Iya, Iya, Iya, kami tahu kami berat,
pakai baju sukan macam nangka habis sendat,
nak pecut 100 meter memang kami tak larat,
nak lari merentas desa kami taknak sebab penat.
Lari lompat pagar nanti habis pagar roboh,
bukan kami lompat tapi kami pergi rempuh,
suruh lompat tinggi memang itu masaalah,
suruh lompat galah takut nanti galah patah.
Kalau kami kayak nanti jadi kapal selam,
Jadi kami tarik tali sampai kami lebam,
biar tulang rasa lenguh biar badan penat lelah,
Janji satu pasukan takkan mengaku kalah.
tarik tarik tarik, tarik itu tali,
tarik tarik tarik, sampai setengah mati,
tarik tarik tarik, tarik sekuat hati,
tarik tarik tarik, apa fikir lagi.
Gerombolan anak muda hensem macam gajah,
badan memang besar lagi cukup gagah,
dari kenal-kenal sampai jadi kawan,
jadi rakan berjuang bentuk satu pasukan.
Tarik tarik tarik, biar badan penat,
tarik tarik taik, pegang tali ketat,
tarik tarik tarik, tarik kuat kuat,
tarik tarik tarik, Pasukan Jentera Berat!!
Jerit tarik tarik sampai suara serak,
dari Jaie anchor sampai tukang sorak,
Ribuan terima kasih untuk anda semua,
Pengalaman pahit manis kita kenang bersama...
satu dua tarik, satu dua tarik,
Jentera Berat!!!
Ikhlas dari -
Bekas Pengurus pasukan Jentera Berat
Wakil pasukan tarik tali Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia.
P/S - Antara nama-nama pasukan tarik tali di KP
Jentera Berat
PPP - Perdana PullString People
ABDUL - Angkatan Buaya Darat Udara dan Laut
Kren Kontena
0 comments:
Post a Comment