ADENGAN I
Lokasi - Di tepi kereta mercedes dekat bangunan pejabat yang kosong, biasanya berhampiran kawasan Taman Melawati. Area Sakura Kristal sana, tengah hari selalu kosong terutama hujung minggu senang shooting.
Action!!!
"Kenapa you buat kat I macam ni? I bukan a simple minded girl tau!" Bentak Diana.
"Apa you maksudkan. I tak faham, what is all this?" Tanya Farid
"You jangan nak cuba Act like nothing happened. I tau you jumpa dengan Nafisa kelmarin."
"What's wrong with that? I bukan buat salah, we are just friends, kawan je."
"You tak faham my feelings ok, you ingat I senang-senang tengok you dating other girls?"
"Kenapa you ni cemburu buta sangat, I am not a mat rempit you know, suka-suka je main kaut bohsia mana ntah. This is Nafisa I know her since kitorang sama-sama belajar kat England dulu."
*Nota penting - Kalau dalam drama swasta belajar mesti dekat tempat yang meletup, lagi omputih lagi bagus macam dekat England ke, United States ke apa ke. Kalau cakap kitorang sama-sama belajar kat USM dulu atau KUITTHO atau Kolej Inpens ke nanti macam Spoiler pulak.
"hah just friend konon, mula-mula kawan lah, teman lah lepas tu teman tapi mesra. You ingat I would just stand by and let that perempuan mana ntah goda you!"
"I tak boleh terima semua ni, you janganlah buat I stress tak tentu pasal ni. No diana No!"
Farid menaiki kereta dan beredar.
Adengan II
Lokasi - Dalam ruang pejabat (pun dekat kawasan Taman Melawati jugak sebab nak jimat sekali harung)
"Datuk, ini dia fail berkenaan projek 28 juta bersama dengan Kasturi Holdings."
"Thank you Nadia, you dah set appointment dengan Datuk Norhisham berkenaan golf game next weekend."
"Sudah Datuk, I dah booking dekat course yang Datuk Mintak hari tu."
"Bagus Diana, bagus, I nak you tahu yang pertemuan ini penting. I nak gunakan masa ini untuk membincangkan mengenai pembelian Saham Melati Holdings yang bernilai 38 Juta itu dan project import antara syarikat kita."
*Nota - Mesti ada adengan perniagaan, mesti ada datuk, mesti cerita tentang transaksi berjuta-juta dengan projek meletup. Takkan kita dengar dialog yang berbunyi macam ini..
"Diana macamana dengan shipment Daging Unta dua marhalah dan Botol Minyak Biawak Dab dari Saudi itu?"
Macam biasalah, secretary mestilah hot.
Adengan III
Lokasi - Pun Taman Melawati Jugak, dekat rumah tuan direktor, Jimat kos.
"Daddy tak suka Diana berkawan dengan Farid tu."
(Daddy lah, barulah datuk punya family. Abah karang macam orang kerja kerajaan)
"Look what's wrong with being friends."
"Daddy tak suka dengan si Farid tu."
"Kenapa Daddy? What's wrong with him?"
"Ahh daddy tak percaya dengan dia. Dahlah muka macam penagih dadah campur mat rempit."
"Jangan mengarut la daddy, mana ada penagih dadah gemuk. Lagipun mat rempit kat selalunya kurus sebab dia naik 125Z dengan RXZ."
"Ahh Daddy tak kira, ada jugak apa penagih dadah yang gemuk, yang hisap ganja tu bukan semuanya slim. Lagipun dia boleh jadi Mat Rempit yang bawak TZM."
"ahh Diana tak kira, Diana nak be friends with him, it's my life."
"Ah siot betullah ko nih, Daddy ni Daddy diana tau, bukan pelayan restoran mamak boleh suka-suka je menolak. Ah nak pergi mana tu, Diana!! Ah itulah dia anak awak cakap sekali menjawab 8 kali. Pantang tegur terus blah. Itulah awak manjakan dia sangat, tengok, dia buat macam saya ni eksekutif Multi Level Marketing!"
Adengan IV
Lokasi - Pondok telefon dekat corner depan Kedai Basikal Sun Ming Fasa 6 Taman Melawati. Perbualan seorang lelaki atas motor dalam telefon.
"Sayang you dah makan ke?"
"Makan apa?"
"You masak ke?"
"Ehh mak masak? Kenapa?"
"I teringin laa nak makan masakan you.."
"Alaa janganlah macam tu."
"Sayang-sayang.... sayang kan sayaang kat sayang. Tapi kan sayang, sayang sayang tak kat sayang? Sayang taknaklah buat cinta sayang satu hala je."
"hah kahwin?"
"er.... eh kejap tak cukup duit sen laaah, kejap ahh mana ni... click."
Hamtuih punya jantan.
Bersambung...........
The King and U
2 days ago
6 comments:
wakakaka...itu la drama swasta...susah nak lari dr stereotype..
btw...saya letak link blog awak kt blog saya yer...thanks! hehehe
ok terima kasih
hehehe menarik2.... i alumni usm n now working at uthm (formerly known as kuittho)... hehehe.
Nampaknya watak anda tak sesuai untuk Drama Swasta
Drama Melayu?
Macam biasalah, sama seperti filem-filem Melayu lainnya.
Kalau tak ada makan kat retoran, bukan drama Melayu. Kalau tak ada menangis terisak-isak, bukan drama Melayu.
Duduk dalam rumah kat dapur pun siap dengan 'make-up' dengan bulu mata palsu sekali, itulah drama Melayu.
setakat sembang juta-juta tak heranlah. Mesti ada 'iri hati' dan 'dengki mendengki', barulah lengkap drama Melayu.
Kerja 'driver' Datuk atau hanya 'sales girl' kat butik tapiu duduk kondo mewah, itulah drama Melayu.
Munasabah dan logik tolak tepi, itulah drama Melayu!
letih teman nengok drama melayu..rasanya lama dah kot tak tengok
Post a Comment