Sinatra_Z - Ana Ente Unta

Pegawai Sumber Manusia syarikat aku adalah seorang pemain gitar dan ahli muzik yang bukan calang-calang orang.

Dengan berbekalkan rambut panjang yang diikat seperti ekor kuda "ponytail" beliau merupakan ketua pasukan kugiran yang bernama Orion. Nama samaran beliau adalah badang, sempena tubuh sasa beliau yang mirip kepada hang kebun atau osman kering.

Jadi nak dijadikan cerita,
satu hari lepas Iftar ramadhan syarikat di Janda Baik (auwww....) badang berjalan bersebelahan dengan jurutera lipas sepi ini setelah tamat solat sunat tarawikh. Melihat badang yang berbaju melayu dan berkopiah dan berambut panjang diikat membuatkan saya mengeluarkan kenyataan yang berbaur begini...

"Peh aku tengok ko, macam Ustaz Akhil Hayy pun ada."

"Damn! Akhil Hayy.." Badang Menjawab

"Ye lah Akhil Hayy Ustaz bekas rockers , ko pun cekap bermain gitar kita lebih kurang halal lah."

"Aku..... Ustaz Akhil Baligh ada la."

"Ok lah tu, bolehlah ko masuk TV cakap Ana, Ente, Unta lepas tu bacalah patihah sikit, an nas sikit lepas tu tinggal bini kahwin dengan artis. Cara sial."

Itulah dia,
Ustaz Akhil yang bermodalkan janggut sejemput, serban dan beberapa ayat pendek arab. Dulu pernah menjadi penceramah hebat untuk PAS, siap dengan lagu pasal Royalti minyak lagi. Tapi sejak dia masuk Astro dengan TV3 tak bolehlah ceramah lagi untuk PAS dia jadi pendakwah bebas lah.

Dia ceramah bagus, kelakar, orang mau dengar la, bagus la tu. Tapi itulah dia walaupun asyi ber ANA ber ENTE tapi dalam jiwa tetap lelaki Melayu, pantang glamour sikit peh sangkut skandal dengan Artis Waheeda, baguslah dah kahwin tapi bercerai dengan bini anak ramai. Apa kejadahnya. Mula-mula Ana, kemudian Ente akhirnya Unta.

Itulah dia kita orang Melayu, janggut sejemput asal boleh cakap arab sikit percaya semua benda. Terus panggil ustaz, janji cakap lebat itu yang penting, isi apa dia cakap itu tak kisah. Lantaklah dulu Malay Studies ke, tak lepas Uitm ke janji bila ceramah letup.

Ko marah bini ko pergi masuk dalam Tv3, Melodi, Surat Khabar,
Mana tak bini ko Panas bang, tau-tau dia tengok gambar ko berseronok berkelah dekat tepi pantai dengan perempuan bujang mana ntah dan kawan-kawan dia. Bini ko pulak duduk rumah kena jaga anak-anak ko yang ramai tu. Memang la bukan berdua-duaan tapi isteri mana tak terbakar hati dia, bawaklah keluarga pergi berkelah, bini ko pun mesti suka nak berkelah dekat tepi pantai kan, bawaklah dia sekali...

Tapi kan,
aku duk kutuk-kutuk lelaki Melayu ni, yang aku lagi tak paham Perempuan melayu tu sendiri.

Dahlah Lawa, bergaya, berjaya dan berduit tapi dok sangkut kat laki orang. Jadi pak sanggup lah pulak. Masaalahnya bukan yang ni sorang je, bersepah anak dara kat luar sana macam tu.

Betul tak?

Apa Kejadahnya.... Aii entahlah. Aku mana lah tau, aku ni cuma seekor lipas je.

P/S
Dok kutuk-kutuk Ustaz ni ntah-ntah aku sok bila dah jadi macam dia pun 2 kali 5 gak. Almaklumlah lelaki, kan miang sikit, doa-doa tak jadilah macam tu.

4 comments:

haiz... kenapa begitu? banyak kali aku tengok pompuan sangkut kat lelaki kat fail. lelaki yang boleh blah macam kita dibiarkan terkapai-kapai.

kengkadang aku terpikir, adakah values yang kita pegang (terhadap pompuan) merupakan values yang salah? adakah sebenarnya perempuan menginginkan lelaki yang stuck-up, yang tidak menghormati wanita, yang ego lebih, yang suka cari pompuan lain walaupun yang kat depan mata dah cukup hebat? adakah kita tidak mengikut norma-norma 'kelelakian' yang ditetapkan oleh puak-puak jantan dari zaman dahulukala?

wahai zaidel, mungkinkah kita yang tersilap pegangan? entahlah. aku harap tak. aku harap tidak tiba suatu hari dimana aku terpaksa mengubah pandangan dan pegangan hidup aku terhadap wanit untuk dapat awek/bini.

aku ada sorang member. dia dah nak kahwin (dah bertunang). maka, dia berfoya-foya dengan pompuan lain kerana dia "masih belum puas bersama pompuan lain".

wtf?

 

aku suka baca hang punya luahan jiwa merapu...sambil dengar the thrill is gone..bb king

 

muka lu tak hensem bro

sebab tu lu tak boleh jadi macam akhil hayy

 

Bukan aku yang nak jadi Akhill Hayy, HR manager aku lah