Sinatra_Z - Telur Setengah Masak

Bila tengok Lizard* punya Honda EX5 teringat aku zaman masa kat UTM dulu.

Aku jalan kaki atau naik bas kampus la tapi selalu la pinjam moto kawan untuk pergi sini sana beli makanan ke, shopping kat Jaya Jusco Taman Universiti atau pergi ke perpustakaan Sultanah Zanariah.


Dan selalunya,

bila kawan aku yang suka tuang Sembahyang Jumaat, dapatlah aku pinjam motor diorang nak pergi masjid.


Teringat kat Motor EX5 ni.

Motor honda ni tahan, enjin dia bagus empat lejang dan senang bawak.

Tempat duduk dia kusyen yang disarungkan dengan PVC warna hitam. Aku memang suka bawak.


Jadi pergi sembahayang Jumaat dengan kain pelikat,

Sembahyang jumaat tengah hari buta panas, Khutbah UTM panjang, nak pulak aku suka datang awal sebab nak cari dinding atau tiang.


Jadi lepas sejam lebih bawah matahari,dengan tembat duduk PVC warna hitam,

bila aku duduk atas motor tu nak balik dengan kain pelikat.


Oh yeah...



P/S - Dah rasa macam Refleksologi Haba lah pulak, habis terbukak segala urat-urat.


*Lizard adalah nama samaran kawan aku.


2 comments:

Oh x leh terbayangkan betapa 'best'nya kena 'goreng' setengah masak, hehehe......

 

Dekat utm dulu, aku pergi sembahyang jumaat naik motor RG Sport.Sembahyang dkt masjid utm atas bukit tu. Jarang datang awal. Biasanya khutbah kedua baru aku sampai... Satu hari ketika naik motor nak p sembahyang jumaat dari rumah sewa di Taman Univ, ketika hampir sampai di guard post berhadapan dengan masjid utm, aku dah nampak orang ramai keluar dari masjid. Aku terus buat u-turn dkt depan guard post tu juga. Itulah hari paling cepat aku pergi sembahyang jumaat dan tak sempat nak rasa telur separuh masak.