Pada suatu hari....
Saya dan Shuib memandu pulang ke Tawau dari Arah Semporna menaiki kereta Waja.
Kami baru sahaja pulang dari berkerja di Semporna membantu rakan sekerja kami menyiapkan beberapa perkara. Kami meninggalkan Semporna pada lebih kurang jam 6 petang. Untuk pengetahuan para pembaca sekelian di Sabah jam 6 petang sudah pun gelap dan menghampiri waktu maghrib.
Jalan antara Tawau dan Semporna adalah jalan 2 hala yang agak kecil namun keadaan turapan yang agak baik. Ianya sesuai dipandu dengan selamat di waktu siang cuma ketika waktu malam ianya sedikit bahaya kerana tidak mempunyai apa-apa "reflector" atau pelekat peka cahaya untuk menunjukan jalan. Dahulu orang tidak berani menggunakan jalan ini di waktu malam kerana sering ditahan Lanun di tengah jalan tapi sekarang dah selamat.
Boleh pulak tengah-tengah aku pandu tu aku tak nampak ada "roundabout" kat depan sebab almaklumlah reflector takde, bangang punya JKR. Sedar-sedar kereta dah langgar bonggol divider sebelum roundabout kereta terbabas kekiri, shuib tengah baru nak lalok tidur terjaga dengan cuaknya tiba-tiba kereta melompat dan bunyi tayar meletop. Nasib baik aku rock steady berjaya mengawal keadaan sempat tekan brek dan berenti dekat tepi jalan.
Nasib baiklah takde apa-apa berlaku, kereta semua ok takde bocor ke pecah ke apa ke. Yang ada cuma tayar je pecah. Jadi aku dengan Shuib pun siap-siap laa nak pasang tayar "spare".
Tengah-tengah dok pasang
"Eh tayar ni ada angin ke?" Aku Tanya.
"Kalau tayar ni takde angin, baik jangan panggil dia tayar Spare" jawab shuib dengan nada yakin.
Dah siap pasang, sedar-sedar tayar takde angin.
Dahlah baru lepas terkejut kemalangan, penat dok pusing jack angin pulak tadak... Hampagas!
Jadi kitorang kenalah melepak dekat satu kedai runcit dekat tengah-tengah hutan tu, telefon project manager mintak bantuan hantar tayar spare, dia kata orang sewa kereta tengah dalam perjalanan.
Kedai runcit tutup kitorang pun melepak la kat Masjid sebelah. Boleh pulak masa tu Azan Isyak bunyi jadi aku pun masuk la sekali jemaaah.
Dekat depan tu ada pakcik pakai kain isap rokok dengan kopiah, mungkin dia tunggu azan habis baru dia join kot.
Masuk je dalam Masjid yang kecik tu diorang tengah sembahyang, satu imam, tiga makmum, semua makmum tu budak kecik umur lebih kurang 9 ke 12 tahun.
Habis je Isyak sampai la pakcik tu masih melepak kat luar isap rokok. Aku dok salam dengan tok Imam muda tu, baca doa dia pun keluar bawak bebudak tu dengan isteri dia dekat luar. Rupanya pakcik tu adalah bapak kepada tok imam sebab diorang balik sekali.
Pakcik tu hanya "dressed for the occasion" tapi tidak terlibat.
Jadi melepaklah aku dengan Shuib dekat Masjid kecik tu berdua tengah-tengah hutan kelapa sawit, nasib baik Masjid ada lampu.
Papan tanda masjid berkenaan.
Tengah senyap sunyi sengal sambil tengok beberapa budak kampung main dekat tengah-tengah jalanraya kitorang pun tercegat la situ buat sejam lebih.
Lama bila budak tu semua dah balik aku pun naik bosan dan sunyi. Jadi aku pun pergi bukak laptop aku bawak dan seterusnya timbullah dialog ini..
"Eh ko dah tengok Inglorious Basterds belum?" Aku tanya Shuib
"Belum.."
"Ko nak tengok tak? Best ooo aku ada dalam laptop ni."
"Tak mau."
"Apesal, citer ni best ooo.."
