Ingatkan tadi hendak menyambung kembali kisah Encik Rahman akan tetapi kita sambung minggu depan.
Ini macam drama la seminggu sekali setiap hari rabu jam 5.30 petang selepas Kesatria Baja Hitam dan Polis Angkasa Gaban.
Menulis Surat
Sejak dua menjak ini memang jarang kita menulis surat.
Surat dalam erti kata sekeping kertas, sampul dan setem. Memang cukup jarang.
Kalau pergi ke peti surat rumah pun yang surat datangnya sama ada hutang, bil ataupun tawaran terkini harga anggur murah di Giant Hypermarket.
Zaman SMS, Email, MSN, YM, Facebook dan Twitter ni dah takde siapa dah nak tulis surat. Kalau bercinta mintak nombor telefon, lepas tu main sms, lepas tu main YM/MSN, lepas tu main webcam. Lepas tu main apa lagi aku tak tahulah. Tapi lebih kurang macam tu lah.
Kita hanya menulis surat ketika mempunyai urusan rasmi dengan kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau hendak memohon diskaun bayaran saman polis meletak kenderaan di tepi jalan di Balai Polis Tun HS Lee. Itu pun kita menaip menggunakan komputer.
Hilangnya Romantis pen dan tulisan,
Yang mana bagus untuk saya kerana tulisan saya memang cukup mengguris hati pembaca. Sesungguhnya saya masih mengekalkan imej penulisan yang sama sejak saya berumur 11 tahun. Tapi itulah dia dah lama kita tak tengok surat apatah lagi surat Cinta.
Tadi di pejabat cerita punya cerita pasal satu pensyarah yang belum kahwin kat Uitm ni Ramlan boleh terbukak cerita Surat Cinta,
"Kali terakhir la aku tulis surat dulu masa aku 14, form tu masa tu." Ramlan berkata
"Halamak ko tulis kat sapa lah?"
"Kat budak Ampang girl school. Aku kan kat St John masa tu."
"Damn, ko memang jantan sepi, tapi memanglah St John mana ada gadis."
"Itulah pasal, jadi masa tu aku ada posmen, biasa lah. Jadi posmen aku akan Pass surat tu dekat Posgirl dan posgirl tu akan hantar kat gadis tu la."
Ramlan kemudian menyambung
"Masa tu aku ada la gaduh dengan dia sebelum tu jadi aku tulis la surat. Ko tau apa jadi bro, masa aku dapat balik surat balas dia bagi aku balik surat aku tau tapi dah komot-komot laa kena peronyok. Tapi yang aku tak tahan tu kat surat tu ada kesan tapak kaki. Lepas tu kat tapak kaki tu ada tulis TIADA MAAF BAGIMU!"
OMG!!!
"Yang tak tahan tu, lepas aku dapat surat balas tapak kaki tu jadi aku tak "contact" la dia lagi kan. Tapi lepas dua minggu aku dapat lagi satu surat dari dia, kali ni dia tulis tajuk dia WARKAH BERDARAH."
"Mak aih, ini ko tulis surat kat gadis ke kat Ah Long?"
Tapi itulah dia,
saya pun agak rindu jugak dengan surat-surat ni. Dah lama takde orang tulis surat kat saya pakai pen dengan kertas dan saya yakin anda juga begitu. Dulu bila nak hantar surat dekat orang yang kita suka, waah tulis dengan cermat siap spray minyak wangi lagi kat kertas tu.
Lepas tu selalu kalau nak mula mengorat tu kenalah perkenalkan diri,
Jadi selalunya tajuk surat pertama ialah
BIODATA SAYA....
Nama : Zaidel Baharuddin
Tarikh Lahir : 4 september 1988
Hobi : Mengumpul setem dan menolong ibu menyiram bunga.
Moto Hidup : Kalau ada sumur di ladang bolehlah saya menumpang mandi, kalau tiada sumur di ladang maka tak mandilah saya.
Lagu kegemaran : Ali Noor Mastura - Apo Kono Eh Jang
Maka begitulah.
Sesungguhnya saya rindu pada...........
*Ayat yang bermula dengan "Kehadapan Ramli, semoga kamu sihat hendaknya"
*Ayat yang berakhir dengan XOXO
*Tandatangan
*Tulisan Tangan
*Kertas Berwarna
*Sampul Bercorak
*Selit kertas karangan A4 berlipat bawah meja
*Posmen peribadi
*Posgirl Peribadi
*Surat sekali dengan gambar
*Rakan pena / Penpal
*Fountainl pen
*Alamat Rumah
Dan yang paling saya rindukan sekali ialah ayat surat yang berakhir dengan
** Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas.
Tulislah surat dekat saya.
Saya mesti gembira punya.
The King and U
2 days ago
3 comments:
Aku faham apa perasaan ko sebenarnya..zaman skrg ni takde le guna sgt surat menyurat tp apa2 pun itu memang old skool..
betul la... saya pun rindu nak terima surat..
masa kat kampus dulu selalu dapat surat... padahal pengirimnya duk blok hostel sebelah je..maklum la masa tu student mana ada hp cam sekrg...
sampai sekrg simpan surat2 tu..
pernah terjadi, posgirl pulak yg minat kat pengirim surat2 saya, abis dibacanya surat tu..isk..
ex-usm 1997-2001
Meh alamat ko...aku nak hantar surat kt ko...aku siap letak bedak lagi dlm surat tu..tp perlukah aku sertakan biodata aku sekali?
Post a Comment