Sinatra_Z - Menolak Satu Sekalipun maka Kafir

Saya ada terfikir lah,
dulu rasanya pernah dengar Pemimpin PAS ada mengatakan kalau menolak satu pun Hukum Islam maka jatuhlah ianya kafir.

Maka atas sebab BN menolak hukum Hudud PAS maka orang UMNO pun kafirlah mereka. Kerana tidak yakin dan tidak mengikut sunah nabi yang melaksanakan Hukum Syariah.

Jadi ini membuat saya terfikir.

Selain dari Hudud Nabi muhammad juga mengamalkan pemilihan pemimpin melalui kaedah dan sistem Syura bukan?

Asas undang-undang adalah Hudud dan Pemilihan Ketua adalah Syura ketika itu.

Jadi PAS yang memilih Presiden melalui sistem demokrasi perwakilan ala-ala barat sama seperti UMNO/MCA dan Sebagainya, bukankah telah menolak sistem Syura.

Hassan Ali pernah menyatakan kenapa tidak dibuat sistem Syura dalam muktamar PAS.

Jadi apakah kini PAS yang telah menolak sistem Politik Zaman Nabi Muhammad juga telah menjadi Kafir?

Bagaiamana pula dengan Saudi Arabia yang mengamalkan sistem Monarki yang langsung bercanggah dengan Islam? Adakah Mereka juga Kafir?

Empayar Uthmaniah? Abbasiyyah? Adakah mereka juga Kafir kerana telah menolak pemerintahan seperti nabi Muhammad iaitu Syura?

Adakah orang-orang di Indonesia, Pakistan, Iraq, Syria, Lebanon, Mesir, Albania, Brunei dan sebagainya yang mempunyai sistem mahkamah tidak seperti hudud juga semuanya adalah Kafir?

Macamana lah tu bang....

Lagi satu,
dikatakan Hukum Hudud hanya akan dilaksanakan pada orang Islam. Mengapa mempunyai dua sistem undang-undang untuk orang Islam atau bukan Islam. Adakah mereka tidak yakin yang Hudud itu tidak mampu berlaku adil kepada orang bukan Islam. Bukankah sepatutnya hukum hudud itu sepatutnya sesuai untuk semua manusia?

10 comments:

One thing about them is...diorang buat takpe..orang lain buat jadi kapir...

Tu je...

 

hmmm..rasanya-rasanya..pemimpin mana yer yang kasi statement tuh? tak main la rasa-rasa ni..kasi la bukti konkrit sikit...

Aku tak penah pulak terdengar

 

Soalan Untuk Nazri Awang-

Jadi adakah sekarang, kalau kita menolak Hudud tidak bermakna kita bukan Islam sekarang? Sebab mengikut saudara Pemimpin PAS tidak pernah berkata demikian.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi

http://www.intro2u.net/new/2009/08/tok-guru-nik-aziz-umno-people-will-not-go-to-heaven/

http://www.bharian.com.my/klikkhas/permatang_pasir/Artikel/Berita/20090819081534/Article/

 

Statement Haji Hadi dalam wikipedia dan Nik Aziz tu, Ok..Aku akui memang kontroversial dan nampak macam tak berapa betul.

Itu aku akui salah.

tapi dimana buktinya "dulu rasanya pernah dengar Pemimpin PAS ada mengatakan kalau menolak satu pun Hukum Islam maka jatuhlah ianya kafir."

Hudud adalah salah satu daripada hukum penal untuk kesalahan jenayah, selain dari itu ade jugak Takzir,Qisas dan Diya.

jadi apa pulak kaitan hukum-hukum jenazah ni dengan perlantikan pemimpin pulak? Sejak bila sistem Syura menjadi sebahagian daripada Hudud??

Bukankah sunnah-sunnah Rasululullah saw, kita diberi pilihan untuk membuatnya atau tidak. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa.

Janganlah nak dicampur adukkan perbalahan agama dan politik. Abdul Hadi dan Nik Aziz, memang ada banyak menda yang dikeluarkan dari mulutnya yang boleh dipertikaikan. Memang tak dinafikan, memang tu salah.

Tapi kalau yang takde bukti apa-apa. Janganlah pulak pepandai rasa-rasa je.

 

Persoalan kepada
"dulu rasanya pernah dengar Pemimpin PAS ada mengatakan kalau menolak satu pun Hukum Islam maka jatuhlah ianya kafir."

Haji Hadi Mengatakan
"Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Apa dimaksudkan politik suku agama suku adalah kerana UMNO tidak mahu melaksanakan Hudud dan PAS adalah Politik Agama Islam sepenuhnya kerana tidak seperti UMNO mahu melaksanakan hukum Hudud. Kan...

Kemudian Pernyataan Nik Aziz
‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.”

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Apakah maksud Nik Aziz UMNO itu menolak Islam? Bukankah kerana UMNO itu menolak Hudud?


Kemudian kepada pernyataan Saudara...

Bukankah sunnah-sunnah Rasululullah saw, kita diberi pilihan untuk membuatnya atau tidak. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa.


Itulah dia yang saya Juga mempersoalkan dan setuju dengan Saudara. Adakah kerana tidak melaksanakan Hudud Malaysia dan banyak lagi negara lain yang saya berikan contoh tempoh hari jatuh kafir?

Kemudian kenapa memilih bulu untuk Melaksanakan Hudud tetapi tidak Syura? Bukankah mereka mengatakan kalau Agama Suku Politik Suku itu jatuhnya Kafir?

Dan Akhir Sekali Saudara menyatakan..
"Janganlah nak dicampur adukkan perbalahan agama dan politik"

Bukankah menurut pihak PAS (cubalah tanya mana-mana pemimpin atau ahli mereka sekalipun) kalau memisahkan antara agama dan politik adalah Sekular.

Sekian.

 

Jom kita belajar lagi tentang islam ni... mengucap dua kalimah syahadah baru permulaan...

Islam itu luas... yang penting kita cari apa isinya... mewarisi islam dari kedua orang tua tak sama dengan mencari apa itu islam... tak caya cuba tanya mereka yang baru memeluk islam... betapa manisnya islam itu...

 

hahaha,

Bro,
Dalam PAS mmg ade Majlis Syura berketuakan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am.

Manakala Pemilihan Pres PAS pulak di ijtihad(didasarkan)dr sistem baiah yg mmg di amalkan oleh Rasullullah n Khalifah Al Rasyidin.

Sistem Baiah ni lebay kurang jek mcm demokrasi.

Namun Candidate Pres wajib diluluskan oleh Majlis syura dahulu.

Pendapat ni sesuai dengan pendapat yusuf al qardawi.Juga lebih kurang sama dengan sistem iran.

Statement Hasan Ali tuh kalau die ckp mmg die sgt bodoh le.Tak logik atau boleh wa ckp itu bro nyer hearsay saja kot?

Bab hudud lak panjang lagi cerita nyer..Kalu bro nak dengar nanti wa sambung.

 

Bagi menjawab persoalan saudara xenan mengenai Hearsay dari Hassan Ali sila rujuk di sini -

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8005&Itemid=28

 

wow siap ade link,

Sorry bro ckp hearsay.Makna nya Hasan Ali yg bodoh.

Walaupon gua mmg percaya hasan ali ni bodoh, sila jgn tersalah paham maksud syura ala hasan ali yg sempit n jgn samakan dgn maksud syura dlm islam yg lebih besar.

Normally Majlis syura dlm islam berkonsep menentu halatuju, dasar atau mengendorse pemimpin.

Walaubagaimanapon, walau guna demokrasi pon tak la menjadikan kita kapir bro.Jgn riso..jgn follow ckp2 totok tuh.Bende ni masih termasuk dlm bende yg leh ijtidad.

Ikut Dr. Yusof Al-Qardawi yang lebih perpandangan sederhana menegaskan bahawa sehingga kita menemui satu sistem politik yang lebih baik daripada demokrasi, maka hendaklah kita manfaatkan demokrasi. Ini bermakna, beliau berpendirian bahawa demokrasi bukanlah sistem yang terbaik tetapi tidak pula bermakna demokrasi tidak boleh dimanfaatkan bagi memperjuangkan syariat Islam.

Malangnya, hudud hukum tetap bro.Directly dr allah.Tader ijtihad dah.Nak kate kapir tuh...huhu.wa bukan mufti ma.

 

Salam jengah sahabat sekalian:

"politik suku, agama suku"

Why not kita orang-orang muda initiate kan satu wacana ilmu di masjid-masjid khususnya yang boleh dihadiri oleh orang-orang PAS dan UMNO untuk benar-benar memahami apa itu politik, agama dan sekular?

Setiap wakil dari PAS dan UMNO bolehlah sampaikan fahaman masing-masing.

Salam jihad!