketua Kampung Kepayang Hilir Simpang Pulai, Yang berbahagia Naib Ketua Kampung merangkap tok siak Masjid As Sobirin Kampung Kepayang Hilir, Cikgu Yeop Zambahari Kulop Udi, ahli-ahli Jawatankuasa kemajuan kampung, hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian. Syukur kepada Allah kerana dapat kita berkumpul pada hari ini untuk bersama-sama kita bersua dan memperbincangkan hal kemajuan kampung ini, namun sebelum saya meneruskan ucapan saya ini ingin saya memberikan serangkap pantun, Pulau Pandan Jauh ke…..”

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/24/dalam-hati-ada-taman/


Sinatra_Z - Penat Tahap Polis Angkasa Gaban

Dalam alam cakerawala terutama dalam kawasan bima sakti terdapat banyaknya bintang-bintang dan kemungkinan bintang-bintang itu adanya planet mengelilingi mereka.

Pabila adanya planet mengelilingi maka kemungkinan adanya kehidupan flora dan fauna di situ dan pastinya mereka hidup aman, damai dan sentosa.

Namun lumrah makhluk ciptaan ilahi pastinya ada di antara mereka yang berhasat dengki, berhati busuk mahupun memang mempunyai niat jahat. Seringkali watak-watak makhluk yang membuat onar ini akan menganggu gugat ketenteraman awam sekitar alam cakerawala bima sakti.

Mereka akan berpindah dari satu sistem ke sistem yang lain dengan niat untuk mengacau atau menakluki planet-planet berkenaan. Ada yang berniat untuk merosakkan semata-mata dan ada pula yang mahu menjadikan penduduk asal planet berkenaan sebagai hamba abdi.

Gerombolan atau makhluk penjenayah jahat ini dikenali sebagai Raksaksa,
Sebelum ini oleh kerana jumlahnya kecil maka bumi belum pernah menerima ancaman raksaksa, namun sejak ekonomi bima sakti mula merosot akibat dari masaalah hutang dan kredit datangnya dari beberapa sistem di gugusan bintang Europa maka ramai makhluk yang menganggur mula beralih arah kepada jenayah.

Apabila meningkatkatnya kegiatan haram ini pengaruh kejahatan dan kegelapan semakin meluas di pelusuk bima sakti, bumi yang sebelum ini aman, damai, sentosa dan boleh main layang-layang kini menghadapi ancaman raksaksa.

Mujurlah, dalam sektor gugusan bintang mentari telah ditugaskan seorang pegawai polis angkasa yang berkaliber bernama Gaban. Saban hari Gaban yang tinggal di bumi akan menukar kepada pakaian perisainya dalam masa kurang dari 0.5 saat untuk menjaga keamanan bumi.

Dengan bantuan Naga Gaban, motor terbang serta seorang setiausaha wanita, Gaban seringkali berjaya menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Namun walau Gaban merupakan seorang anggota polis angkasa yang berketrampilan dengan begitu baik sekali, sehebat-hebat gaban sekalipun, perjuangan menentang raksaksa bukanlah mudah dan kadang-kadang Gaban juga merasa penat.

Namun penat bagaimana sekalipun, acap mana Gaban merasakan sukar menghadapi cabaran-cabaran tertentu, namun semua tugasan dan halangan mesti diselesaikan dan diatasi kerana Gaban tahu kegagalan beliau berbuat demikian akan terus menerus menimpa nasib ke atas bumi.

Maka begitu jualah semangat yang perlu kita ada,
walaupun penat sebagaimanapun, mahupun sibuk, perlulah ada semangat menyelesaikan masaalah dan menghadapi cabaran, anggaplah segala tugasan yang kita hadapi sebagai suatu tugasan yang amat penting bagi planet bumi sebagaimana Gaban juga.

Sesungguhnya,
biarlah penat tapi puas.
Kalau nak penat, biarlah Penat Tahap Polis Angkasa Gaban

Menyelsaikan masaalah, menjaga keamanan dan berjuang demi kebaikan sejagat, di bumi, di sistem suria, bima sakti dan alam cakrawala.



Ayuh, walaupun penat, walaupun sukar janganlah putus asa, marilah kita berjuang ke titisan akhir.

Sesungguhnya penulis kini juga penat tahap Polis Angkasa Gaban....


Sinatra_Z - Soal Hati

Sesungguhnya,
Soal Hati itu bukannya mudah, sering kita selalu mendengar lagu-lagu sedih dan dendangan kekecewaan menyalahkan atau menanggap diri kita sebagai satu protagonis dalam sebuah drama yang hebat.

