Jadi masa dekat kampung..
Abang saya buka lah komputer riba dia dan mula la tunjuk gambar-gambar raya tahun lepas dekat makcik-makcik.
Almaklumlah orang Perak,
memang meriah le jadinye yeop.
Tengah tengok-tengok gambar tu dia pun cakaplah,
"Haa tengok baju raya Zaidel tahun lepas, sama dengan sekarang." sambil menunjukan ke aras saya.
Barulah saya sedar, rupanya dah dekat 5 tahun tak tukar baju melayu.
Dari mendengar cerita sensasi ke kisah Laksa ke rendang ayam orang tu buat nak basi sampailah ke ntah mana ntah.
"Naah pergi salam Uncle Zaidel..." Kata isteri Abang sedara aku kepada anak perempuanya.
OMG!
Zaman aku dipanggili Abang sudah berakhir nampaknya.
Atau adakah ianya akan bermula dalam masa terdekat ini... Ohooo... Ahaaa....
Tengoklah gambar-gambar raya dalam facebook,
gambar raya kawan-kawan baru kahwin, bawak isteri pulang ke kampung. Macam seronok je...
Jadi selama seminggu cuti raya ni apalah yang berlaku?
Tengok gambar pun dah tahu,
baru beli mainan baru,
macam masa kecik-kecik dulu,
sampai bawak masuk tidur sekali tu...
Tapi itulah dia,
Dari karaoke lagu raya, ke makan lemang bersama kawan-kawan lama sampailah ke mendengar orang membaca sajak di bawah sinaran lampu kuning.
Entahlah,
sebelum raya tempoh hari langsung tak ada semangat nak raya tapi nampaknya tahun ni boleh tahan jugak lah ye.
Mungkin tahun ni,
tiada apa-apa perkara besar yang berlaku, yang boleh mengubah pandangan hidup. Tapi yang pasti raya tahun ini banyak benda yang saya temui dan sedari..
Bahawasanya...
Kanak-kanak mula panggil saya pakcik,
Ambil gambar macam orang gila,
kawan-kawan datang rumah makan lemang memang gembira,
bukan senang nak masak rendang,
Orang Perak memang ceria..
dan yang paling penting sekali
Kenapa Ramadhan kali ni rasa sangat pendek sekali.
Rasa macam nak sambung sebulan lagi....
Apa yang anda temui pada hari raya tahun ini?
The King and U
2 days ago
2 comments:
kesedihan yang menyakitkan
- buffet
mahu berkongsi, atau lebih selesa diam menyepi?
Post a Comment