Sinatra_Z - Dua Sen Saya

Kita semua sudah ketahui, 
Drama yang kini sedang berlaku di Perak, Sultan Perak telahpun bersetuju dengan penubuhan kerajaan baru dan tidak memperkenankan untuk membubarkan dewan undangan negeri Perak. Walaupun ianya tidak dipersetujui oleh Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat YB Nizar. Barangkali baginda berpendapat bahawa untuk mengadakan pembubaran dan pemilihan raya semula merupakan suatu pembaziran wang yang besar apatah lagi ketika keadaan ekonomi sekarang.  

Yang anehnya, golongan yang mengangkat kadaulatan Sultan Perak apabila baginda mengesyorkan perbuahan dari segi badan kehakiman negara dan sebagainya adalah orang yang sama marah serta tidak berpuas hati dengan baginda Sulta kerana tidak membuat keputusan yang menyamai kemahuan mereka. Kita semua ketahui yang 2 Adun PKR ketika itu menghadapi kes Mahkamah Rasuah dan sekiranya mereka disabitkan maka dua kerusi DUN akan kosong. Sekiranya BN memengangi kedua-dua kerusi ini maka kerajaan PR Perak akan tumbang kerana perbezaan kerusi PR-31 BN-28. 

Maka Adun Bota adalah "insurance" sekiranya berlaku perkara tersebut, dengan Adun BOTA maka PR masih mempunyai majoriti satu kerusi. Namun mereka terlupa, tidak sedar dengan kelemahan pakatan mereka sendiri. Dari tindakan segolongan pihak Chauvinis yang berjaya menimbulkan tidak puas hati segolongan besar rakyat Perak dan Sultan Perak sendiri golongan ini juga berjaya meminggirkan suara-suara dalam Parti mereka sendiri. Nizar dilihat sebagai Adun yang dikawal oleh golongan ini. Maka tidak terkejutlah sekiranya Sultan tidak membernarkan mereka masuk mengadap baginda tuanku.  

Sudahkah kita lupa yang perlantikan Nizar itu sendiri pada mulanya dipulaukan oleh mereka ini. Bukankah Pakatan rakyat yang memulakan segala drama dan kemelut ini dengan menarik Adun Bota untuk masuk Pakatan Rakyat? Saya tidak boleh lupa bagaimana kurang dari seminggu dahulu Anwar Ibrahim menjaja tindakan ini dalam TV dan ceramah dan beliau mengatakan Adun Bota lompat kerana prinsip. Adakah kita terlupa dengan janji ketua umum PKR dengan lompatan Sept 16 yang mana akan berlakunya pertukaran kerajaan pusat. Jadi kini pemimpin Pakatan Rakyat marah, mengatakan tidak demokratik, menunjuk perasaan, membantah kerana Barisan Nasional berjaya melakukan apa yang mereka cuba lakukan sepanjang tahun namun tidak berjaya. Inilah dia asas kepada konsep Talam Dua Muka. Berani buat, beranilah tanggung.  

Malah kini mereka melanggar titah Tuanku Perak yang mana boleh dianggap seolah-olah menderhaka. Bukankah mereka juga merupakan orang yang menganjurkan BERSIH yang meminta bantuan Sultan untuk memastikan pilihanraya adil. Bukankah mereka golongan yang mengangkat Sultan Mirzan kerana menolak calon MB UMNO Idris Jusoh. Saya rasa PR tidak layak untuk menangis, meronta dan marah-marah dalam isu ini.  

Namun, Pada pendapat saya.. 
Seseorang itu perlulah mempunya Prinsip dan asas perjuangan yang kukuh. Orang yang tidak mempunyai prinsip bukanlah seseorang yang boleh dipercayai. Orang yang sentiasa berubah prinsip untuk kepentingan diri pula adalah orang yang tidak berguna. Memang sepatutnya saya gembira kerana BN berjaya mengambil alih pemerintahan Perak dari kerajaan "Half Past Six" PR yang dipimpin oleh MB boneka tanpa kuasa. Namun saya percaya bahawa terdapat perkara yang lebih besar dan penting dari kegilaan hendak memegang kuasa. 

