Sinatra_Z - Ustaz dan Selipar

Tajuk : Ustaz dan Selipar
Penulis : Zaidel Baharuddin

(Satu cerita pendek yang saya hantar untuk I Am Muslim II, tak tahulah lepas ke tak, Nah Bacalah)


Saya ada kawan,

Nama samaran dia Ustaz, nama sebenar dia tak payah tahulah. Nanti dia segan.
Ustaz ni kawan saya masa di UTM dahulu, kami satu kelas, satu kursus dan satu asrama.
Di UTM kami tak panggil asrama tapi kami panggil Kolej Kediaman. Kolej Kediaman kami
terletak atas bukit dan namanya Kolej Perdana.


Teringat lagu pengakap pulak..


Atas bukit ada kolej,

kolej cantik tak pernah lihat,

kolej atas rumput,

rumput atas bukit,

rumput yang hijau...... ehhh

rumput yang hijau eeh ooh eeh ohh.....


"Akela saya buat habis baik!!"

Oh baiklah saya insaf.
Kembali kepada kisah asal.
Saya dan Ustaz mula mengenal sejak tahun dua, kami sama-sama ambil kursus kejuruteraan elektronik
dan dia adalah anak jati Johor Bahru. Dia ni terkenal di Kolej kami sebagai pengasas gerakan Tabligh
dan juga merupakan salah satu jemaah yang setia berkunjung ke surau. Orang ramai mengingati dia
sebagai seorang yang baik, alim dan juga rajin menziarah ke bilik orang untuk bercakap mengenai iman.
Namun kemudian dia akan menjadi terkenal kerana penerbitan risalahnya yang tidak bersetuju dengan
banyak kegiatan dalam gerakan tabligh. Tak payahlah kita cerita panjang lebar mengenai perkara tu tapi
cukuplah sekadar untuk tahu pada mulanya dia memulakan gerakan tabligh di Kolej perdana dan kemudian menjadi pengkritiknya yang paling kuat.


Apa-apa pun umum diketahui ustaz ni seorang kawan yang baik dan rajin. Tapi bagi saya ustaz bukan sekadar lebih dari seorang yang baik dan rajin beribadah. Ustaz dalam ingatan saya adalah seorang kawan yang tidak berat membantu kawannya yang susah, orang yang sangat menghormati gurunya, seorang yang tak sudah-sudah repair komputernya yang tak habis-habis beri masaalah.

Ustaz selain fasih dalam kitab-kitab lama juga agak fasih dalam kitab permata yang hilang, mahir membaiki Cakera Keras (Hard Disk lah tu), peminat fanatik game Final Fantasy dan suka menonton babak terharu dalam cerita anime cinta kompleks.

Walaupun beliau kelihatan tegas dalam kegiatan harian beliau (termasuk menjadi pelajar silat cekak) namun jauh di sudut hatinya, di biliknya yang sepi ditemani rakan sebiliknya yang ala-ala vampire bernama Ecam itu, sebenarnya Ustaz hatinya Kuntum.

Saya teringat apabila ustaz menjadi gundah gulana apabila seorang anak gadis menghantar pesanan melalui friendster untuk berkenalan, beliau tertarik dengan tulisan beliau mengenai hukum hakam. Apatah lagi melihat dia segan silu apabila kami menanya mana dia dapat dan untuk siapakah "keychain" kristal ukiran bunga ros yang terletak di atas mejanya. Itu belum lagi wajah terharu dan pilu beliau apabila menonton adengan School Rumble (nama anime) ketika Tsukamoto Yakumo membaca kata hati adik Harima Kenji yang mengluarkan kata-kata ikhlas mengenai perasaan beliau ketika memandang wajah Kak Yakumo yang sangat baik, cantik dan sopan santun!!!! Siap buat short movie clip tuh lepas tu pass kat kawan-kawan.

Tak lupa juga Ustaz pernah menonton seluruh siri Tabib Hor Jun, kisah seorang tabib dari Korea atau Taiwan (tak pasti) sekali gus 16 jam tanpa henti.


Tsukamoto Yakumo

Ye dia memang seorang nerd!


Memang banyak kisah dan pengalaman yang saya ingat dengan ustaz,
namun ada satu kisah yang saya tidak akan lupa, dan saya tidak mahu lupa.
Ustaz telah mengajar saya suatu perkara yang sangat-sangat berharga dan saya pasti beliau tidak sedari langsung mengenai perkara ini.
Kadang-kadang sesuatu yang kita kata mungkin hanya biasa bagi kita namun sebuah permata yang bernilai bagi orang lain (Bukan permata yang hilang ahh).


Satu hari saya ustaz dan rakan-rakan pergi ke Jaya Jusco Tebrau. Saya tak ingat kenapa kami ke sana, mungkin sebab nak tengok cerita Lord Of The Rings atau sekadar berjalan-jalan. Sedang kami seronok berjalan-jalan masuklah waktu solat Asar jadi kami pun singgahlah ke surau Jusco Tebrau.

Ketika itu kalau berjalan ke mana-mana saya memang suka memakai selipar jenama Osaki ataupun Asadi.
Ini adalah kerana selipar bagi saya mudah dipakai, selesa dan ianya sering padan dengan warna kulit dan pakaian saya. Mudah saya untuk ambil air sembahyang ketika berada di surau. Namun ketahuilah bila di surau dalam pusat membeli belah, semua orang datang memakai kasut jadi mereka suka meminjam selipar untuk dibuat ambil air sembahyang. Mungkin mereka ingat yang selipar tu surau punya. Ketika saya sudah habis sembahyang Asar saya pun pulang dan berasa marah ketika saya mendapati selipar Asadi jingga saya hilang.


Jadi saya yang berasa marah pun tunggulah gerangan manusia yang mengambil selipar orang sesuka hati. Saya memang tak suka orang main ambil selipar saya, saya tak suka pakai selipar saya yang dah basah, ada daki ke air bekas kaki orang lain. Nanti jalan tak selesa, rasa macam nak marah je su polan yang main sedap hati jee Pau selipar aku! Pakai lah selipar surau ke tak pun kaki ayam je lah!


Tengah saya pandang orang yang pau selipar saya tu dengan tak puas hati serta pakai kembali selipar saya yang sudah basah dengan air kaki siapa ntah

ustaz menegur saya.


"Wahh untung lah kau."


"Kenapa lah?" Saya tanya kembali.


"Ye lah ko dapat banyak pahala hari ni. Selipar ko banyak berjasa bantu orang ambil sembahyang hari ni, besar jasa tu. Tak sangka kan."


Saya terdiam sebentar.

Malah lebih tepat kalau saya katakan bahawa saya Kelu Seribu Bahasa.

"Hmm... baguslah tu.." Saya jawab dengan nada yang perlahan.

Kemudian kami pun bergerak kembali untuk merayau-rayau......
Ustaz pada hari itu telah mengajar saya bahawa, ada sudut lain yang boleh kita pandang dari sesuatu kejadian itu dan janganlah saya hanya asyik memandang dari sudut diri sendiri sahaja.

Jangan lokek untuk berkorban demi kebaikan orang lain, jangan sibuk mementingkan diri sendiri dan bukakanlah hati diri yang sempit ini. Ustaz mengajar saya tanpa sengaja dan disedari beliau bahawa Sembahyang, Berzikir dan berbuat ibadah tidak cukup untuk menjadi seorang muslim yang baik.


Ustaz mengingatkan saya tentang

keikhlasan dalam ibadah,

Niat dalam suatu perlakuan,

dan perasaan dari hati yang bersih dan tenteram.


Hinanya saya rasa pada ketika itu.

sungguh busuk dan kotor jiwa nurani saya ini.

Rupanya jauh lagi perjalanan saya ini......... Sangatlah jauh......

Doa-doakanlah agar suatu hari nanti, hati saya akan menjadi lebih bersih dan suci dan setiap perlakuan saya adalah ikhlas.

Moga kalau saya tersasar dari pangkal jalan, akan muncul orang-orang seperti kawan saya ini yang akan mengingatkan saya tentang apa erti sebenar menjadi seorang islam.


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus


صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat


Al Fatihah - Ayat 5-7


Amin.....


Amacam? Ok Tak?



11 comments:

Sekiranya rakan saudara, ustaz, menyebabkan saudara rasa beruntung apabila selipar saudara digunakan oleh orang lain, saya rasa saya lebih beruntung.

Cerita saya juga berkaitan dengan selipar dan tempat solat. Saya lebih beruntung kerana bukan sahaja selipar saya, malah kasut saya telah digunakan oleh orang lain.

Bukan setakat digunakan lalu diletakkan kembali untuk saya pakai semula, malah digunakan terus, oleh entah siapa-siapa entah dan saya tidak pernah dapat menjeling pun kepada mereka.

Saya juga rasa lebih beruntung kerana orang yang menyedarkan saya adalah bapa saya sendiri. Saya merasakan sangat beruntung kerana sehingga kini, walaupun sudah beberapa tahun bapa saya meninggal dunia, saya masih rasa begitu beruntung.

Kalau saudara merasakan tidak selesa kerana menyarungkan selipar basah yang ada air kaki orang lain, saya tidak mengalami masaalah itu. Saya hanya perlu meredah jalan tar yang panas, batu-batu besar di kawasan letak kereta yang tajam dan juga panas tanpa alas kaki.

Berhati-hati menapak kerana tidak mahu terkena batu tajam. Kadang-kala terlompat akibat terpijak batu yang tajam lagi panas lalu terpijak pula batu lain yang juga tajam dan panas dengan langkah yang lebih kuat. Sakit, tetapi tidaklah sesakit hati yang terpaksa menerima perasaan kaki yang disarungkan pada selipar yang ada bekas air kaki orang lain.

Sebenarnya, sebelum mula melangkah meninggalkan masjid, saya terfikir untuk menunggu sehingga semua orang sudah keluar dari masjid. Fikiran mentah saya berfikir, sekiranya semua orang sudah keluar dan masih ada selipar di hadapan tangga masjid, tentu itu selipar orang yang mengambil selipar atau kasut saya. Kira-kira saya kata bolehlah menyelamatkan dari melangkah tanpa alas kaki meredah jalan tar yang panas dan batu kawasan letak kereta yang tajam dan panas.

Belum sempat saya menyatakan apa-apa, baru terfikir, bapa saya sudah perasan saya teragak-agak. Dia kata kalau ada sekalipun selipar sedemikian, ianya masih bukan saya punya. Masih orang punya dan kita tidak boleh ambil apa yang orang lain punya dan jadikan ianya kita punya.

Semasa terjingkit-jingkit menahan sakit dan panas, bapa kata saya sebenarnya beruntung apabila selipar atau kasut saya hilang. Tidaklah marah tetapi sukar untuk saya menerima pandangan yang sangat bercanggah dengan pandangan saya sendiri.

Apa pula untungnya apabila selipar atau kasut kita dikebas orang? Bukan rugi ke? Hati geram saya hanya mampu mengatakan "apa kena orang-orang ni, datang masjid, solat tapi kebas selipar orang. Curi kasut orang".

Saya hanya diingatkan, bukan oleh orang lain tetapi bapa saya sendiri untuk bersabar seterusnya menerima ketentuan dan merelakan. Sabar dan terima, agak mudah tapi nak rela? Hati geram mana yang boleh semudah itu rela?

Sampai di kereta, naik dan mula perjalanan pulang. Dalam perjalanan bapa minta singgah di kedai. Berhenti sahaja kereta di hadapan kedai, bapa terus keluar dari kereta dan masuk ke kedai.

Beberapa minit kemudian dia keluar dari dalam kedai membawa satu bungkusan plastik, dan masuk semula ke kereta, duduk dan menutup pintu.

Bungkusan dihulurkan kepada saya dan saya lihat dalam bungkusan tidak lain tidak bukan, sepasang selipar.

Bukan sekadar sepasang selipar tetapi sepasang selipar BARU. Yang dikebas orang di masjid tadi selipar lama. Kalau pun bukan selipar lusuh, bukan juga ianya selipar baru.

Hilang selipar lama dapat selipar baru. Untung tu.

