PENULISAN KREATIF
Tajuk : Jodoh
Nukilan : Zaidel Baharuddin
Pada suatu malam 3 jejaka sepi,
merayau di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat suasana Kuala Lumpur di waktu Malam.
Memang cukup indah dengan lampu kuning berkilauan di sekitar kotaraya dan jalan yang sunyi dan lengang.
Malam itu bukanlah malam minggu tapi malam hari biasa. Maka di sekitar kota suasana yang agak tenang, sejuk dan indah
Tatakala mereka asyik menikmati pemandangan indah lampu-lampu terang di celah-celah rimbunan pepohon di mahkamah tinggi
Kuala Lumpur dan dataran merdeka maka bermulalah sesi borak-borak kosong.
Di dalam Van Merah Subaru yang sudah tidak mempunyai hawa dingin itu maka berbincanglah 3 orang jejaka itu.
"Korang agak kan, ko nak kahwin dengan orang macam mana ah?" tanya TOS (bukan nama sebenar)
"Hek eleh, ko ni dah gersang ke apa?" Bentak Jack Lupino (Juga bukan nama sebenar)
"Kahwin mendenye Tos, belajar pun tak habis lagi, duit takdak... Awek pun takdak." Pintas saya menjawab.
"Janganlah ko cakap macam tu, sedih aku rasa....." Luah Jack Lupino.
Dia terasa hati kerana dalam Van Merah Subaru dengan Rim Tayar berjenama PARAM semuanya mempunyai nasib yang sama.
Masakan pasti mereka tidak akan bersama-sama dalam pengembaraan ini sekiranya mereka tidak begitu. Pastinya kalau nasib mereka
berlainan mereka kini berada di atas katil geli-geli guling-guling membalas SMS dari gadis ataupun bergayut di pondok telefon awam
mendengar suara yang lebih lembut dan tidak garau.
"Takdelah, satu hari kita pun nak kahwin jugak kan, jadi aku tanyalah dengan orang macam mana yang korang nak kahwin?" TOS cuba
menerangkan dengan lebih lanjut mengenai persoalan yang ditimbulkan beliau.
"Aku tak pulak pernah fikir pasal benda tu..."
"Peh ok lah sebab ko tanya TOS kita mula dengan ko, perempuan macamana la yang ko rasa macam nak buat bini?" Jack Lupino menyoal.
"Alaah seganlah.."
"Aku lempang jugak ko ni TOS!" Saya menjawab dengan nada yang keras tapi berjenaka.
"Alaaa korang jangan la gelak pulak nanti bila aku cakap." TOS cuba mendapat jaminan.
"Ahhh cakap je lah!" Jack Lupino mendesak.
"Ok.. hmm..... Mula-mula kalau boleh aku nak cari bini yang tudung labuh laa..."
"Alhamdulillah, sejuk hati mak ko kalau dia dengar."
"Ahh itu memang afdhal tuh, tapi nak ke awek tudung labuh kat ko yang agak suak suey kemoning nih?" Jack Lupino Mempertikaikan.
"Alah biarlah, ni soal apa TOS nak bukanya apa awek tudung labuh tu nak!" Saya cuba menerangkan.
"Oh betul jugak tu, baik TOS teruskan."
"Ok kalau boleh aku nak dia pakai Cermin Mata laa.."
"Ohooo Fetish.... Macam watak anime."
"Siot la engko!"
"Ahh teruskan.."
"Lepas tu kalau boleh aku nak dia lahir dalam sekitar bulan Mac ke Bulan Jun."
"Mak aih ini dah siap ada zodiac nih..." Jack Lupino memberi sepatah dua kata.
"alaa ni mesti dia baca pesonaliti ikut bulan kelahiran yang Fazilah Kamsah tulis tu. Ko Belia betul TOS sampai ke Fazilah Kamsah ko ikut."
"Nanti belum habis lagi...."
"Ada lagi jantan ni"
"Aku kalau boleh tak nak nama dia mula dengan huruf H sempena nama aku dengan kalau boleh aku nak nama dua mula dengan huruf N. lepas tu
kalau bolelah aku nak gigi dia ada lapis."
Jack Lupino yang tergamam sebentar kemudian berkata...
"Apa kejadahnya 'taste' ko ni TOS, sampai ke gigi pun ko nak check!"
"Aku ni memang aneh sikit, biar lain dari lain."
"Masaalahnya bukan aneh, masaalah mana ko nak ceduk awek macam tu TOS. Susah gila." Saya cuba memberi pandangan.
"Nah ko tengok TOS, Pertama ko nak tudung labih. Tu OK lah tu, senang, kita boleh cari Ustazah, kat Uni aku banyak budak pendidikan agama islam.