"Ko paham tak, aku tak pernah terfikir mahupun bercadang untuk tengok Inglorious Basterds dekat Masjid yang terletak dekat entah mana-mana ntah ni tengah-tengah hulu hutan smana ntah malam-malam buta terutama sekali dengan kau!"
Aku pun tergelak besar...
"Ko tau tak, rakyat Malaysia dah nak sampai 30 juta dah, dan dalam 30 juta tu, dengan engkau aku tersangkut dekat sini. Kalau dengan awek takpelah jugak."
"Eh ok what! Kurang-kurang aku ada Inglorious Basterds, awek tu belum tentu ada."
"Inglorious Basterds bukanlah perkara yang mustahak di sini.."
Shuib di Masjid Berkenaan.
Tatakala dah dekat 2 jam lebih menunggu bantuan nampak ada satu kereta berhenti depan Masjid. Kitorang pun keluarlah ingatkan kawan dah sampai... Yeayyy... rupa-rupanya ada orang berhenti sebab nak tukar pemandu, aku dan shuib yang malu buat-buatlah baca papan tanda nak cover.
Ingatkan bantuan rupanya pakcik nak tukar driver.
Kemudian telefon aku berbunyi dan kami mendapat berita bahawasanya bantuan kami dalam perjalanan.
Jadi aku dan Shuib pun meninggalkan masjid dan menuju ke kereta dan naikkan balik jack untuk bersedia menunggu tayar baru. Setelah 40 minit dok tunggu tengah-tengah gelap tu dapat lagi satu panggilan telefon..
"Aku kami baru nak jalan keluar dari bandar Tawau ni.... "
Kitorang pun duduk tercegat dalam gelap dekat bawah satu pondok yang dipercayai gerai buah pada waktu siang.
Tengah-tengah bosan aku kutip kayu kawan berhampiran dan buat unggun api.
Aku ajak Shuib main campfire dia kata dia tak mau sebab dia akan berasa tersangat kecewa berada di tengah-tengah hutan gelap bermain camp fire dengan seorang lelaki.
Tengah-tengah tunggu bantuan beberapa perkara menarik berlaku...
1) Kemunculan beberapa Warga dalam gelap berjalan kaki menuju pulang ke rumah. Di sini tak perlu takut kalau nampak orang jalan kaki malam-malam sebab banyak rumah dekat celah-celah kelapa sawit dan orang memang biasa jalan malam-malam sini.
2)Boleh pulak tengah tunggu tempat sama ada dua orang naik motor eksiden terjatuh dengan tiba-tiba tempat sama kitorang langgar divider. Rupanya mamat tu mabuk minum tapai, dia kata dia nak pergi orang kahwin, apa kejadahnya orang kahwin pukul 11 malam bang (macam pukul 12 malam).
Pandangan luar dari Masjid yang berlampu itu.
Dan yang paling menyedihkan sekali....
Bila baru lepas kejadian yang teruja seperti kemalangan macam ni biasanya seseorang lelaki tu akan mahu mendengar suara perempuan bagi mengubat terkejut dan kebosanan di waktu malam.
Malangnya dua Bujang sepi ini tidak membuat sebarang panggilan luar... Shuib ada mencuba malangnya semua yang dia berjaya telefon adalah lelaki.
Yang perempuan samaada tak jawab telefon sebab sibuk, mandi atau berdating dengan lelaki lain.
Akhirnya Shuib berjaya mendengar suara perempuan bila dia telefon Pqot (Office Administrator kitorang) untuk tanya gaji dah masuk ke belum.
Pqot pun Pqot lah.......
Ye Kemalangan mengejutkan,
terutama bila nak kawal kereta terbabas, terkaku kejap lepas kereta berhenti.... Nasib baik tak apa-apa.
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila kami,
Di tengah-tengah antara Tawau dan Semporna,
Di tengah-tengah persimpangan nak ke Lahad Datu,
Di Tengah-tengah Hutan dan kelapa sawit,
Di tengah-tengah Malam buta,
Di Tengah-tengah kegelapan dan sunyi,
kami menyedari,
bertapa sedihnya kehidupan kami ini.
Ah Sedihnya.............
The King, his family and U
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment