Sinatra_Z - Senarai 5 Lagu Patriotik Terbaik

Walaupun hari kebangsaan masih jauh lagi namun semangat cintakan negara tidak harus pudar di hati setiap warganegara Malaysia. Sesungguhnya kita selaku warganegara yang bertanggungjawab selain dari bangun berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan, kita juga harus tahu lagu-lagu yang memberi semangat cintakan negara. Maka atas dasar kesedaran ini Jiboneus mempersembahkan senarai lima lagu patriotik terbaik yang anda boleh dengari untuk menyemarakan lagi semangat kenegaraan anda.

Sinatra_Z - Kisah-Kisah Puasa

Joe once called my home, during puasa,

Secondary school,

My mom picked up the phone


"Makcik Zaidel ada tak?"


"Oooh Zaidel tadi cakap dia pergi terawikh, ada apa-apa ke?"


"Takdelah, saya nak cari dia je takpe nanti saya telefon balik"


"Ahh tapi Zaidel tu cakap je dia pergi terawikh, tapi dia selalunya ada kat padang, awak cari lah dia dekat sana."


OMG


Then there is also this story


"Saya pengalaman aneh atau kelakar masa bulan puasa tu takdelah, cuma dulu ada la sekali masa nak balik mengaji waktu zohor, kitorang selalunya kena lalu tepi kolam ada sekali tu dalam perjalanan nak balik saya tergelincir jatuh dalam air lalu terminum sebotol air oren."


And finally -


Teka Teki "Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang banyak muncul masa bulan puasa?"


Jawapan "Ular"

Sinatra_Z - Beg Plastik dan Hamper

Tempoh hari saya ada hadiri satu majlis yang mana Ketua Penerangan Pemuda MCA, Dr. Kow Chong Wei adalah salah satu tetamu jemputan. Dalam ucapannya, Dr Kow ada menceritakan satu cerita,

Kisahnya Begini -

Tuan-tuan sekelian,
tempoh hari pada Mac 2008 pengundi ketika dalam perjalanan untuk mengundi membawa satu beg plastik di dalam tangan, di dalam beg plastik itu terdapatnya garam, gula, beras dan minyak masak.

Dalam perjalanan mereka terserempak dengan seseorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim menawarkan mereka sebuah hamper.

Hamper itu besar, cantik, ada reben ada bunga dan dalamnya ada macam-macam benda seperti coklat, air sedap, gula-gula, manisan, biskut dan pelbagai lagi benda-benda yang enak.

Pengundi ini sudah pasti mahukan hamper itu, oleh kerana tangan mereka yang terhad untuk bawa barang maka diletakkan dan ditinggalkan beg plastik itu ditepi jalan dan dibawa pulang hamper itu.

Keesokan harinya, setelah dibuka hamper itu bersama keluarga dan anak-anak mereka dapati yang rupa-rupanya coklat itu sudah luput tarikhnya, biskut itu rupanya masuk angin, gula-gula itu kelat rasanya dan macam-macam lagi.

Maka barulah ketika itu mereka teringat akan beg plastik itu, barulah mereka sedar yang gula-gula walaupun sedap rasanya untuk seketika tapi tidak boleh menggantikan beras, minyak, gula dan garam.

Bila masa nanti mereka sedar yang walaupun beg plastik itu tidak mempunyai reben, tidak bersinar, cantik atau berkilat namun dalamnya ada benda-benda yang sebenarnya sangat berharga.

Dan pada ketika itulah, mereka akan kembali kepada tempat yang sama, di tepi jalan yang sama dan akan mengutip kembali beg plastik yang ditinggalkan itu.

Jadi biarlah kita mengikut resam beg plastik itu, memang nampak tidak menarik, tidak meriah tetapi sebenarnya apa yang kita bawa sangatlah berharga dan nescaya, percayalah, pengundi akan kembali kepada kita.

Dr. Kow Chong Wei