Sinatra_Z - Ejek Nama Bapak

Masa saya sekolah rendah (dan menengah juga) Nama bapa merupakan lambang maruah diri dan juga nilai harga seseorang itu. Maka apabila seseorang itu main ejek-ejek nama bapa anda maka ianya adalah seperti menconteng arang di muka anda ataupun seolah-olah mencabar dan mempersoalkan kelakian anda.

Pada hari ini saya masih berasa bingung dan hairan mengapa suatu ketika dahulu apabila seseorang itu menyebut nama bapa saya (tidak ejek pun) saya akan berasa hiba dan terguris maka akan menyebut nama bapak dia balik.

Masa sekolah dahulu, hanya kerana nama bapa persahabatan terputus, peperangan meletus dan konflik serta norma-norma kehidupan harian berubah hanya kerana nama bapa. Nak lagi kontroversi, nak lagi panas ataupun terjah ala-ala melodi lagi champion kalau tahu nama mak ataupun datuk. Pastinya akan menimbulkan suasana gundah gulana apabila nama-nama itu dipertikaikan.

budak-budak bodoh ketka itu (termasuk saya) mencabar kelakian masing-masing dengan nama bapa akan cuba mengaitkan nama bapa seseorang itu dengan perkara lain untuk menimbulkan kesan negatif yang lebih mendalam, contohnya...

Saya ada kawan nama Ramesh,
Nama bapa dia adalah Paramesvaran. Budak-budak akan mengejek bapa dia sebagai Parameswaran pengasas negeri Melaka, Param pelawak india terkenal, Paramesium organisma mikro, Pasar Ramadhan dan sebagainya.

Lagi meriah atau meletup sekiranya nama bapa dia boleh pulak disambungkan dengan nama empunya badan untuk menimbulkan kesan puitis.

Contoh, Ahmad Bukhari bin Abu Bakar.
Ejek nama bukhari - Karipap. Jadi akan berubah menjadi Bukaripap Bakar. Ataupun Karipap Terbakar. tak pun Ash Burn.

Siapa bapak nama Ramli kena ejek dengan panggilan Burger.
Siapa bapak nama Taib kena ejek dengan nama jalan/lorong.
Siapa bapak nama Zakaria akan kena ejek dengan organ lelaki.
Siapa bapak nama Rahim kena ejek nama dengan organ wanita.

Malah ada yang lebih kreatif apabila nama bapa seseorang boleh di sangkut pautkan dengan adengan semasa. Sebagai contoh.

Ketika filem Matrix baru keluar siapa mempunyai bapa bernama Mustafa akan berubah menjadi Mustapheus.

Ketika demam Piala Thomas mula merebak seseorang yang bapanya bernama Fuad akan diubah menjadi Foo Kok Keong.

Malah ada yang lebih kreatif apabila nama seseorang bapa atau ibu itu boleh menimbulkan kesan apabila diubah dengan bahasa lain sebagai contoh...

Praveen A/L Nagaraja akan berubah menjadi Praveen the son of the Dragon KING
Nama ibu seseorang Joyce Pau akan diubah ke JUSTICE PAU sempena hakim legenda sejarah China.

Tapi yang paling tak boleh belah yang saya pernah ingat ialah kawan saya yang bapanya bernama Alim. Selain dari diejek Alim Ulamak atau burger alim (nama gerai burger dekat sekolah) mereka juga mengejek nama bapanya dalam perhimpunan bila baca doa..

"Al Fatihah, Alham dulillah hirob bil ALIM!! min...."

Tak Boleh Belah! Budak kecik memang bodoh.

Teringat zaman dulu-dulu bila hanya dengan menyebut nama bapa boleh menimbulkan kesan yang sangat mendalam....

Nama bapak aku ialah Baharuddin, jadi diorang ejek BadakRudin.

Kawan aku sorang nama datuk dia Wak Tong, hidup dia memang tak tenteram...

P/S - Nama saya Basri, Nama Ayah saya Jaya, kawan-kawan panggil saya Bas sri jaya.
Dengar kata Yusof Haslam dulu pernah jadi konduktor Bas Sri Jaya.

10 comments:

Men with their egoistic value can't seem to part eh?

 

shahrizat: wooiii...bahaaaaa...ruddin...
zaidek: ko nak ape sarip...

 

Pak Mustape Pak Aji Mata Bute nak cium anak adree tercium buntuk kudeee..

 

OMG.
tatahan. haha..


erk. susah nye nak publish komen .

 

he he he
sempat jugak u jeling toilet bowl punya brand ye..

 

salam "Lil Bro"..ur posts alwayz make my day...*big grin*

 

memang betul Datuk Yusof Haslam dulu kerja konduktor bas kat PJ/KL.

 

hahaha, tak leh blah ..teringat masa budak budak dulu :)