"Saya dengar awak kerja lama dekat bank dulu?"
"Bukan kerja lah tapi banyak laa berhubung dengan bank, biasa lah kerja PR dengan marketing lagipun saya biasa buat bonds jugak." Jawab Iliyana
"Oooh ok nah ini dia file Kasturi dan awak cuba tengok macamana kita nak buat. Sekarang pun dah nak balik ni lagipun saya yakin awak dah penat dok "meeting" dekat 3 jam dah ni. Jumpa besok ye."
"Ok terima kasih En Rahman."
Atas meja kayu Rahman ada kumpulan fail-fail, kertas kerja, alat tulis dan beberapa buah tangan dari kawan-kawan yang pergi merata "outstation job". "Keychain" Sabah lah, patung KOala Australaia lah, Pen Thailand lah dan macam-macam lagi. Tapi tidak satu pun yang Rahman beli sendiri, seorang tukang kira-kira tidak perlu berjumpa dengan pelanggan atau berkerja di luar bandar. Semuanya boleh diselesaikan di sini.
Sedang Rahman menyusun dokumen dan fail telefon bimbit berbunyi, dengan nada dering "Apo Kono Eh Jang" maksudnya kawan lamanya Romzi menelefon.
"Man minum jom?"
"Mana?"
"Depan ofis kau sudah, aku dah kat bawah ni."
Dengan berbekalkan segelas air kopi susu sejuk dan segelas jus limau nipis Rahman dan Romzi bermuzakarah dalam pelbagai tajuk dan bidang. Dari keadaan ekonomi semasa, kerja, rumah, keluarga, perbezaan antara Sunni dan Shiah, kuih tart dari mana yang sedap dan lain-lain.
Romzi kawan Rahman sejak Universiti lagi, mereka sama-sama masuk dalam tahun asas cuma Romzi mengambil keputusan untuk tidak meneruskan jurusan perakaunan. Kini Romzi seorang komposer Muzik, walaupun tidak terkenal mana tapi bolehla cari makan. Agak susah laa dulu masa mula-mula dia memberitahu ibu-bapa nak jadi ahli muzik, kat Malaysia ni ye lah Ahli Muzik memang susah sikit sejak dari zaman Kassim Selamat lagi.
"Ko tak rasa bosan ke?" Tanya Rahman
"Bosan amendenye?"
"kehidupan, kita ni, hari-hari. Bulan ke bulan tahun ke tahun."
"Eh ko ni apahal ni? Demam ke apa. Tak pernah pun ko cakap macam ni." Bertanya Romzi.
"Ahh takpelah."
"Cakaplah!"
"Takdelah, cuma.... Bukan aku nak bising. Aku tahu aku patut bersyukur dengan nikmat yang aku ada. Aku makan cukup, baju kereta keluarga cukup. Nak kata yang kurang tak ada. Kerja pun takdelah hebat mana tapi boleh tahan laa kan."
"Tapi...." Romzi menyambung
"Tapi.... macam, ye la kan. Dah dekat 20 tahun lebih aku macam ni. Pergi kerja, balik. Pergi masuk Jem balik masuk jem. Seminggu dua kali minum dengan ko kat sini. Hujung bulan bayar bil, balik rumah tengok TV. Berpusing-pusing-pusing."
"kadang-kadang manusia memang macam tu. Dia macam terperangkap dalam kehidupan dan disedari, sebab terlalu lalai atau terleka dengan kebiasaan. Itu yang kadang-kadang bila dia dah sedar dah jauh rupanya dia dalam sangkar tu. Tahu-tahu Mid Life crisis, terus beli sports car. Ko nak beli sports car ke?"
"Mestilah nak, tak mampu je.."
"Hahahaha, aku pun. Kenapa tiba-tiba ni?"
"Takdelah, tadi ada staf baru masuk. Dia muda dari kita lah, tapi tak lah muda mana macam baru grad ke apa. 30 lebih gitu, aku dengar laa benda yang dia buat sebelum ni jadi aku macam buat aku terfikir la. Lepas tu bila aku pergi tandas aku tengok kat cermin muka aku rasa macam aku ni dah tua betul."
"Perempuan ke?"
"Yup... Apahal lah?"
"Ko jatuh cinta ke bang?"
"Bukan jatuh cinta lah..."
"Habis tu?"
"Aku sebenarnya.... Iri hati kot."
Mereka terdiam sebentar,
Hanya bunyi-bunyi derusan kereta berlalu, bunyi gerakan kipas siling dan anging membuai pokok pinang mengisi kesunyian itu. Seolah-olah pada masa itu, kedua kawan ini menyedari tentang sesuatu yang sudah lama tersimpan tapi dilupakan dalam hidup mereka.
Barangkali mereka terkejut apabila,
kesimpulan terhadap jawapan yang hilang dalam hidup mereka muncul di tempat dan masa yang paling tidak dijangka. Di kedai kopi di hadapan pejabat Rahman, di antara Air Kopi susu sejuk dan Minuman Limau nipis, kehidupan mereka berdua terungkai dengan mudahnya.
"Bak rokok sebatang."
Romzi pun memandang kawanya yang tidak pernah menghisap rokok sejak 18 tahun dahulu sebagai azam untuk berubah kerana hendak berkahwin. Namun dia tahu, dan dia tidak akan menyoal.
"nah....."
Lalu di celah-celah asap Mild Seven,
di tepi jalan bersama kopi dan limau.
Romzi dan Rahman berfikir mengenai kehidupan.
"Ye memang, rokok membunuh. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa kacak lagi bergaya." Adalah ayat yang terkeluar dari mulut Rahman sebelum dia menyalakan rokok di bibirnya.
Bersambung...........