Hilang kasut lama, dapat kasut baru. Ia, mungkin bukanlah secepat mendapatkan selipar baru tapi tetap akan dapat kasut baru. Untung tu.

Yang kena kebas hanyalah selipar atau kasut lama. Dapat ganti yang baru. Untung tu.

Barulah sedar apa untungnya. Bapa hanya menyambung "Redhakan apa yang dah hilang. Bila kita redha, dapat lagi kebaikan. Pahala. Selipar atau kasut baru kita dapat, pahala pun dapat."

Siapa yang kebas, dapatlah selipar atau kasut lama. Tuan punya kasut yang kena kebas, dapat kasut baru. Beruntungnya.

Bila kita redha, selipar kita atau kasut kita tak jadi dicuri. Kalaupun ianya diambil oleh sipencuri dengan tujuan mencuri, disebabkan keredhaan kita, maka sipencuri mendapat pemberian dari kita.

Dan bukankah sudah dijanjikan bahawa yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Terbuktilah sudah, dalam kenyataan.

Cerita ini merupakan satu cerita rekaan tetapi hasil gabungan beberapa kejadian yang berlaku dalam satu jangkamasa yang mungkin agak lama.

Kalau bukan cerita rekaan manakan ada selipar dan kasut hilang dalam satu kejadian yang sama. Takkanlah saya ke masjid memakai selipar di kaki sebelah kanan dan kasut di kaki sebelah lagi? Kalaupun saya sebenarnya segila itu, manakan ada orang yang nak mengambil sepasang pakaian kaki yang tidak sepasang. Manakan ada orang yang secara tidak sengaja menyarungkan sepasang pakaian kaki yang bukan sepasang tanpa merasa janggal di kakinya lalu meninggalkan kejanggalan tersebut.

Namun apa yang betul dan bukan rekaan adalah pengajaran-pengajaran yang saya terima dari bapa saya berhubung ehwal kehilangan selipar dan kasut. Dengan kefahaman yang saya nikmati ini, maka saya telah dapat menikmati kefahaman dan keuntungan yang amat banyak, bukan sahaja dalam perkara berhubung kehilangan harta tetapi juga banyak lagi perkara yang berkaitan dan boleh dikaitkan.

 

Hmm... I have never took a step back to see the things that has happened in other perspective. Maybe, it's time for me to change...

Bak kata Najib, hilang selipar lama, ganti selipar baru...

 

Kejadian lebih kurang sama pernah terjadi pada rakan sepejabat.

Seliparnya di"pinjam" orang sewaktu sembahyang Jumaat. Setelah menunggu sekian lama selepas solat, masih tidak kelihatan orang yang meminjam seliparnya. Puas sudah mencari keliling masjid, masih tak ketemui. Ada selipar yang lain dan kalau ikutkan kira2nya, lebih selipar dari org yang berada dalam masjid. Akhirnya, dia berjalan balik ke pejabat tanpa alas kaki...

two wrongs doesn't make it right

 

nak join gak.

masa baru masuk UTM. jumaat minggu kedua, baru lepas minggu suai-kenal. kitorang pergi ke Angsana. time sembahyang jumaat, pergi kat masjid seberang jalan. time tu pergi jalan-jalan, mesti la pakai kasut. tup tup, lepas solat, kasut hilang.

terbakar jugak, tapi macam kes kat atas, redhakan je la... at least dapat pahala. kan?

seminggu kemudian, pergi pulak kedai bundle kat sri putri. ada jual kasut aku yang hilang minggu lepas. siap ada bau kaki aku lagi.

nak marah ke nak redha? hehe.

 

X KESAH LA CITE KO NI LEPAS KE X..TP ISINYA MENGINSAFKAN AKU.

WASSALAM.

 

zaidel, aku kenal siapa ustaz itu..cerita yang menginsafkan..


wanto

 

kau memang hebat.
bila pula nak kahwin?

wanto

 

kahwin nanti jangan lupa ajak.
minggu lepas aku pergi kenduri mat shah..


wanto

 

Semoga kau berbahagia hendaknya

izmar

 

mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu...
mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa