Haritu aku pergi Rock the world dengan Jibone......
Masa sekolah dulu takde duit nak pergi ke kugiran muda mudi ni. Kereta pun takde LRT masa tu pun mahal jugak la bagi aku budak sekolah ni. Lepas SPM pulak sibuk berkerja sebagai jurujual barangan eletrik yang hanya dapat cuti sehari dalam seminggu.
Jadi bila dah kerja ni barulah nak cuba rasa macamana agaknya perasaan melompat-lompat mendengar lagu yang kuat bagai nak rak di kawasan terbuka. Bayar 25 ringgit je... Murah la tapi kalau masa sekolah dulu banyak tu.
Sampai sana dikelilingi oleh remaja-remaja liar yang bersemangat mendengar lagu sambil melompat dan bergoyang.
Mula-mula seganlah nak melompat tapi bila OAG menyanyi sambil sekeliling dah mula melompat malulah kalau duduk diam saja. Jadi saya pun melompatlah sambil menyanyi bersama Encik Radhi.
Sambil melompat remaja-remaja liar ini akan berlanggar-langar dalam bulatan yang dipanggil mosh pit ataupun mengangkat rakan mereka untuk dia melayari penonton.
Namun bila setiap kali dilanggar dengan kuat atau terhantuk secara tidak sengaja oleh remaja liar berkenaan terus mereka akan menegur...
"Mintak maaf bang... Sorry bang...." ataupun menunjukan isyarat tangan tidak sengaja.
Barulah aku sedar rupanya aku ni dah abang-abang rupanya. Dikelilingi budak-budak baru lepas SPM atau masih sekolah menegah jadi aku dengan Jibone pun rasa agak seganlah sikit.
Sekali kawan aku kat UTM pun tegur dahh... Diorang ingat diorang je abang-abang tapi bila dah jumpa aku maka diorang pun dah tak berapa seganlah untuk melompat-lompat macam berumur 16 tahun kembali.
Satu yang bagus aku puji budak-budak zaman sekarang ini adalah walaupun mereka ni remaja liar namun masih mempunyai adat sopan yang baik. Takde pergaduhan langsung walaupun main langgar-langgar dalam mosh pit.
Kalau ada tak sengaja terketuk ke tersepak ke dan ada maca adengan nak jadi panas terus budak-budak ni tanpa perlu diberitahu akan salam dan mohon maaf tak sengaja sesama sendiri.
Berbeza dengan cerita zaman aku yang budak-budak kuat gaduh.
Budak zaman sekarang ni pakai je ganas tapi bertamadun.
Cuma aku sedih sikit tu bila masa rehat Asar dan Magrib yang pergi Masjid Al Bukhari tu untuk sembahyang cuma sikit je. Kalau 10 budak datang melompat satu je yang ingat nak pergi Asar atau Maghrib. Bagus jugaklah ada yang masih ingat lagi tanggungjawab walaupun sikit.
Rockers rockers jugak..... Sembahyang jangan tinggal.
Masa coffin cancer tengan menjerit budak-budak generasi baru yang tidak berapa meminati metal kelihatan agak tenang. Namun abang-abang yang macam aku ni mula hentak kepala (headbanging) bagai nak rak macam kitorang baru lepas habis jawab kertas Fizik dalam SPM.
Aru yang menjerit "Pergi MAMPUS!!" sambil memainkan gitar yang ganas membuatkan sekumpulan remaja India berheadbanging bagai nak rak macam thaipusam pun ada dekat tengah-tengah mosh pit tuh. Semua abang-abang yang mula menjadi liar manakala remaja yang lain cuma melihat. Rupanya salah sorang Abang-Abang India yang berheadbanging bagai nak rak tu pun rakan kelas aku masa kat UTM.
Jadi kami pun berpeluk, dia berpeluh lenjan dan tak pakai aku lepas tu peluk aku.
Aku dibasahi peluh jantan malam tu. Bukan dia sorang je tapi ramai jugak.
Bila One Buck shot habis aku dan Jibone dan rakan-rakan UTM dah tak larat nak melompat sambil merjerit lagi dah.
Jadi aku pun balik ke LRT dengan kaki sakit, tengkuk sakit, lengan lenguh serta suara serak.
Tu lah masa sekolah dulu tak ada can nak buat benda-benda macam ni. Ni bila dah jadi abang-abang barulah nak berlagak macam gila-gila remaja.
Kawan aku dah mula bertunang, berkahwin dan ada yang dah ada anak pun.
Aku (bukan aku sorang je la haa..) masih melompat-lompat sambil dengan budak baru lepas SPM sambil menjerit-jerit.
Biarlah..........
Masa aku sekolah dan belajar dulu aku takde peluang nak buat benda-benda macam ni.
Jadi bila sekarang ni dah ada masa dan peluang aku pun teringin la nak terasa.....
Seronok jugak, aku pun tak sangka aku boleh layan Metal. Hua Hua hua.........
P/S
Sebenarnya ramai jugak abang-abang dan kakak-kakak datang tengok tapi diorang duduk belakang je la. Cuma aku dan kengkawan yang perasan baru lepas PMR je melompat sambil berlanggar dengan remaja liar dekat depan. Tahu tak seliar mana remaja itu sekalipun bila aku masuk je mosh pit aku menang, habis terpelanting budak-budak tuh. Hua Hua Hua!!!
The King, his family and U
2 weeks ago
4 comments:
ko cuti tak krismas ni? apa plan? Ahad lepas aku penat jatuh sakit sebab kena cahaya matahari terlalu banyak masa g PD. Maklumlah kelawar mana leh kena cahaya matahari.
salam...
bukan ke masa sekolah dulu ko berhead banging kat church dengan kugiran anthony...ko dah lupa tu...
bukan ke ko selalu pi medan seleran melawati layan orang karaoke lagu2 jiwang lepas tu ko dan aku kutuk habis2an dan orang yang kita kutuk itu rupa2nya abang aku...
sesungguhnya zaman kita walaupun susah nak pi gig atau konsert sebab takde duit n transpot, tapi sebenarnya banyak yang free dan banyak yang ko layan layan jugak...
aku balik cuti krismas ni...jom pi munim kat NZ..
bila masa laa aku pergi church dengan kugiran anthony.. tak pernah TOS. Church dia mana ada head banging, kalau ada pun sekadar kumpulan nyanyian yang bosan yang belia.
Masa sekolah church dia kat mana pun aku tak tau.
ehh...salah...ko masuk kugiran kat utar...
a'ah la si anthony tu mana ade church...
Post a Comment