Sinatra_Z - Sepatah Dua Kata

Izinkan saya memberi sepatah dua kata......
Izinkan saya memberi pendapat dan pandangan dari mata seorang ahli parti.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Saya menyokong tindakan beliau kerana ianya merupakan tindakan yang terbaik untuk UMNO, Barisan Nasional dan Negara.

Walaupun saya cukup kritikal dan tidak menggemari malah menentang (secara peribadi) tindakan, keputusan, dasar dan hala tuju yang dibawa oleh beliau saya terpaksa mengakui (dengan penuh ikhlas) bahawa beliau ada juga menaburkan jasa kepada negara ini. Samada anda bersetuju atau tidak itu terpulang kepada anda. 

Dan atas dasar berkenaan saya bersedia untuk tidak menyimpan dendam, perasaan marah atau tidak puas hati secara peribadi kepada beliau. 

Saya merupakan ahli Parti UMNO (saya sudah tidak segan lagi untuk mengakuinya)
Yang tidak mempunyai sebarang pangkat, jawatan atau gelaran kebesaran. 
Hanyalah tukang gantung poster, berkempen mencari ahli baru dan pendebat kedai kopi.

Saya bukanlah seorang yang bersifat perkauman. Percayalah....

Kini UMNO dalam persimpangan yang sangat penting. 
Perlulah Parti kita berubah dari sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat biasa dan kebaikan negara. Bukankah slogan dalam lagu berbunyi

"Bersama kita bersama mendukung hasrat semua, berjasa pada bangsa, agama dan negara.." 

Seolah-olah parti kita ini telah berubah kepada sebuah parti yang mengutamakan datuk-datuk, TanSri TanSri, tender dan projek. 

Kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada perubahan..

Marilah sama-sama kita,
Dan apabila saya maksudkan kita saya bermaksud semua. 
Barisan Nasional....
Sama-sama berani berubah dan berusaha demi kebaikan negara ini. 

Anda boleh berkata bahawa saya adalah seorang yang idealis,
terlalu terikat kepada sesuatu yang jauh dari realiti,
barangkali itu adalah betul,
tidak mengapa kalau begitu,

kerana saya masih muda
dan orang muda sepatutnya besifat "Idealistic" 
  

0 comments: