Sinatra_Z - Cerpen Cinta Chauvinist (YB) Clarissa (CCCC)

Perhatian!!
*Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati.


Cinta Chauvinist YB Clarissa

Aku bukan seorang yang bersifat perkauman atau racist,
Aku bukan seorang chauvinist Cina,
Aku bukan anti Melayu,

Sesungguhnya aku hanya mahukan......................... Cinta

Ah memang aku benci melihat wajah dia begitu berlagak di dalam rancangan telivisyen dengan muka yang sombong. Bolehlah dia berlagak pandai dalam rancangan yang dikendalikan oleh stesen telivisyen kroni-kroni kau dan parti dia. Konon belajar di Cambridge sudah tahu segalanya di Malaysia. Apa dia Tahu? Adakah dia turun padang benar-benar memerhatikan kesusahan rakyat Malaysia, golongan bukan Melayu yang perit dan sakit hati apabila dianggap mereka bukan sama seperti yang lain. Dasar Ultra Melayu, hah! Akan aku buktikan, akan aku bongkarkan kelemahan dan kesalahan dasar dan ideologi kau dan parti kau dalam debat pada khamis ini. Hah nanti biar satu Malaysia tahu siapa bertapa dangkalnya idea dan ideologi kau, zaman politikmu akan habis dan ianya akan ditamatkan oleh aku nanti, Siaplah kau KJ!!!

Lelaki yang saya perkatakan dalam hati saya tidak lain tidak bukan Khalid Jalaluddin atau nama samaranya KJ. Dia adalah lambang kepada penghalang perjuangan politik saya yang telah berputik sejak zaman saya belajar di Universiti Malaysia. Saya pada mulanya bukanlah seorang yang bercita-cita untuk menjadi ahli politik. Walaupun saya menuntut di UM (Universiti Malaysia) dalam bidang Kejuruteraan Politik Sosial itu adalah bukan kerana minat akan tetapi kerana keputusan STPM saya yang cemerlang di semua matapelajaran kecuali Matematik dan Fizik yang mana saya mendapat E7. Kejuruteraan Politik Sosial tidak memerlukan saya menggunakan banyak matematik, hanya daya pemikiran logik yang boleh berubah-ubah mengikut keperluan semasa. Namun pada tahun 3 ketika saya belajar, ketidakadilan berlaku yang memaksa saya memasuki ke dalam dunia perjuangan politik. Apabila Dewan Bandara Kuala Lumpur merobohkan papan tanda Jalan Doraisamy dengan bertuliskan rumi Malaysia, Mandarin dan Tamil serta menggantikannya dengan tulisan rumi Malaysia dan tulisan arab benar-benar membakar jiwa muda saya. Bukan itu sahaja DBKL telah mengubah nama Jalan berkenaan seolah-oleh hendak memadam identiti kaum minoriti di Malaysia ini, nama rakyat Malaysia kerana sikap kebodohan dan Ultra mereka. Sanggup mereka tukar nama Jalan Doraisamy kepada Asian Heritage Row!
Konon mereka beri alasan hendak mesra pelancong.

Sejak dari hati itu saya telah sepenuhnya menumpukan perhatian kepada perjuangan parti dan membela nasib rakyat tidak kira bangsa, agama mahupun nama jalan tempat mereka tinggal. Sebagai pengorbanan terpaksa saya lupakan erti kebahagiaan cinta. Teringat saya dahulu yang satu masa (lebih dari 15 tahun dahulu) saya juga pernah seperti ramai gadis lain impikan seorang lelaki kacak dan baik untuk mendirikan rumah tangga bersama saya. Akan tetapi kini perjuangan adalah lebih penting. Bukan tidak pernah saya cuba untuk menyintai lelaki, dahulu Robert pernah bertakhta di hati saya, walaupun sibuk dengan gerakan perjuangan politik saya masih mencari masa untuk luangkan bersama Robert. Namun saya tidak dapat lupa apabila Robert menghancurkan hati saya, dasar lelaki tak guna, sanggup Robert mengkhianati cinta kami demi harta dan pangkat. Sanggup Robert masuk MCA!

Tiba di hari perdebatan saya sudah bersedia untuk menghancurkan topeng palsu KJ yang selama ini memperdaya rakyat dengan janji-janji palsu beliau. Kami berdebat dengan cukup panas, tegas dan pedas. Sakit hati saya apabila dia mengeluarkan kenyataan yang tidak betul tentang saya. Namun, tidak saya jangkakan, KJ bukanlah dangkal atau berfikiran cetek seperti yang saya sangka. Dibalik junjungan keris dan laungan hidup melayu KJ juga mempunyai beberapa Idea yang bernas. Idea yang saya juga bersetuju, memang dia lawan dan musuh politik saya namun pada dasarnya, walapun ideologi kami berbeza jauh di sudut hati saya tahu bahawa matlamat, pemikiran dan cara perlaksanaan kami ada kesamaannya. Barangkali betullah, bukan senang hendak belajar di Cambridge. Walaupun perdebatan umum tidak mencapai matlamat yang saya impikan namun saya semakin bersemangat untuk berkerja dan merancang idea dan pendapat yang lebih baik dari apa yang KJ dan saya kemukakan hari ini. Entah mengapa, setelah debat tadi seolah-olah ada api perjuangan baru membakar hati saya.

Dalam perjalan pulang dalam kenderaan Honda City yang berharga lebih dari sepatutnya kerana cukai kerajaan yang berniat jahat dan keji, saya termenung memikirkan idea-idea perdebatan tadi. Veronica, pembantu saya memandu dan saya kemudian cuba lelap di kerusi hadapan. Baru sahaja hendak saya tidur tiba-tiba bunyi sms berdering di telefon bimbit peribadi saya. Ahh.. adakah ibu hendak bertanyakan saya hendak makan hari ini atau ayah mahu mengucapkan tahniah? Tidak disangka satu nombor tidak dikenali muncul dengan mesej yang bertulis..

"Wahai YB Clarissa Mok... Adakah anda masih marah lagi?"
Saya pun membalas "Siapa ini?"
Datang lagi satu SMS "Musuh politik yang anda sangat benci... Yang baru sahaja menyakitkan hati anda tadi, Khalid Jalaluddin."
"BOHONG!" Saya balas
"Kalau tak percaya cuba Cik Clarissa, eh silap YB Clarissa telefon nombor ini."

Saya pada mualanya malas hendak melayan orang gila ini, saya pun pulang ke rumah dan mandi dalam tub air panas berbuih. Sejurus selepas itu saya berbaring di atas katil dan terdetik hati saya berbisik "Betulkah tadi itu KJ? Ahh mana mungkin, mana dia tahu nombor ini." Saya tidak boleh tidur lelap, akhirnya saya membuat keputusan untuk menelefon nombor tadi... troot troot.... troot troot..... troot troot.......

Keluar suara seorang lelaki..
"Assalamualaikum Cik Clarissa, tak tidur lagi ke?"
"Siapa awak ini? Bagaimana awak tahu nombor ini, lekas kalau tidak saya bagitau polis!"
"Bukankah YB tak suka polis? Kan saya dah kata, sayalah Khalid Jalaluddin."
"Bohong!" saya tangkas memangkah "Kalau saya bohong YB takkan saya tahu apa yang kita bualkan ketika di belakang pentas sebelum debat tadi. Yang mana YB bertanyakan adakah saya boleh tidur lena ketika suami orang lain meringkuk dalam ISA kerana ego ultra parti saya."

Aku terkaku! Memang itu adalah KJ, aku kenal suaranya dan ketika aku bercakap dengan dia di belakang pentas tadi aku yakin tiada siapa dapat dengar melainkan kami berdua.

"Apa yang awak mahu?" aku bertanya... "Saya cuma mahu berkawan." dia menjawab.

Pada malam itu kami berborak selama dua jam, berbincang mengenai masa depan negara, mengenai dasar-dasar, mengenai impian masing-masing dan sedikit mengenai peribadi masing-masing. Sejak dari malam itu kami berdua saling membalas SMS hampir setiap hari. Kekerapan yang tidak begitu tinggi dan kadang-kadang hanya pesanan ringkas dan mudah seperti "dah makan?" atau "Selamat Malam". Namun kadang-kadang SMS kami tanpa henti berbalas bergaduh tentang sesuatu isu. Sungguhpun tiada apa-apa mesej berbaur cinta dan hanyalah teguran sahabat biasa saya tidak dapat membuang rasa bersalah kerana seolah-olah saya sedang mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kecil.

Namun segalanya berubah pada bulan September.

Ketika itu ketua Perikatan Jelata iaitu Datuk Seri Amar Ibraham mengumukan pada satu perhimpunan raksaksa yang beliau sudah cukup ahli parlimen kerajaan yang mahu berpaling tadah. Kononya pada akhir September dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Kemudian DSAI (Datuk Seri Amar Ibraham) membuat mesyuarat khas dengan ketua ketua rakan parti perikatan jelata dan menyatakan pelan rampasan kuasa jalan belakang beliau itu. Walaupun aku pada dasarnya tidak berapa gemar dengan kaedah pintu belakang yang tidak demokratik ini namun aku tidak dapat menahan kegembiraan aku dan mula bermimpi untuk melangkah kaki ke Putrajaya. Walaupun dia tidak menyatakan nama-nama ahli parlimen berkenaan tidak sedikitpun hatiku merasakan yang dia berbohong. Pada masa itu aku dan KJ bergaduh besar dalam SMS, aku memarahi dia dengan mengatakan dia enggan menerima realiti dan memfitnah DSAI, dia pula menuduh aku menjadi pengikut buta tanpa otak yang mempercayai pembohongan dari seorang penglipur lara. Kami tidak bertegur sapa (melalui SMS) selama beberapa minggu selepas itu.

Ketika hampir tiba tarikh penghujung September, Perdana Menteri mengumukan lawatan ahli parlimen kerajaan ke Tanzania untuk belajar tentang penanaman Dragon Fruit. Tindakan terdesak ini membuatkan aku tersenyum simpul dan semakin yakin dengan DSAI. Dia kemudian menubuhkan kumpulan bertindak khas untuk mengejar ahli Parlimen kerajaan di Tanzania yang diketuai oleh Penyokong Fanatiknya YB Tan Cheah. Saya merupakan salah satu dari ahli kumpulan berkenaan dan misi kami ialah untuk mengumpulkan ahli parlimen yang hendak berpaling tadah dan sama-sama kembali ke Malaysia serta kalau boleh ajak mereka Karaoke Sekali. Misi kami diberi nama "Wake me up when September ends"

Namun tidak disangka apabila sampai di sana walaupun kami menginap di hotel yang sama tidak ada seorang pun ahli parlimen yang mahu menyertai kami apatah lagi berkaraoke bersama. Hampir 2/3 dari jumlah ahli parlimen yang ada di sana telah aku temui dan tidak satu pun mengakui yang mereka bersetuju untuk berpaling tadah. Aku yang mula mencurigai rancangan ini namun aku tidak berani mempersoalkanya lagi. Sedang sibuk aku terkejar-kejar aku terserempak dengan KJ yang baru sahaja keluar dari biliknya. Dia yang terkejut melihat aku dengan kasar dan tangkas menarik aku masuk ke kamar hotelnya dan mengunci pintu. Dia dengan muka yang tidak puas hati menyoal aku..

"Apa yang awak buat di sini?? Buat kerja Bodoh!"
"Ahh diam! Adakah awak masih tidak sedar bahawa rakyat mahukan perubahan."
"Rakyat mahukan ke atau pemimpin yang gila kuasa?"
"Apa awak tahu, dasar ahli politik kroni dan korup!"
"Ahh apa awak tahu, dasar chavinist perkauman bertopengkan liberal!"
"Diam itu semua fitnah!"
"Fitnah apanya itu semua hakiki! Awak kini telah menjadi kambing buta, kambing buta yang ditambat oleh pak karut dengan tali janji-janji kosong. Perjuangan awak sudah tiada makna lagi dah, awak kini hanya boneka! BOneka!!!"

PANGGG!!!

Tanpa sedar aku menampar mukanya dengan satu tamparan wanita yang hebat.

Tiba-tiba dia menarik ku rapat, kami berpandangan kaku, mata dengan mata dan kulit mampu merasa derusan nafas masing-masing. Dua kemudianya merapatkan bibirnya ke bibir aku... Aku ingin melawan, aku tidak mahu! Aku pentingkan perjuangan.... Aku.... Aku..... ahh lembut bibirnya. Badanku lemah longlai, aku terbaring di atas katil tanpa kawalan keatas anggota badanku. Hey tangan jangan kau ke sana, jari-jari janganlah kau menyentuh... aku tidak dapat mengawal lagi... aku bukan diriku lagi. Pada malam itu, segala larangan, pemikiran waras dan batasan telah aku dan dia pecahkan. Pada malam itu aku hanya peduli dan hanya memikirkan tentang nikmat kulit putihku bergeseran dengan kulit hitam manis dia.............

Apa yang telah aku lakukan...........................................



Bersambung.....


Apakah yang akan mereka lakukan selepas ini? Adalah pelan wake me up when september ends akan berjaya? Adakah nanti Tan Cheah akan berkaraoke dengan ahli parlimen yang lain? Adakah Penulis akan disaman 100 juta oleh ahli politik wanita tertentu??

NANTIKAN SEGALA JAWAPAN PADA EPISOD SETERUSNYA CERPEN CINTA CHAUVINIST CLARISSA - CCCC ............ JENG JENG JENG!!!

8 comments:

Mantap!,.. Akan aku nantikan kedatangan episode kedua?

It's like Desperate Housewife meets The West Wing or something like that.

I expect to see some C4s and blow up bodies next hehe.

Tak nak ke submit ke Utusan Melayu?

 

Aku nak submit dekat Harakah

 

ko memang siot la...

kalau ko jual kat majalah manggaa mesti depa nak beli..

dan ko akan jadi kegilaan remaja dan orang tua yang kegersangan...

dan ko akan dapat sesi photo shoot percuma di kolam mandi dalam keadaan separuh bogel....

 

aku akan pakai seluar renang berwarna merah menyala. Kemudian bila aku clash atau kecewa dalam cinta dengan berpakaian seksi aku berkata sambil mengalir air mata..

"Saya Pasrah dengan ilahi, hanya tuhan yang tahu perasaan hati saya."

 

HA HA HA HA HA HA HA HA ROTFL

 

bro

awak memang klakar giler..

jokes aside, pls continue to write as we need ppl like you to face up to all those bigots but "bertopengkan fahaman liberal" bloggers

 

giler2....haha
Amar Ibraham kejadahnye..ironi tol..wakaka