Dah lama tidak saya mengarang dengan Bahasa Melayu.
Ohh maaf Bahasa Malaysia ye, Bahasa Melayu itu perkauman.
Nampaknya penulisan yang berjudul "The Look Of Love" telah mendapat sambutan hangat dari gegadis, bekas gadis-gadis, lelaki yang bermuka ganas tapi berjiwa gadis dan juga gadis yang marah atau kecewa dengan kisah cinta lampau.
Ah begitulah resam kehidupan,
sesungguhnya Chenta itu adalah suatu perniagaan yang tidak mengenal siapa pelanggan siapa pembeli.
Cheh boleh tahan jugak lah ayat aku ni dah macam penyair sepi de lereng bukit, boleh buat skrip untuk drama swasta Yusof Haslam ni.
Jadi,
para pembaca sekelian untuk meningkatkan semangat anda di pagi hari rabu (ye saya tahu anda banyak membaca karangan di waktu pejabat) maka terimalah kisah-kisah pendek cerita rakyat yang saya kumpul di sepanjang minggu lepas.
Kisah I
Sedang kami duduk minum-minum di kopitiam mak saya pun teringat kisah lama lalu diceritakan mengenai "Honey Moon" masa baru kahwin dulu.
Sepanjang hari duduk di dalam hotel di Cameron Highland ayah saya yang dah bosan duduk dalam bilik sahaja pun cakap...
"Eh jom kita pergi jalan-jalan, bosanlah duduk dalam bilik je."
Jadi Mak pun dengan gembira kata "Eh seronoknya, romantik la jalan-jalan dekat Cameron highland, boleh tengok bunga semua."
"Ahh memang, boleh jalan-jalan tengok pokok bunga."
Dia ingatkan nak pergi pasar ke tengok bunga segar, atau ladang teh tengok pokok teh menghijau tak pun pergi ke tempt tinggi tengok kabus di celah-celah gaung dengan pepohon menghijau.
Sekali keluar bapa saya bawa dia pergi padang golf, rupanya jalan-jalan tu bermaksud jalan-jalan teman dia main golf. Dia pinjam Golf Set dari Kelab.
"Haa tengok tu pokok bunga cantik."
Katanya sebelum dia memukul bola golf dengan batang Iron nombor 5.
Kisah II
Kawan yang tengah baca Suratkhabar...
"Peh Khalid Samad kata kalau nak masuk bertanding untuk PAS kena buat Baiah, kalau buat hal kena cerai isteri."
"Mak aih, apahal?"
"Diorang tak nak wakil PAS lompat masuk UMNO."
"Ooh itu macam ka, kalau lompat masuk UMNO kena cerai isteri, habis kalau UMNO lompat masuk PAS macamana pulak?"
"ahh itu dia kena Kahwin lagi satu."
Kisah III
Kawan yang sedang membaca soccernet di pagi isnin
"Peh MU kalah siot."
"Hahahah MU Kalah macam Kelantan."
"Ko tau tak orang paling sedih pagi ni orang apa?" tanya Zaki
"Apa?"
"Penyokong MU dari Kelantan."
Kisah IV
"Peh ko takkan takde gadis yang ko suka?"
"Ada"
"Habis tu apa tunggu lagi ko ni pun"
"masaalah lah, leceh sikit"
"masaalah apa, kalau ko dah suka tu apa lagi masaalahnya?"
"Masaalahnya dia tak suka kat aku. Itu je, kalau masaalah tu aku berjaya selesaikan dah lama dah aku masuk."
Kisah V
"Eh apasal orang Melayu, isteri dia panggil suami dia Abang ah?"
"Perempuan Melayu mana panggil suami dia abang lah."
"Eh ye lah, kan diorang panggil suami diorang abang."
"diorang tak panggil suami diorang abang la."
"Habis tu diorang panggil suami apa?"
"Dia panggil Abaaang.."
"ohooo, abaaang, ok kenapalah dia panggil tu?"
"because it rhymes with the word that is used for numerical coefficient of cylindrical objects, stiff and long. Probably that's why."
The King, his family and U
2 weeks ago
6 comments:
bahasa melayu bahasa perkauman? why?
Itu adalah sindiran
only when you act silly u'll feel alive. right?
cheers to that
kasih, sayang, rindu, cinta, ASMARA
haha cerita ke3 yang terbaikkkkk
btw last tu xbape nak paham. perkataan ape eh?:D
lame xmelawat.'lapar' baca catatan lipas ni
Post a Comment