Sinatra_Z - Lagu Lama, Nilai Lama

Masa saya sekolah rendah dulu, lebih kurang darjah tiga dengan darjah empat,
budak-budak sebaya masa tu tergilakan lagu Untukmu Ibu nyanyian kumpulan Exist.

Masa tu mamat penyanyi kumpulan tu,
kemudia bila masuk darjah 5 dan darjah 6 zaman KRU pulak,
Norman, Edry dan Yusri habis menguasai ruang udara radio dan budak-budak semua menyanyi lagu Awas dan sebagainyalah. Meriah.... 4U2C dan Fiona lama sangat, tu zaman kakak saya.

Yang peliknya, waktu budak-budak gilakan Exist dan nyanyikan lagu Untukmu Ibu, saya terbeli kaset warna hijau putih dekat pasar malam, lagu-lagu P Ramlee dan sangat gilakan nyanyi lagu Bila Mama Pakai Celana dengan Dengar Ini Cerita.

Kemudian masa AWAS tengah meletup saya beli kaset Louis Armstrong dan di hujung kelas saya nyanyi lagu Skokkian, What a Wonderful World, When The Saint's Go Marching In dan Moon River. Memanglah lagu tu lagu zaman dulu kala tapi saya baru dengar kali pertama jadi rasa macam meriah gila la.

Waktu tu saya je yang macam lain sikit,
dan satu-satunya kawan yang boleh layan saya dengar lagu-lagu aneh waktu tu ialah Ali Akbar, ketua pengawas. Dia memang minat muzik. Jadi semenjak dulu, saya memang suka benda-benda lama, terutama lagu dan gaya fesyen lah. Waktu budak-budak minat gila seluar Jun Saito dan Alien Workshop saya rasa teringin nak pakai suit kelabu, topi dan tie biru muda macam Frank Sinatra pakai dalam gambar album dia.

Jadi memang sejak dari dulu, minat dekat benda-benda lama ni membuatkan saya ni agak "lone ranger" sikit. Tapi saya tak risau sangat, kalau sekadar lagu-lagu dan gaya je apalah sangat, bukannya kesunyian mana pun, kawan masih ramai, minat masih sama dan sebagainya. Boleh dikatakan saya masih lagi agak "Main Stream"

Tapi kan,
saya selalu ingat, yang sesetengah perkara masyarakat akan simpan dan hargai walaupun zaman berlalu, iaitu budaya dan adat resam termasuklah nilai-nilai lama. Benda-benda macam, hormat menghormati, resam padi makin tunduk makin berisi, nilai-nilai moral dan keugamaan. Saya ni tidaklah alim mana, jauh sekali, tapi saya masih kekal pegang kepada nilai-nilai Islam dan masyarakat melayu, nakal tu adalah tapi tidaklah jahat.

Tapi sekarang ni bila tengok,
dulu tukang tadah tangan baca doa dekat perhimpunan sekarang steady dengan JD dalam tangan, anak murid kesayangan cikgu yang terkenal dengan sifat keislaman dengan selamba kesana-kemari sampai buat benda saya pun tak jangka boleh jadi.

Suddenly sleeping/drinking/screwing around becomes normal....

Ini apahal lah ni?
Tak lelaki tak perempuan, tudung ke tak tudung ke apa kejadahnya,

Aku sorang je ke,
bukan dulu masa sekolah dan sebagainya aku ke sepatutnya yang nakal?

Biarlah,
kalau nak jadi arus perdana atau "main stream" ialah untuk meninggalkan nilai-nilai yang kita telah diterapkan semasa membesar, saya lebih rela duduk di hujung dan menyanyikan lagu Louis Armstrong. Mungkin dalam perjalanan yang tampak macam sunyi ni, saya akan jumpa beberapa kawan dan rakan, yang boleh sama-sama duduk sekali layan zaman-zaman yang telah lama berlalu.

2 comments:

Exists? KRU? They're very famous when I was a teenager.

 

haha.."nakal tu adalah tapi tidaklah jahat.."