Tawau adalah sebuah bandar di Timur Sabah,
Tawau adalah bandar tepi laut.
Aku memang suka kalau bandar itu di tepi laut. Mungkin sebab air laut, makanan laut atau angin laut buat aku rasa lain sikit la.
Tapi apa yang pasti Tawau telah mengubah aku sikit.
Ubah macamana?
Dekat Tawau aku tengok NurKasih.
Drama pukul 7.30pm tv 3.
Jangan tanya kenapa aku tengok, mungkin aku gersang, masuk air ataupun hampagas. Tapi yang pastinya aku dapat tau yang drama melayu ni lebih drama yang mana adengan terkejut muncul dekat 8 kali dalam satu episod setengah jam sampai mengalahkan drama tamil Chinna pappa Periya Pappa.
Aku tak pernah tengok Nur Kasih masa dekat KL jadi aku tengok tengok ini kesimpulan aku aku dapat.
Dulu ada aku tertengok sekali kat KL bapak Adam paksa Adam kahwin dengan Nur tapi Adam tak nak sebab dia ada girlfriend kat Australia.
Lepas tu ada adengan Abang adam rupanya sudah jatuh chenta dekat Nur jadi dia pun nak cerita lah kat adam yang dia sebenarnya nak pinang nur dulu tapi bapak dia tersalah suruh kahwin sebab almaklumlah orang nak mati memang dia tak betul sangat pikir.
Abang adam nak bagitau adam dekat sawah padi sehari sebelum nikah tapi entah kenapa adam tak ada tapi adik nur yang suka dekat abang adam boleh termuncul dekat situ dan dengan luahan hati abang adam. Adik Nur yang kecewa pun pulang ke rumah dan merajuk.
Lepas tu aku langsung tak tengok.
Dekat Tawau - Adam tetiba dah baik, kenapa aku tak tau, adam dengan Nur tengah makan malam romantis. Adam hantar Nur balik rumah kawan dia. Adam kata kat Nur dia nak bagitau semorang yang Nur isteri dia, Nur tak bersedia. Adik Nur lepas tu nak perangkap Abang Adam dengan panggil dia datang rumah lepas tu telefon JAIS tapi JAIS slh rumah dan gagal.
Lepas tu Adik Nur bagitau kat Adam yang abang adam dulu suka dekat kakak dia dan pernah suruh diorang cerai. Adam emo dan marah-marah dekat abang dia, abang dia tak sempat beri penjelasan adam lari. Adam datang balik rupanya salah faham dan abang dia mengaku yang dia dulu suka kat bini adam tapi tu dulu bukan sekarang dan diorang baik balik.
Aku pun terfikir,
kenapa abang adam tak suka dengan adik nur sebab adik nur jauh lebih HOT dari kakak dia, peh kalau aku mesti dah gumbira ada awek hot nak kena tangkap basah dengan aku.
Berbalik kepada Nurkasih.
Nur kemudian jumpa adam nangis nangis yang dia sumpah takde apa apa dengan abang dia. Lepas tu adam cakap sebenarnya dia ada isteri dekat australia, dalam hospital kat sana. Kenapa bini dia dalam hospital dan menghilang selama ni jangan tanya aku sebab aku tak tengok episod tu.
Lepas tu Nur kecewa dan lari balik rumah. Boleh pulak dalam episod sama tiba tiba isteri adam muncul dan sihat kembali datang ke KL. Adam jumpa Nur kat pejabat dan berbincang, boleh pulak kebetulan isteri adam ada dekat belakang diorang dan dia terkejut yang Nur pun isteri adam. Nur lari kemudian adam kata kat isteri australia dia yang Nur sebenarnya isteri pertama dia dan sekarang isteri australia tu pun lari.
Adam Kecewa...
Aku miss beberapa episod ke apa ntah, tiba tiba sekarag Nur dekat Jeddah dengan sorang watak nama UMMI. Kemudian Ummi dan Nur kena tipu dengan agency dekat Malaysia. Nur terserempak dengan Adam dekat Jeddah, nur lari. Nur terserempak jugak dengan Abang Adam dan diorang berborak. Lepas tu Adam pujuk nur datang jumpa sebab mak diorang (mak adam dan abang adam) nak jumpa nur.
Diorang pun jumpa, nur nangis nangis dan makan makan dengan mak dua beradik ni. Nur telefon KL cakap dengan mak bapak dia. Nur Nangis lagi.
Lepas tu tunjuk adengan adam sembahyang dalam mesjid dulu dia insaf. Adam kata dia nak Nur Balik kat dia, dia tunggu sampai bila-bila. Nur serba salah.
bersambung......
Kesimpulan yang aku dapat pada episod sampai hari ini.
1) Nur Kasih dekat Jeddah jauh lebih hot dari masa dia dekat Malaysia. Mungkin sebab cuaca, mungkin sebab dekat Jeddah dia boleh beli make up mahal dan fesyen baju dari Dubai jadi dia nampak macam wanita misteri dari padang pasir, tapi yang pasti kalau aku dapat Nur dengan adik dia memang meriah.
2) Sepanjang cerita tu diorang asyik menyerahkan takdir dan menyalahkan tuhan. Konon Allah nak uji lah apa lah, apa kejadahnya, takde uji apa-apa nya, laki ko yang lari kahwin dengan orang australia lepas tu main suka-suka tinggal bini dia tu yang sial. Dia dengan bapak mertua ko yang tersalah pinang sebab dia dah nyanyuk.
3) Tawau telah mengubah diriku sebagaimana Adam telah berubah kerana di sini aku boleh tengok Nur Kasih.
4) beberapa hari dekat sini aku tengok TV lagi banyak aku tengok TV dekat KL selama 2 bulan.
5) Kalau ko eja Tawau dengan guna hurup jawi ko hanya perlu pakai 2 huruf je, ta dengan wau.
Selamat Malam
P/S - Adik Nur Hot sial
The King, his family and U
2 weeks ago
4 comments:
wahaha..
giler cite2 tinggi bro.Nak nur kasih ngn adik die sekali nih..
satu udah la
cerita nur kasih tu cerita ulangan la. bini adam yg australia tu nanti jadi reform siap pakai purdah lagi. siap share rumah dengan nur pulak. happy nye si adam. tapi lepas tu dia mati pulak sakit tah apa. agaknya sebab director nak bagi senang sikit cerita. kalau tak kalut pulak. nanti adam pulak pegi mumbai kena kidnap terrorist....eh, tak payah tengok lah. merapu je cerita ni. aku pun tertengok je sebab bini aku suka tengok drama ni.
bro...
ko punya ulasan pun banyak sial...tapi cita-cita ko yang hot tu lagi sial rupanya? bro ko punya idea memang hot macam Nur dan adik dia ar...
Sial la ko bro, tamak sampai nur ngan adik dia pun ko nak sesah sekali. Ko amik satu aku amik satu. Tapi aku setuju dgn lu bro... adik dia memang HOT.
Post a Comment