Sinatra_Z - Mimpi

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia saya juga akan mempunyai mimpi sewaktu tidur.
Namun bukanlah selalu macam tiap-tiap malam tapi kadang-kadang.

Dan sejak dua menjak ni saya sudah bermimpi benda yang sama.

Bukan selalu atau berturut tapi mimpi ini muncul sekali-sekala, mimpi yang lebih kurang sama.

Ustazah dulu cakap sesetengah mimpi tu boleh ditafsirkan,
ada laa dengar cerita orang cerita kalau mimpi kena patuk ular maknanya nanti ada orang nak masuk minang atau dah nak kahwin laa. Kenapa Ular saya tak pasti lah.... Selalunya yang dapat mimpi ni sepatutnya orang perempuan lah, ye lah kan sebab mimpi maksudnya ada orang nak masuk meminang jadi mestilah perempuan. Cakap pasal Ular teringat saya tentang adengan ini.

Lokasi : Tandas Lelaki Panggung Wayang TGV KLCC

"Uii Joe ko tengah kencing, aku nak tengok boleh?"

"Ohoo nanti ko akan terkejut sebab ko akan ternampak ANACONDA!"

Mungkin sebabtulah kalau Ular patuk orang kata dah nak kahwin. 

Mungkin lah kot..... Mungkin saya salah.

Berbalik kepada kisah tadi. 
Kadang-kadang saya bermimpi yang saya akan mendapat slip keputusan semester akhir di UTM yang mengatakan saya telah gagal satu atau dua matapelajaran. Ketika itu saya sedang cuti dan melepak di rumah bila mendapat surah itu, lalu saya pun akan risau dan bepeluh mengenangkan nasib saya yang terpaksa sambung lagi pelajaran. Namun saya akan bangun dan mengingatkan diri saya yang saya ni dah lama dah menamatkan pelajaran dan kini sedang berkerja. Kemudian saya akan sedar yang saya telah lewat hendak ke pejabat. Alamak.

Adakah mimpi ini tandanya saya akan kahwin? 

hmm.... Namun mimpi saya ini adalah jauh lebih baik berbanding dengan mimpi kawan saya Saudara Ecam. Suatu hari ketika kami masih pelajar, sedang saya keluar dari tandas lelaki sambil memakai tuala memegang cebok dan senaskah buku Ecam menegur saya dan berkata

"Ehh semalam ko masuk dalam mimpi aku siot."

"Aalah aku buat?"

"Aku mimpi aku nak terkencing, lepas tu aku pun lari keluar dari bilik nak gi tandas, tiba-tiba dekat tengah-tengah tandas tu aku nampak ko tengah berkelah dengan dia orang gadis. Jadi aku pun macam serba salah nak pergi kencing sebab ko tengah berkelah kat situ lepas tu aku segan dengan awek-awek tu."

"Awek tu hot tak?"

"Aku tak ingat."

"Ko ada mintak nombor telefon awek tu tak?"

"Aku nak terkencing doh! Mana la nak sempat."

"Ko ni sial lah, malam ni tidur bawak buku tulis bila ko mimpi aku lagi jangan lupa tanya no telefon dengan nama awek awek tu!"

"Ok aku akan cuba."

"Ko kencing tilam la lepas mimpi tu?"

"Mana ada aku sempat sial gi toilet! Apa punya mimpi daa, ko ingat apa maksud mimpi aku tu ha?"

"Mungking ko dah nak kahwin kot."

"Hmm... mungkin jugak, ko agak aku kahwin dengan ustazah ke ha?"

"Boleh jadi... Boleh jadi..."

Malangnya Ecam sampai ke hari ini masih bujang dan masih belum ada Ustazah yang sudi Menackle Ecam. Kalau ada Ustazah di luar sana yang belum kahwin dan sudi nak berkenalan dengan Ecam bagitau lah saya ye. 

P/S -
Masa belajar dulu alarm clock aku bunyi jadi aku pun tekan la snooze tapi dia masih bunyi lagi. Aku pun bengang sebab aku nak tidur lagi jadi aku tekan off, tapi dia masih bunyi lagi. Aku pun bawak keluar bateri tapi dia masih bunyi jugak, aku pun baling jam tu tapi dia tetap bunyi jadi aku pun heran dan berfikir sejenak, rupa-rupanya aku mimpi yang aku tutup jam loceng aku yang pada sebenarnya jam loceng aku berbunyi di alam nyata.  

0 comments: