Penulisan Terbaru di The Malaysian Insider
DIS 23 — Dari tajuk diatas pastinya anda dapat mengagak yang penulisan kali ini adalah mengenai tindakan orang kuat Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid Ibrahim menyaman blogger Datuk A. Kadir Jasin. Ini merupakan tindakan yang agak mengejutkan terutama apabila Zaid cukup dikenali sebagai pemimpin yang cukup lantang memperjuangkan kebebasan bersuara sehingga dia melepaskan jawatan menteri kerana mempertahankan prinsip berkenaan. Namun kini, apabila beliau sendiri dikritik lain pulak dapat kita lihat kerenahnya, saya bukan hendak menafikan hak Zaid untuk menyaman akan tetapi saya cuma ketengahkan adalah percanggahan antara apa yang Zaid perjuangkan dan tindakanya.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zaidel-baharudin/47408-siapa-yang-hati-busuk-sebenarnya-zaid-ibrahim
The King, his family and U
2 weeks ago
5 comments:
Biasa la bro cakap tak serupa bikin.
Ni la org yg nak saman Tuhan....
Zaidel,
Sebelum awak mengkritik Zaid Ibrahim, sudahkah awak membaca isi tuntutan Zaid
terhadap Kadir? Apakah Zaid memfailkan tuntutan fitnah semata-mata kerana Kadir
memanggil Zaid Hurrican Hattie? Tidak kah Kadir juga di dlm tulisan beliau
menududh Zaid menjadi "pengacau" di dalam UMNO dan PKR? Tidakkah Kadir juga
menududh Zaid menjadi org pengantaraan di dalam penyelewengan harta UMNO semasa
UMNO dibubarkan mahkamah? Tidakkah Kadir menududh bahawa Zaid menjadi kaya raya
kerana penglibatan beliau di dalam penyelewengan tersebut?
Bukan fitnah kah perkara-perkara itu?
Sememangnya kebebasan bersuara itu termaktub sebagai hak asasi manusia. Tetapi
sebagaimana yang dikatakan oleh awak, kebebasan bersuara itu sememangnya tidak
mutlak. Ianya tertakluk kepada undang-undang. Salah had kebebasan bersuara itu
ialah undang-undanh mengenai fitnah.
Kalau dah menabur fitnah ataupun menulis apa-apa yang sangant sensational, make
bersiap sedia lah sipenulis untuk membuktikan apa yang ditulis sekiranya dibawa
ke Mahkamah.
Apakah semata-mata kerana Zaid memperjuangkan hak kebebasan bersuara maka Zaid
tidak boleh mempertahankan hak nya untuk tidak difitnah?
Saya berpendapat Zaid memang perlu ke Mahkamah untuk membuktikan bahawa beliau
bukan sebagaimana yang dipaparkan oleh Kadir. Tindakan Zaid itu satu tindakan
yang berani. Itu patut dipuji. Kalau lah apa yang dikatakan oleh Kadir betul,
maka sudah tentulah Zaid tidak akan menyaman Kadir. Di dalam keadaan sedemikian,
apakah awak akan menulis bahawa Zaid tidak menyaman Kadir kerana takutkan
kebenaran?
Itu membuat saya terfikir. Segala tuduhan yang dilemparkan mengenai sipolan
mempunyai hubungan dgn perempuan itu dan ini serta perlbagai lagi, kenapakah
sipolan itu tidak menyaman? Takutkan kebenaran kah sipolan tersebut?
Cuba awak pikir.
Aneh bukan,
apabila seorang blogger memfitnah Isteri PM sebagai seorang pembunuh dan dianya mengadakan hubungan sulit dengan perempuan lain dan tindakan diambil keatas blogger berkenaan Zaid tangkas mempertahankan blogger itu.
Apabila seorang blogger menyamakan Zaid dengan watak kartun dan menyatakan mengenai penglibatan Zaid dalam UMNO terus melenting dan menyaman.
Itu yang dipersoalkan bang.
Kenyataan yang Zaid buat, perjuangan yang konon Zaid perjuangkan dan tindakan yang diambil olehnya. Kan Bercanggah tu.
Dah saya tulis,
Jawab Pengkritik,
bukan lenyapkan pengkritik.
Baru kena soal sedikit dia dah melenting, cuba awak bayangkan apa yang dia buat agaknya kalau dia kena macam Najib Tun Razak?
Itu yang dipersoalkan di sini.
Kata dalam penulisan dia takde masaalah, boleh tidur lena, tak risau penulis upahan UMNO.
Tapi nampaknya dia tak lena tidur tu.
Hi Z,
Good response to an Anon who can't see the onvious.
Regards
Chwylathurpe
Post a Comment