Masaalahnya ko nak kena cari ustazah yang pakai cermin mata lahir sekitar bulan jun atau mac nama tak boleh mula dengan H tapi nak mula dengan N
lepas tu nak pulak gigi dia kena lapis. Celah mana nak cari tu?"
"hahahahahahahaha..... Betul tu, Nak cari ustazah yang nak kat ko pun dah lebam!" Jack Lupino menambah.
"hmm... betul tu, memang susah nak tackle ustazah!" TOS berstuju.
"Ahh korang ni asyik kutuk aku je, nah ko nak bini macamana pulak?"
"Aku senang je" Bingkas Jack Lupino..
"Aku kalau boleh nak bini aku ada barang besar..... Bawah pun besar.... Rambut Blond..... Lepas tu kalau boleh mata biru"
Saya rasa tak perlulah saya menerangkan dengan lebih tentang kenyataan Encik Jack Lupino mengenai baka isterinya.
"Hahahahahahahaha, fuh Pamela Anderson habis!"
"Mana laa nak cari mata biru kat Malaysia ni?" TOS mempersoalkan kenyataan Jack Lupino.
"Contact Lens!"
"Ahaa suatu idea yang bernas. Memang mantap 'taste' ko!" Saya menyokong.
"Ahh ko pulak macamana? Aku sudah, TOS pun sudah." Jack Lupino bertanyakan kepada saya.
"Aku susah sikitlah, perempuan citarasa aku memang sukar laa nak cari."
"Kalau nak ikut watak anime lebamlah woi, mana la nak cari wanita matang berambut biru lepas tu pakai baju French maid yang tegur ko "Irrashaimase Goshujinsama!" bila ko balik dari kerja"
"Aku rasa citarasa ko lagi Sial dari aku punya la.." TOS menjawab.
Maka itulah kisah 3 jejaka sepi di dalam van merah di tengah kotaraya di tengah malam.
Kini sudah bertahun berlalu kisah tersebut.... Kami sudah lain.
TOS kini sudahpun bahagia mendirikan rumahtangga, syukur isteri beliau bertudung labuh dan memakai cermin mata (tu pun kadang-kadang je la) namun tidak ada satu pun kriteria
selain dua itu yang ada pada isterinya sekarang. Orang kedah dia jumpa.
Jack Lupino pula kini sudah bertunang dengan gadis dari pantai timur (Tengganu kite!), gadis yang comel dan bertudung. Lain sungguh dari kriteria dia malam tu.
Tapi boleh jadi lain kot, ye lah mana kita tahu apa ada bawah tudung kan. Pasinya Jack tidak sabat menantikan saat itu.
Yang anehnya,
kedua-dua gadis pilihan mereka ini mempunyai satu lagi persamaan selain memakai tudung. Mereka berdua merupakan penyokong kuat PAS.
Jack dan TOS pula merupakan Ahli Pemuda UMNO.
Halamak.... Kontoversi beb. Aku rasa TOS tak bagitau Bini dia lagi ni..... Hahahahahahaha...............
Ehhh....
Saya pulak macam mana?
Ini lah dia, tinggal seorang saja. Nak buat macamana, takde ustazah yang berkenan kat saya.
Jangan kata ustazah, cikgu matematik pun belum tentu.
The King and U
1 hour ago
3 comments:
salam sejajtera saya ucapkan kepada tuan empunya blog en lipassepi...
terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan sokongan saya terhadap penuisan kreatif ini.sesungguhnyaia akan menjadi satu lagenda yang tidak dapat dilupakan...
pun begitu,terdapat sedikit percanggahan fakta di dalam penulisan tersebut...
1)en TOS bukan sebut huruf "H" tapi huruf "R" sebab en TOS tak boleh sebut huruf R sebab dia pelat sket...
2)untuk pengetahuan pembaca, en TOS bukan dari kalangan pemuda UMNO tapi dia lebih kepada Pemuda gerakan sama seperti en lipassepi.dan isteri serta seluruh keluarga mentuanya telah tahu latar belakang politik en TOS...
3)isteri en TOS berasal dari pulau pinang bukannya kedah...
4)ok tu jerrr...
TOS adalah ahli pemuda UMNO Hulu kelang cawangan permata baru, saya tahu sebab saya yang daftarkan dia minggu lepas.
Saya pun ada kawan yang macam TOS. Miss Right dia siap rupa wajah, susuk tubuh, pangkal nama, tarikh lahir, karekter... sampai kengkawan ada declare, kalu ko nak cari satu orang yang ada semua kriteria tu dalam satu pakej, alamat mati tak berbini la ko.
Esoknya dia perkenalkan aweknya. Rupa-rupanya dah dapat pun orang tu. Dia hanya describe orang yang sebenar... heheh
Post a Comment