Nama : Zaidel Baharuddin
Kelas : 5 Berlian
Tajuk : Binatang Peliharaan
Seperti kebanyakan rakyat Malaysia saya juga pernah satu ketika ada membela binatang peliharaan. Tujuan rakyat Malaysia membela binatang peliharaan adalah sebagai teman ataupun tempat bermain bagi menenangkan fikiran, kalau anda membelai binatang peliharaan anda pastinya anda akan rasa lebih tenang seperti ahli falsafah zen yang meminum teh hijau sambil duduk di tepi taman mendengar bunyi air menitik ke dalam buluh. Namun sekiranya anda mempunyai bintarang peliharaan seperti ikan emas, cengkerik mahupun semut pastinya anda tidak dapat membelai mereka dan ini merupakan suatu masaalah. Namun jangan risau kerana menurut kata para saintis (yang saya tidak pasti saintis apa) dengan hanya melihat ikan emas berenang, cengkerik berbunyi dan semut berkerja dapat membuatkan hati anda tenang, atau bosan sehingga anda mengantuk dan tidur. Maka bila anda dah tidur maka hati anda pun tenang, kita akhirnya tenang jugaklah. Namun jika anda tidak ada ikan emas dan mempunyai masaalah tidur cuba anda berbaring sambil membaca buku rujukan elektronik yang tebal dan memahaminya, pasti ia akan dapat membantu anda.
Bercakap tentang tenang tahukah anda bahawa Si Tenang merupakan nama seekor Dugong peliharaan seorang nelayan di Malaysia. Pastinya nama Si Tenang diberikan kerana gaya berenang Dugong yang cukup tenang itu. Tahukah anda juga bahawa Encik Orga abang kepada Blue Dream anak Sulung Thien Wu yakni watak dalam cerita komik Pendekar Laut mempunyai sebuah hikmat yang dipanggil "Ketenangan dan Ketenteraman Abadi" ianya merupakan satu hikmat yang hebat dan digunakan sewaktu melawan Penjejak Neraka dengan Hikmat Wira Tempur beliau.
Berbalik kepada binatang peliharaan.
Binatang peliharaan yang paling awal saya pernah ingat saya bela adalah merupakan tiga ekor arnab putih yang bermata merah. Saya ada bela arnab sebelum di Kuching Sarawak tapi kecik sangat tak ingat. Nama arnab-arnab berkenaan adalah Kuzzy Wizzy, Wizzy Wizzy dan Rabbito. Masa tu saya berumur lingkungan 6 tahun jadi nama dia pun tidaklah serumit mana. Mula-mula ingatkan nak namakan arnab itu si tompok tapi dia takde tompok. Tak silap saya nama Kuzzy Wizzy tu sebab arnab tu suka lari macam huru hara. Saya selalu main dengan arnab itu tapi pada suatu hai salah satu arnab itu pun mati. Saya tak ingat mana satu. Lepas tu mak saya bagi arnab tu dekat tadika. Benda yang saya ingat pasal arnab saya adalah taik dia bulat-bulat macam coklat, nasib baik tak makan.
Kemudian saya ada bela dua ekor ikan laga yang saya beli dekat kedai ikan dekat depan tapak "Fun Fair"(Pesta Ria) sebelah Permata Supermarket yang kini dah jadi Pizza Hut. Tapak "Fun Fair"(Pesta Ria) dah jadi Giant Hypermarket. Saya bela ikan-ikan laga berkenaan dalam balang kuih tart mak saya. Mereka tinggal dalam balang berasingan sebab kalau balang sama nanti diorang bergaduh. Saya tak bagi nama dekat ikan-ikan ini sebab ikan bodoh, panggil nama dia pun dia buat tak tau je lagipun ikan tak boleh dibelai. Ikan-ikan ini berwarna merah. Saya bela mereka untuk beberapa bulan lepas tu diorang pun mati.
Sekadar gambar hiasan.
Sejurus selepas itu berpunca dari kedai ikan yang dekat "Corner" sekarang jadi Pizza Hut tu saya pun membela dua ekor kura-kura. Kura-kura ini kecil pada mulanya namun setelah bagi makan beberapa bulan lamanya kura-kura ini pun menjadi besar. Satu tu yang warna dia hijau muda jadi lagi besar dari yang hijau tua dan selalu buli yang kecil itu masa makan. Saya tak pernah bagi nama dekat kura-kura berkenaan sampailah satu hari Opah saya bertanya kepada saya yang diorang ni takde nama ke? Jadi saya pun meminta cadangan nama dari ibu saya maka dia pun menamakan kura-kura saya dalam turutan berkenaan.
Yang kecil dan warnanya Hijau Tua : Tengku Ismawi
Yang besar dan warnanya Hujau Muda : Syed Mohsin
Maka Tengku Ismawi dan Syed Mohsin seterusnya tinggal bersama kami sehingga suatu hari mak saya hantar mereka berdua tinggal di Zoo Negara sebab penyewa rumah kami di melawati kerja di sana. Saya tak pernah lihat Syed Mohsin dan Tengku Ismawi selepas itu kerana apabila saya pergi Zoo saya sibuk nak tengok Zirafah, Harimau dan Unta dan terlupa akan mereka berdua. Apa khabar mereka agaknya?
Maka Syed Mohsin dan Tengku Ismawi merupakan binatang peliharaan terakhir saya. Namun baru-baru ini ada saya menamakan seekor binatang namun ianya bukanlah binatang peliharaan saya kerana saya tak bagi dia makan. Itu merupakan salah satu kucing-kucing kak Anne di Pejabat dan saya telah dipilih untuk memberikan nama salah seekor kucing berkenaan maka dengan berbesar hati saya pun telah menamakan kucing itu
Tengku Ritaudeen Robertson III
Sempena mengikut tradisi menamakan binatang yang dimulakan oleh ibu saya. Maka secara tuntasnya sekira anda mempunyai binatang peliharaan yang belum mempunyai nama bolehlah anda menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan. Sekian...
P/S
Selain binatang saya juga ada menamakan benda-benda, nama komputer saya ialah Iwakura Lain, nama Gitar saya ialah Red Riding Hood dan nama kereta kakak saya ialah George. Itu kakak saya yang namakan.
The King, his family and U
2 weeks ago
6 comments:
salam...
pandainya pet ko pakai kain pelekat...
Peh apa barang main kirim kirim salam kosong, buah tangan ke takde ke!
=.= I dun really like to keep pet, because when they die, i get pretty upset.
oh Sis cleff is here too?
Wonderful ways of giving names to pets lol.
I'll find a name for my lappy some other time.
ok my laptop's name is Dayang Puteri Suzaila
enset name Elisa Zaila
ble nak sambung catatan seekor kucing?idop lg x?
tunggu dan lihat
Post a Comment