Oh lihatlah, kata kita pada diri kita, apa salahku ataupun mengapa jadi begini, mangsa dalam keadaan yang kita sendiri tidak dapat mengawal.

Akan tetapi,
inikan soal hati, masakan hendak kita menyalahkan atau kecewa, sedangkan soal hati sendiri pun tidak dapat dijangka.

Kan mudah,
kalau hati mengikut kata otak. Akan tetapi manusia bukan begitu, kalau soal hati dapat ditadbir berdasarkan hukum logik dan akal, maka hilanglah roh hati berkenaan.

Kadang-kadang ada terfikir jugak,
barangkali, secara tidak sedar, mungkin sebenarnya dalam di sudut hati suka bersendiri, keseorangan dalam gelap mendengar lagu-lagu berentak perlahan dan sekali-sekala bernafas keluhan pada diri sendiri.

Walaupun terasa seakan sedih, tapi sebenarnya jauh di sudut hati merasa selesa sebergitu. Kerana sunyi dan sendiri, sebenarnya membolehkan diri bergerak tanpa banyak beban dan meneruskan perjalanan dengan bahu yang ringan.

Orang selalu kata, "Tanya Sama Hati" Tapi........Hati kan selalu menipu diri sendiri.

Jadi Beginilah,
saya tinggalkan anda dengan serangkap gurindam buat bekalan kemudian hari

Tanya sama hati,
tapi hati selalu menipu diri,
Tanya sama Iman,
takut tak sanggup dengar jawapan,
tapi walau apa sekalipun,
jangan sesekali tanya Aiman...

Sekian,
Selamat Malam



Sinatra_Z - Bintang di langit

Karangan Bahasa Melayu

Nama : Zaidel bin Baharuddin
Kelas : 5 Berlian
Tajuk : Bintang di langit.

Bila kita duduk di tengah padang,
pada waktu malam, mungkin kerana rasa perlukan angin segar ataupun melapangkan fikiran kita pun memandang ke atas.

Apabila memandang ke atas nampaklah bintang-bintang berkelipan dengan banyaknya sekali. Tapi kalau waktu itu bulan penuh dan terang maka susahlah, kerana cahaya silauan bulan akan mengenggelamkan kerlipan bintang-bintang. Ataupun katakanlah kita tinggal di tengah kota bercahaya yang terang benderang maka susah jugalah untuk kita melihat bintang. Ini adalah kerana cahaya lampu jalan, lampu rumah, lampu isyarat, lampu lintang stadium dan lampu neon kupu-kupu malam sedikit sebanyak mengenggelamkan cahaya bintang di langit.

Tapi kalau kita berada di kawasan gelap seperti di tengah sawah padi, di tepi laut ataupun di atas bukit yang tinggi yang mempunyai rumput yang hijau, di mana tiada di sekelilingnya tiadalah sumber cahaya buatan manusia seperti yang dinyatakan di atas, maka nampaklah kita akan bintang yang berkelipan dengan banyaknya di ruang angkasa. Jadi kalau anda pergi berkelah di Port Dickson atau di tepi Pantai Morib, cuba-cubalah untuk berjalan ke hujung pantai yang gelap dan mungkin kalau ada rezeki anda akan dapat melihat ribuan bintang berkelipan di angkasa raya diikuti dengan sahutan bunyi mergastua.

Tahukah anda walaupun kita nampak macam ianya berkelipan bersendirian, namun bintang, sebagaimana manusia bukanlah seperti apa yang dipandang dari mata kasar. Sebenarnya ada bintang di langit yang nampak seperti sebutir tapi sebenarnya berpasangan, namun kita tidak nampak dengan mata kasar kerana ianya terletak nun jauh di sana di suatu sudut Bima Sakti.

Bintang ini dipanggil bintang binari, ianya adalah sepasang bintang yang berpusing mengelilingi sesama sendiri, bagaikan merpati dua sejoli, contohnya bintang Spica yang kita lihat di langit sebenarnya adalah dua butir bintang yang berpasangan. Maka kalau nak diikutkan, bintang kita iaitu Matahari sebenarnya adalah bintang bujang yang masih lagi berseorangan belum menjumpai pasanganya.

Jadi kalau anda masih lagi bersendirian, janganlah terlalu sedih kerana ketahuilah, Mentari juga senasib dengan anda.

Adakah anda juga sedar yang cahaya, walaupun sangat laju, bukanlah selaju yang kita sering sangka. Sebenarnya, cahaya juga mempunyai had laju tersendiri, ianya tidaklah laju tidak terkira. Laju cahaya adalah 299 792 458 meter sesaat, ataupun 1 079 252 848.8 Kilometer Sejam.

