Assalamualaikum,
Saya Sinatra_Z telah membuka satu lagi blog untuk kegiatan masa lapang saya yakni Politik.
Ye selain dari menulis cerita pendek, menonton anime, meminum teh hijau berperisa bunga Jasmine jenama Pokka, memakan keropok pahit belinjau, mendengar klasik nasional, menyanyi lagu Frank Sinatra, berjalan kaki ke pejabat, menonton dokumentari ataupun meminum teh bersama Soh Kee Yoong.
Kegiatan masa lapang saya ialah berpolitik untuk kebaikan rakyat jelata.
Maka penulisan saya yang berunsur politik mahupun pandangan mengenai sesuatu dasar yang melibatkan negara akan saya letakkan di blog berkenaan.
Namun dunia siber bukanlah satu-satunya ruang politik saya. Seperti encik Sivakumar dari Perak saya juga aktif dalam kegiatan politik di bawah pokok sambil memakan cendol dan membuat dasar.
Janganlah anda berasa segan mahupun tidak mahu membaca cerita-cerita saya hanya kerana anda mempunyai fahaman atau pendapat politik yang berlainan. Kita kan sama-sama manusia, warganegara Malaysia (atau bukan) dan semua pihak mempunyai pendapat dan perjuangan masing-masing. Yang cuma membezakan perjuangan dan pendapat kita adalah perjuangan aliran sayap kanan lebih EPIC WIN DAN HEBAT SERTA BETUL DAN TANGKAS!
Oh yeah...... hahahahahaha, jangan marah haaa....
Singgah-singgahlah ke sebelah sana kalau anda hendak "berpolitical engineering" dengan saya.
haluankanan.blogspot.com - Berani, Benar dan Berfikir
Tak payahlah nak sorok-sorok,
apa nak dimalukan, BN banyak berjasa walaupun ada kelemahan tersendiri. Ye saya ahli UMNO tapi saya bukan seorang yang bersifat perkauman, masakan BN mempunyai semangat setiakawan sejak tahun 1957 lagi.
Lagipun saya tak pernah tikam Soh Kee Yong pakai keris.
Paling kuat pun saya curi makan roti canai dia.
Dia tak marah laaa.
Tu je....
The King and U
18 hours ago
3 comments:
another one?? jz keep updating dis one also will ya? rili enjoy reading ur blog. sumhow it changes my view on the malaysian politics :)
will do
ko melayu kan tp psl apa pakai nama omputeh?apa la hang nie....it's not "MY WAY"!!!!!
Post a Comment