Sinatra_Z - Fakta-fakta Menarik

Selamat Berkerja di hari isnin.
Untuk tidak mengundang kontroversi ingin saya terangkan yang semua yang ditulis di dalam blog ini adalah dibuat di rumah dan bukan di waktu pejabat.

Harap Maklum.

Fakta-fakta menarik...

Fakta I

Tom Yam adalah sejenis Sup yang berperisa masam dan pedas. Biasanya dicampurkan dengan sayur-sayuran dan makanan laut, Tom Yam merupakan makanan orang Thailand.

Tapi tahukah anda bahawa walaupun Tom Yam adalah makanan orang Thai, terdapat lebih banyak Restoran Tom Yam di Kuala Lumpur berbanding di Bangkok.


Fakta II

Tahukah anda orang Pataya sendiri tidak tahu bagaimana hendak memasak Nasi Goreng Pataya.


Fakta III

Sekiranya anda pergi melancong ke Bandung dan pergi singgah makan di restoran di sana, anda akan dapati yang mereka tidak menyediakan Mee Bandung. Sekiranya anda memesan Mee Bandung kepada pelayan hampir pasti dia akan mengatakan yang mereka tidak jual makanan berkenaan.

Dan tahukah anda juga sekiranya anda memesan Air Sirap Bandung anda mungkin akan mendapat keputusan yang sama.


Fakta IV

Kalau anda ke Pulau Jawa, samaada Jakarta atau mana-mana bandar lain dan teringin untuk memakan Mee Jawa anda singgahlah ke mana-mana kedai makan dan memesan Mee Rebus.

Mee Jawa tiada dalam menu, Kalau anda pesan mee rebus anda dapat mee jawa.


Fakta V

Adengan ini pernah berlaku di salah satu restoran Tom Yam di Hulu Kelang.

"Dik sini ada buat ikan kukus tak?"

"Ika kukus, ooooo takdo beh, kito tok masok ikan kukus sini."

"Ooh ye ke... hmmm.... Siakap masak Stim ada?"

"Ahh Siakap Stim ado. Sekor be?"

Dan ini berlaku lama sebelum PPSMI diperkenalkan di Sekolah-sekolah.


Fakta VI

Dulu pernah aku pesan dekat pekedai tu

"Dik bagi saya kopi ais satu."

Pelayan tu pun jawab la "Kita tak buat kopi lah dik"

"Nescafe ada?"

"Ahh ada...."

"Ok Nescafe ais satu."

Nescafe tu bukan kopi ke?


Fakta VII

Untuk menunjukan kehebatan barangan jualan beliau, seorang jurujual pernah menyatakan kepada saya

"Abang, kalau abang tak percaya abang cuba try test."

Hebat.



Semoga fakta-fakta menarik ini akan terus memperkayakan dan memberi manafaat kepada pagi anda di hari isnin ini.

Selamat Mentelaah dan Selamat Berkerja.

4 comments:

beb, bagi setengah orang seperti saya kopi dan nescafe adalah minuman berbaza.kopi diistilahkan untuk minuman yang dibancuh dengan serbuk kopi bercap hang tuah, kapal api,434,kopi che nah,etc yang rasanya lebih pekat dan kalernya lebih hitam.

nescafe adalah air yang dibuat dari serbuk berjenama nescafe.

 

Untuk sengaja mengundang kontroversi ingin saya terangkan blog ini selalunye dibaca pada waktu pejabat.
*lifting my mug of nescafe*
Salut. Here's to you.

 

Fakta V tu kena faham bahasa kelantan baru lah tak konfius

Ikan kukus (setengah tempat panggil ikan rebus) adalah biasanya dibuat dari ikan selayang (i.e., ikan mackerel) dengan cara merebus ikan dengan hanya memasuk kan air dan garam sahaja sehingga lah kering airnya.

Ikan singang pulak biasanya dibuat dari ikan selayang atau kembung atau ikan kecil yang lain dengan merebus ikan tersebut dengan air, garam secukup rasa, asam keping, dan bawang.

Ikan stim tu "steam fish" lah...
orang kelantan dulu-dulu ni memang pandai cakap orang puteh sebab tu buku kita panggil "bok" (i.e., book), kenduri kita panggil bekwah (i.e., big wok),