Ini bermaksud, sekiranya anda berdiri sejauh Satu billion tujuh puluh sembilan juta dua ratus lima puluh dua ribu lapan ratus empat puluh lapan perluluhan lapan kilometer dari satu kebakaran, kemudian anda ternampak cahaya api, sebenarnya cahaya api kebakaran yang anda nampak itu adalah kebakaran yang berlaku satu jam lepas.

Sebagai contoh anda nampak kilat dahulu, kemudian baru kedengaran guruh, ini adalah kerana cahaya lebih laju dari bunyi.

Bayangkan ya, kedudukan antara bintang-bintang adalah begitu jauh antara satu sama lain, tersangatlah jauh menjangkaui berjuta-juta-juta-juta kilometer pun ada, ini bermaksud cahaya mengambil masa yang agak lama untuk bergerak dari satu bintang ke bintang yang lain. Maka cahaya kelipan bintang yang kita nampak pada malam ini, sebenarnya adalah cahaya yang telah lama bersinar, telah berlaku dahulu kala.

Sebagai contoh, bintang Spica tadi jaraknya dari bumi adalah sejauh 2459789922871008 Kilometer, jika dibahagi dengan kelajuan cahaya, ia bermaksud sebutir cahaya dari Spica mengambil masa sebanyak 260 tahun untuk sampai ke bumi.

Katakanlah, kita mempunyai teleskop dan berhampiran bintang Spica ada tinggalnya makhluk asing, dan kita ternampak melalui teleskop kita itu seorang makhluk asing sedang membuang air besar, dan kemudian ternampak tahi makhluk asing yang menggelikan itu, ketahuilah sebenarnya apa yang kita lihat adalah tahi yang telah dilepaskan pada 260 tahun yang lampau.

Semakin sensitif mata kita, atau kalau kita mempunyai alat yang boleh mengesan cahaya yang jauh lebih malap, atau yang boleh melihat dengan lebih jauh, maka semakin jauh ke masa lampau boleh kita lihat.

Maka apa yang kita lihat di langit adalah kejadian yang lepas, boleh dikatakan ibarat langit di waktu malam sebenarnya adalah satu buku sejarah yang maha besar, yang menceritakan kisah-kisah lampau dalam tulisan yang dinamakan cahaya. Malah kalau kita benar-benar memahami tulisan ini, dan mempunyai ilmu serta daya untuk mencari dan membacanya, mungkin kita boleh belajar tentang asal usul kita, bagaimana bumi lahir, bagaimana mentari lahir dan macam-macam lagi.

Sesungguhnya Allah telah memberikan kita suatu kitab yang amat besar yang mempunyai ilmu yang tidak terkiranya banyaknya, tidak terkira nilainya, tersembunyi di balik kegelapan cahaya malam, kitab itu namanya angkasa raya.

Alangkah baiknya kalau kita boleh membaca kitab ini bukan?

Selepas ini, saya yakin apabila anda berbaring di tepi lautan atau duduk di tengah padang melihat ribuan bintang berkelipan, anda akan pandang angkasa dengan suatu sudut yang lain. Suatu keindahan yang mungkin adalah terlalu hebat untuk minda kerdil kita ini benar-benar memahami, benar-benar menikmati dan benar-benar menilai.


Sinatra_Z - Hmm.......

Been pondering lately,

Maybe this is one of those nights you know,

where things get a wee bit quiet....

Should I give up on her?

I wonder.

Sinatra_Z - Cinta Dramatik Muslimin

Artikel ini merupakan tulisan mingguan ruangan saya di Free Malaysia Today (terbit setiap hari khamis)


Sejak meletupnya drama Nur Kasih maka tumbuh bagai cendawan suatu gaya penerbitan drama Melayu yang berkisarkan kisah cinta muslimin.

Mungkin kerana Maher Zain sudah menjadi kegilaan ramai anak-anak gadis yang impikan kekasih yang kacak, bersuara merdu, pandai berfesyen dan pada masa yang sama rajin ke masjid maka permintaan terhadap selera dan citarasa drama cinta semakin berubah.

Tidak lagi popular lelaki yang berpakaian ala barat menaiki motorsikal yang memberontak terhadap masyarakat.

Atau mungkin sejak Hana Tajima memaparkan gaya-gaya tudung berlipat-lipat yang menjadi ikutan orang ramai maka muncul suatu golongan ‘Muslimin Hipster’ atau ‘hijabster’ yang semakin hari semakin membesar, maka mereka memerlukan rancangan drama sebagai pelengkap gaya hidup baru ini.

Sambung baca di sini