Janganlah kita terlalu tergilakan kuasa sehingga menentang asas-asas perjuangan seperti yang berlaku dengan kerajaan PR sekarang yang mana Menteri Besar enggan menerima kenyataan yang beliau tidak mempunyai majoriti dan mengingkar titah Sultan. Sesungguhnya asas negara kita ini ialah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat, bukan pakatan rakyat tapi rakyat. Saya merupakan salah satu yang tidak bersetuju dengan tindakan janji kosong lompatan sept 16 Anwar Ibrahim yang merosakkan negara hanya kerana Individu yang gilakan kuasa.  

Memang benar ini pernah berlaku, Barisan Nasional berjaya menarik ADUN dan menumbangkan kerajaan di Sabah. Ketika itu tindakan ini diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO dan Menteri Keuwangan Malaysia yakni Dato Seri Anwar Ibrahim. Sama seperti mana dia menumbangkan Tun Ghafar Baba. Namun orang berkenaan telah meninggalkan BN dan biarlah budaya yang buruk itu turut dibawanya meninggalkan BN juga. Saya lebih suka sekiranya MB BN baru ini akan memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk pilihanraya baru.  

Saya yakin BN boleh menang dengan Majoriti yang lebih baik atas tindakan kerajaan PR yang diketuai oleh MB yang tiada kuasa dan dasar chauvinis yang meminggirkan segolongan besar rakyat Perak dan ahli-ahli mereka sendiri. Dan sekiranya BN gagal maka itu adalah kemahuan pengundi-pengundi dan kita sepatutnya belajar dari situ. Sekiranya BN berbuat begini bukan saja gabungan ini berjaya menjauhkan diri dari permainan yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim sendiri akan tetapi berada dalam kedudukan moral yang lebih tinggi. Biarlah dalam parti apa sekalipun kita berada, Janganlah gadaikan Prinsip. Orang yang asyik berubah Prinsip ikut tahun demi kuasa macam Ular adalah orang yang cukup tidak berguna.  



3 comments:

kita lihat melayu sendiri sekarang dah mula melawan raja-raja melayu.kita takkan rasa hairan nanti cina pulak akan tentang raja-raja melayu.pemikiran mereka cetek.sedih aku lihat kampung aku mereka buat rusuhan berbaring-baring atas jalan dan sebut allahuakbar.aku cadangkan mereka baca balik sejarah dan sebagainya.

genarasi baru sekarang berdarah panas.semua mahu ditentang.boleh kata semua.dan golongan bijak pandai yang berpendidikan tinggi pulak menentang sebab fikir mereka bijak,itu apa yang aku perhatikan di pejabat aku.

aku harap tak akan terjadi lagi kejadian 13 mei 1969 dan rusuhan pada tahun 1987(ops lalang).memang betul sekarang kita di era globalisasi dan mana ada sistem raja-raja lagi macam zaman dulu.

dan ada satu isu lagi sinatra.penjualan tanah-tanah balak di perak yang bernilai 50 juta untuk menampung kos untuk membina kubu kuat DAP di kuala lumpur.bila benda ni terjadi apa lagi,cuak la DAP.

bukan aku nak jadi racist ke apa.tapi ketuanan melayu harus kita jaga.tanggungjawab itu ada pada sultan.kalau kita tentang sultan?apa nak jadi?

bila libat isu politik baru fikir nak bersatu dan konon-konon semua nya bangsa adalah sama serumpun.tapi bangsa lain tak pernah fikir benda yang sama.

nicely done sinatra.

aku tak nak lihat melayu jatuh atas kesilapan mereka sendiri.sampai bila kita nak jadi boneka?

 

bila menentang raja melayu, org cina cakap pandai good job. Sedangkan dalam hati diorang cakap malai kui, melayu bodoh sebab tentang raja sendiri.

Takde raja melayu, takde org melayu. lihat apa jadi kat negeri takde raja melayu? Terbelakah org melayu? Hidupkah melayu kat singapore? Penang? Hidup tu hidup tapi hidup camne?